Thursday, July 27, 2017

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest | Dunia blogger ni sentiasa meriah dengan adanya pelbagai segmen, giveaway dan contest yang dianjurkan hampir setiap bulan. Sebelum melibatkan diri dalam sesuatu segmen. giveaway atau contest yang dianjurkan, adalah lebih baik untuk kita tahu perbezaan segmen, giveaway dan contest itu sendiri. Para penganjur sendiri juga perlu ada suatu matlamat sebelum melancarkan apa-apa pertandingan di blog. 

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest
Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Apa itu Segmen?

Segmen jarang disediakan hadiah tetapi wajib ada faedah untuk setiap yang join. Iyelah, penat-penat buat entry untuk join segmen, tetapi tiada hasil, memang sesuatu yang sia-sia. Jadi penganjur segmen perlu kreatif dan inovatif dalam menganjurkan sebuah segmen yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, penganjur, dan yang join.

Sebagai contoh, penganjur boleh membuat segmen 'tambah follower' untuk setiap orang yang join. Selepas mengumpul data semua peserta, penganjur perlu buat sebuah list untuk memudahkan para peserta memulakan aktiviti follow-mollow semua. Bayangkan jika segmen tersebut disertai oleh 70 blogger lain, maka setiap peserta akan mendapat lebih kurang 70 follower baru. Best tak? Syaratnya, wajibkanlah semua peserta berlaku jujur dalam aktiviti follow follow tersebut.

Segmen bloglist juga antara segmen yang bermanfaat. Dimana peserta akan dapat masuk dalam bloglist si penganjur, dan si penganjur sendiri dapat senarai blog-blog aktif terkini untuk dimuatkan dalam kotak bloglist. Nampak tak benefit dua hala dalam segmen begini?

Ini cumalah dua dari idea-idea segmen yang selalu dianjurkan. Boleh campurkan creativity korang dan buat segmen jadi fun untuk disertai.



Apa itu Giveaway?

Giveaway wajib ada hadiah ok. Kalau takda hadiah bukan namanya giveaway, itu namanya penipuan, kekeke. Namun begitu, hadiah untuk giveaway tiada syarat minimum. Daripada sekecil-kecil barang sehinggalah barangan mewah, barangan baru atau pre-loved, semuanya tiada masalah. Atas kemampuan dan keikhlasan penganjur sendiri.

Untuk menyertai giveaway adalah amat mudah. Kebanyakannya hanya perlu tampal banner didalam entry kita dan bagi url entry pada encik/puan penganjur. Jarang giveaway perlu buat entry 1000 patah perkataan, kerana konsep giveaway ini lebih kepada cabutan bertuah. Hantar link kepada penganjur untuk dapat number bertuah korang (number dalam list peserta). Berdoalah number tu naik dalam random org or cabutan manual yang penganjur buat nanti.

Cadangan hadiah untuk giveaway adalah seperti shawl, beg, penanda buku, alat tulis, buku nota, duit cash, keychain travel, dan top-up. Comel-comel kan hadiahnya?


Apa itu Contest?

Contest juga menyediakan hadiah seperti giveaway, tetapi selalunya hadiah-hadiah untuk contest jauh lebih lumayan berbanding giveaway. Selain itu, jangka masa sebuah contest berlangsung juga lebih lama dari giveaway kerana penganjur perlu teliti dan saksama demi mencari pemenang yang benar-benar layak.

Mestilah, hadiah lumayan bukan senang nak dimiliki. Tapi cara ini rasanya lebih adil kerana pemenang contest dipilih secara manual, dimana semua kerja keras peserta akan dinilai disini. Berperanglah dengan jujur, semoga hadiah yang diterima lebih berkat.

Selalunya peserta diminta membuat sebuah entry berdasarkan tajuk yang diberi oleh penganjur. Cara pemenang dipilih pula dari segi entry terbaik, atau entri paling mesra SEO, dan kebolehan entri tersebut untuk muncul di page pertama google search berdasarkan keyword yang diberi dalam jangka masa tertentu.

Sangat mencabar, tetapi pastinya jika kita bersemangat tinggi untuk menang, kita akan buat yang terbaik. Secara tidak langsung kita dapat belajar menghasilkan entry yang bermutu tinggi. Cewahh. 

❤❤❤

Kepada blogger yang ingin menganjurkan segmen, giveaway, dan contest diblog sendiri, pastikan betul-betul cakna dengan istilah segmen, giveaway dan contest ini. Paling penting, pastikan anda ada matlamat dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh kedua-dua pihak sendiri. Kalau nak kekal lama dalam dunia blog? Jangan tipu dalam giveaway. Penat-penat orang join nanti senyap begitu saja, even pemenang pun tak umumkan. 

