Kakak Dania is getting better! | Alhamdulillah, cakap pasal botol air basi meletup kena muka Dania semalam, kan appointment pukul 8 malam. 

Tapi tu la sebelum nak sampai pukul 8 malam tu, memang rumah pula la macam nak meletup dengan raungan kak Dania yang kesakitan tu. Alahai, kesiannya, tapi apa yang boleh dibuat selain tekap mata dia dengan tuala basah untuk elakkan dia genyeh-genyeh mata. 

Irish Dania
Dania 2 years old
Air milo yang basi tu mesti masam kan, so ikut logik pH dia agak-agak berapa la tu, entah2 dah berasid. Itu yang aku risau sangat tu, janganlahhhh ikut aku kecik-kecik dah kena pakai spek, sayangkan mata yang cantik tu.

First Aid untuk Air Basi Masuk dalam Mata?

01. Rawatan pertama bagi kecederaan mata adalah mencuci mata menggunakan air yang bersih dengan banyak.

02. Jangan mencuba untuk menampan bahan kimia tersebut tetapi sebaliknya hendaklah mencairkannya dengan menyiram air bersih yang banyak.

03. Mencuci mata serta merta dengan air yang banyak sebelum sampai ke hospital atau klinik adalah sangat penting untuk mengurangkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia tersebut keatas mata.

Cucian mata hendaklah dilakukan serta merta di tempat kecelakaan dengan menggunakan air bersih. Cucian mata hendaklah dilakukan dengan mata terbuka dan menggerakkan bola mata dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Ini bagi memastikan cucian adalah sekata dan berkesan.

Apa Kata Doktor kat Dania?

Alhamdulillah, tiada kecederaan serius kata doktor. Nasiblah tak ada luka dalam matanya. Cuma ada luka di atas hidung dan kelopak mata sikit. Lepastu suhu badan pun naik, mana tidaknya duk meraung je seharian.

So dapatlah dia ubat mata & ubat demam. Total cost RM50 sahaja. Get well soon k baby.

Dania 7 years old. 
Sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/kecederaan-mata/ 

Follow