Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest | Dunia blogger ni sentiasa meriah dengan adanya pelbagai segmen, giveaway dan contest yang dianjurkan hampir setiap bulan. Sebelum melibatkan diri dalam sesuatu segmen. giveaway atau contest yang dianjurkan, adalah lebih baik untuk kita tahu perbezaan segmen, giveaway dan contest itu sendiri. Para penganjur sendiri juga perlu ada suatu matlamat sebelum melancarkan apa-apa pertandingan di blog. 

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest
Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Perbezaan Segmen, Giveaway, dan Contest

Apa itu Segmen?

Segmen jarang disediakan hadiah tetapi wajib ada faedah untuk setiap yang join. Iyelah, penat-penat buat entry untuk join segmen, tetapi tiada hasil, memang sesuatu yang sia-sia. Jadi penganjur segmen perlu kreatif dan inovatif dalam menganjurkan sebuah segmen yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, penganjur, dan yang join.

Sebagai contoh, penganjur boleh membuat segmen 'tambah follower' untuk setiap orang yang join. Selepas mengumpul data semua peserta, penganjur perlu buat sebuah list untuk memudahkan para peserta memulakan aktiviti follow-mollow semua. Bayangkan jika segmen tersebut disertai oleh 70 blogger lain, maka setiap peserta akan mendapat lebih kurang 70 follower baru. Best tak? Syaratnya, wajibkanlah semua peserta berlaku jujur dalam aktiviti follow follow tersebut.

Segmen bloglist juga antara segmen yang bermanfaat. Dimana peserta akan dapat masuk dalam bloglist si penganjur, dan si penganjur sendiri dapat senarai blog-blog aktif terkini untuk dimuatkan dalam kotak bloglist. Nampak tak benefit dua hala dalam segmen begini?

Ini cumalah dua dari idea-idea segmen yang selalu dianjurkan. Boleh campurkan creativity korang dan buat segmen jadi fun untuk disertai.



Apa itu Giveaway?

Giveaway wajib ada hadiah ok. Kalau takda hadiah bukan namanya giveaway, itu namanya penipuan, kekeke. Namun begitu, hadiah untuk giveaway tiada syarat minimum. Daripada sekecil-kecil barang sehinggalah barangan mewah, barangan baru atau pre-loved, semuanya tiada masalah. Atas kemampuan dan keikhlasan penganjur sendiri.

Untuk menyertai giveaway adalah amat mudah. Kebanyakannya hanya perlu tampal banner didalam entry kita dan bagi url entry pada encik/puan penganjur. Jarang giveaway perlu buat entry 1000 patah perkataan, kerana konsep giveaway ini lebih kepada cabutan bertuah. Hantar link kepada penganjur untuk dapat number bertuah korang (number dalam list peserta). Berdoalah number tu naik dalam random org or cabutan manual yang penganjur buat nanti.

Cadangan hadiah untuk giveaway adalah seperti shawl, beg, penanda buku, alat tulis, buku nota, duit cash, keychain travel, dan top-up. Comel-comel kan hadiahnya?


Apa itu Contest?

Contest juga menyediakan hadiah seperti giveaway, tetapi selalunya hadiah-hadiah untuk contest jauh lebih lumayan berbanding giveaway. Selain itu, jangka masa sebuah contest berlangsung juga lebih lama dari giveaway kerana penganjur perlu teliti dan saksama demi mencari pemenang yang benar-benar layak.

Mestilah, hadiah lumayan bukan senang nak dimiliki. Tapi cara ini rasanya lebih adil kerana pemenang contest dipilih secara manual, dimana semua kerja keras peserta akan dinilai disini. Berperanglah dengan jujur, semoga hadiah yang diterima lebih berkat.

Selalunya peserta diminta membuat sebuah entry berdasarkan tajuk yang diberi oleh penganjur. Cara pemenang dipilih pula dari segi entry terbaik, atau entri paling mesra SEO, dan kebolehan entri tersebut untuk muncul di page pertama google search berdasarkan keyword yang diberi dalam jangka masa tertentu.

Sangat mencabar, tetapi pastinya jika kita bersemangat tinggi untuk menang, kita akan buat yang terbaik. Secara tidak langsung kita dapat belajar menghasilkan entry yang bermutu tinggi. Cewahh. 

❤❤❤

Kepada blogger yang ingin menganjurkan segmen, giveaway, dan contest diblog sendiri, pastikan betul-betul cakna dengan istilah segmen, giveaway dan contest ini. Paling penting, pastikan anda ada matlamat dan kebaikan yang dapat diperolehi oleh kedua-dua pihak sendiri. Kalau nak kekal lama dalam dunia blog? Jangan tipu dalam giveaway. Penat-penat orang join nanti senyap begitu saja, even pemenang pun tak umumkan. 

Setiap blogger ada hak masing-masing untuk mengisi blog mereka dengan apa sahaja yang mereka nak. Aku rasa tak patut kalau ada yang mengecam blogger yang suka join segmen, GA, mahupun contest. Kalau rasa taknak join, takpayah join. Diam itu lebih baik dari berkata-kata yang menyakiti hati teman-teman lain.

Eh melalut sudah. Semoga entry aku kali ini bermanfaat untuk semua. Hihi mana tahu ada yang tercetus idea nak buat segmen/GA/contest lepas baca ni, jangan lupa tag aku. Aku akan usaha untuk menyokong kaliann!!!


Follow