Setiap blogger ada hak masing-masing untuk mengisi blog mereka dengan apa sahaja yang mereka nak. Aku rasa tak patut kalau ada yang mengecam blogger yang suka join segmen, GA, mahupun contest. Kalau rasa taknak join, takpayah join. Diam itu lebih baik dari berkata-kata yang menyakiti hati teman-teman lain.

Eh melalut sudah. Semoga entry aku kali ini bermanfaat untuk semua. Hihi mana tahu ada yang tercetus idea nak buat segmen/GA/contest lepas baca ni, jangan lupa tag aku. Aku akan usaha untuk menyokong kaliann!!!


Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

35 comments:

  1. awesome thoughts Mai..tu la kalau buat segmen sebaiknya penganjur buat list backlinkto follow dan utk senang bw..maklumlah kita dgn kekangan kerja dan masa ni terkadang tu terkucil jugak nak jengah kwn2 blogger yg lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Umi...Buat segmen ni kena betul-betul rajin la, kalau tidak kelam kabut nanti, haha. Saya dah pernah rasa dah. :P

      Delete
  2. tak pernah buat contest dgn giveaway lg... nice post ni

    ReplyDelete
  3. Bagus juga ada penerangan mcm ni ...
    Segmen n GA dah buat, maybe lepas ni nak buat contest pula...
    Nak join tak? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi mestilah nak joinnnnn... hihi.

      Delete
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar Mai. Selamat pagi khamis

    Maznee selalu juga tertanya tanya perbezaan 3 ni

    Alhamdulillah Mai dah tolong explain

    Terjawab sudah soalan soalan yang berlari lari dalam kotak fikiran ni

    Patutlah ramai yang buat segemen dan give away

    Rupa rupanya ada motif dan matlamat untuk di capai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :D

      Khabar baik kak, heee. Semoga bermanfaat post saya kali ini..

      Delete
  5. Terima kasih untuk penerangan yg jelas

    ReplyDelete
  6. Hi MayyJie! Nice template but I do love the previous one more.. :3

    ReplyDelete
  7. Saya juga keliru pada awalnya... nice info Mai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga lebih jelas :)

      Terima kasih Ya.

      Delete
  8. Hihi...saya dah jarang join semua tu sebab online tru fon ni cerewet sikit...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu, memang leceh sikit kalau guna phone...

      Delete
  9. ketiga-tiga nie e'in support kalau ade masa untuk join.. tapi nak buat sendiri punye, macam tak reti gitu.. hihi

    ReplyDelete
  10. Dah lama akak tak buat giveaway laaaa

    ReplyDelete
  11. kannn , terpulanglah pada org tu kan .
    jemput join segmen saya hehe

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/07/segmen-bloglist-ogos.html

    ReplyDelete
  12. betul2...kadang ade blogger yg anjur giveaway hadiah mytery tunggu punya tunggu die boleh dok snyap je..haisshh...mmg xsuka btul org macam nie..tgok blog die pn jarang update tp biarla anggap xde rezeki jela..

    ReplyDelete
  13. Okay baru nampak beza 3 ni. Kadang tu main join je semua hahahaha

    ReplyDelete
  14. Bagi saya contest dgn giveaway sama je lol. Tapi giveaway macam more personal.

    ReplyDelete
  15. Tak yakin nak buat giveaway sendiri. Hihi. Setuju dengan Mai, tak perlu nak kecam blogger yang suka join segmen, GA, dan contest. Biarlah blog masing-masing kan ;)

    ReplyDelete
  16. Bagus mai info ni...kak lina masih xpro lagi semua ni...tapi i rajin join contest tu semua...bila la nk buat sendiri punya😁😁😁

    ReplyDelete
  17. tq for info mydear...akk pun nak buat contest nanti...insyaLlah.nanti join ya...ngah cari hadiah dulu ni..hehe

    ReplyDelete
  18. rasa mcam nak buat giveaway pulak.. lama tak buat eheh..

    ReplyDelete
  19. pernah buat segmen dan giveaway kat blog. tapi tu lama dah. hahahha
    teringin nak buat contest pulak :D

    ReplyDelete
  20. ruginya tak blogging awal2 dulu. rupanya ada lagi menda menarik lebih daripada facebook, twitter semua. ada benda2 ni semua. tq for sharing info

    helloaiman

    ReplyDelete
  21. Tq may atas perbezaan Tu. Antara co test Dan ga sama je la Kan cuma besar kecik je bezanya

    ReplyDelete
  22. Setuju dgn statement Mai ttg segmen, sis suka kalau segmen tingkatkan follower dgn sertakan link follow..

    Giveaway & contest memerlukan peserta kerja keras sedikit utk menang hadiah.. Penyertaan perlulah genuine & ikhlas..

    Bab condemn rakan bloggers, sis rasa tak baik ada sikap begitu. Tak mau camtu okay. Rakan bloggers perlu sokong each other. Hormat hak masing-masing.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih pendapat semua :)

    ReplyDelete