Friday, September 22, 2017

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax | Dah pertengahan 20-an ni kenalah selalu peduli sikit dengan diri sendiri terutamanya bab penampilan diri. Ruginya rasa tak tahu yang boleh hilangkan bulu guna Norah Wax awal-awal lagi. Sebelum ni tahu shaver dan tweezer je untuk hilangkan bulu ni, hahaha.

Okay sebelum masuk cerita bab Norah Wax ni, Mai nak kongsi kenapa menyesal asyik pakai shaver sebelum ni.

❌SHAVER 
- Bulu cepat tumbuh 
- Kulit hitam
- Kulit tidak licin
- Bulu akan tumbuh lebih tebal dan kasar

❌TWEEZER
- Lambat (cabut satu-satu)
- Menyakitkan 

Tak best kan kesannya? Selama ni selesa je guna, tak peduli pun nak jadi apa untuk kesan jangka masa panjang, asalkan cepat. Tapi bila fikir balik sambil merenung kulit yang tak cantik, rasa kena ubah nasib diri ni, haha. Lagipun kita ni perempuan, kenalah peduli lebih sikit kan untuk kecantikan diri sendiri, perempuan manalahhh yang taknak jadi cantik dan flawless...pheww.

INILAH MASANYA UNTUK BERTUKAR KE NORAH WAX HAIR REMOVAL!!!

Norah Wax Hair Removal
'Kucing bulu lebat pun orang cakap comel. Kau ade? Tak kan..so meh pakai Norah Hot Wax macam Kakak.'-Udin

Norah Wax tu apa? 

Norah wax adalah produk membuang bulu sampai ke akar, mengandungi 100% bahan-bahan organik dan semula jadi. Bahan yang digunakan adalah madu, esen tea tree oil, gula, dan air.

Jangan pakai depan kucing tauuu, sebab kucing nak jilat Norah Wax ni, serius, bukan Udin je serbu nak jilat, Comel kucing tua mama pun sibukkkk je nak menjilat Norah Wax kita, hoiiii mana boleh!!! Jenuh nak suruh diorang main jauh-jauh.

Oleh sebab Norah Wax ni diperbuat dari bahan organik dan semula jadi, so sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, wanita mengandung, lelaki pun boleh pakai, dan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jangan korang makan sudah, hahaha.

Kulit kering lepas cabut? Worry no more, sebab madu tu sendiri berkesan sebagai pelembab kulit.

Norah Wax Hair Remover ni datang dalam dua jenis, Norah HOT Wax dan Norah COLD wax.


1) Norah Cold Wax 

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax

Norah Cold Wax ni digunakan terus dari botol, tak perlu dipanaskan dulu. Sesuailah digunakan masa travel, ataupun wanita yang busy sokmo gitu, haha.

First time nak cuba kaedah waxing untuk mencabut bulu? Ya disarankan untuk try Norah Cold Wax ni dulu sebelum guna Norah Hot Wax.

Cara Guna Norah Cold Wax
1) Sapu wax mengikut arah bulu tumbuh menggunakan wood stick yang diberikan.
2) Letakkan cotton strips dan gosok rata keatas wax yang disapu tadi.
3) Tarik cotton strips laju-laju ikut arah berlawanan dengan sapuan wax tadi.

2) Norah Hot Wax 

Hilangkan Bulu Guna Norah Wax

Norah Hot Wax punya tekstur lebih pekat dari cold wax, maknanya grip hot wax ini lebih power untuk hilangkan bulu-bulu roma yang lebat.

Dengan Norah Hot Wax ni kita boleh buat home spa je, tak payah pergi spa dah, tapi dapat hasil yang sama. Jimat kos tauuuu, sebab sebotol Norah Hot Wax ni boleh repeat banyak kali, lagipun bila cabut bulu pakai wax ni, dia lambat tumbuh balik. Best-best-best!

Cara Guna Norah Hot Wax
1) Buka penutup botol, masukkan botol dalam periuk. 
2) Masukkan air kedalam periuk sampai paras separuh botol Norah Hot Wax
3) Panaskan sampai Norah Hot Wax cair
4) Tutup api, tunggu sampai hot wax tak panas sangat (suam-suam tapi jangan sampai keras)
5) Sapu Norah Hot Wax ikut arah bulu tumbuh.
6) Letakkan cotton strips dan gosok rata keatas wax yang disapu tadi.
7) Tarik cotton strips laju-laju ikut arah berlawanan dengan sapuan wax tadi.

Norah Wax Boleh digunakan Pada? 

Bulu atas bibir (misai)
Bulu roma pada betis
Bulu roma pada tangan
Ketiak
Ehem ehem (alaa macam Brazillian wax tuuu)
Dan mana-mana part yang berbulu lagi, kekeke


Pengalaman Hilangkan Bulu Guna Norah Wax :P

Ok sebenarnya ni first time Mai cuba kaedah waxing untuk menghapuskan bulu-bulus yang tidak diingini. Sebelum ni memang fully pakai shaver, kadang-kadang shaver lelaki yang kuning tu pun gua bedal, adehhh sungguh tak peka dengan badan sendiri.

Tapi fikir bukan sekali, bukan dua kali, banyak kali juga sebelum decide nak try wax ni. Pasal duk overthinking tinggi melangit lerr.

"Sakit tak pakai wax?"
"Darah tak masa tarik kain tu?"
"Kalau sakit sampai pengsan macam mana?"

Syuhhh syuhhhh overthinking. Mai ni sebenarnya tinggi tahap pain-tolerance ni. Kaki lecet pun selamba je jalan pakai kasut tu, sampai ada orang tegur, "Eh kaki ko darah la". baru sedar dah lecet tahap kronik rupanya. Hahaha. So rasa kenapa tak try je, kalau sakit tak payah pakai dah kesahhhh apa kenzzz...

Mai pun order jelah sebotol Norah Wax ni. Hati dup dap dup dap juga masa nak try pakai first time tu. Dah la first time pakai wax, I try the NORAH HOT WAX kayhhhh, hahaha. Takde cold cold dah, tak macho.

Apa yang dapat masa kita beli Norah Wax Hair Remover ni adalah sebotol wax, 12 helai cotton strip (boleh basuh untuk repeat guna), dan wood stick (macam kayu aiskrim yang guna untuk sapu wax kat kulit kita). Jangan risau, lengkap dengan panduan cara nak guna sekali.

Review Norah Hot Wax

Sapuan pertama tu masa wax tu agak panas la, adoiiiii, clumsy betul. Sepatutnya tunggu suam sikit. Tapi takdelah sampai melecur, panas sikit je mengada. Lepas sapu wax secukup rasa pada bahagian yang berbulu tu, haha (tak payah tebal, sapu nipis-nipis je), terus tekapkan dengan cotton strip tu. Gosok gosok sampai agak-agak dah lekat rata. Bismillahirrahmannirrahim, puffff cabut!

'ARGHHHH~!'

Sakit ke? Hahaha jerit gedik je tu sebab terkejut kan kali pertama cabut bulu-bulu yang selama ni cukur je. Amboi bila dah cukur tu faham-faham la, memang keras-keras. Haha.

Sebenarnya sakit ke tak ni selain depends kat pain-tolerance seseorang, tahap sakit ni juga berbeza-beza kat bahagian tubuh yang lain. Kalau kawasan kulit keras tu, tak sakit langsung la, rasa gatal-gatal je,hahaha. Kalau kawasan kulit lembut halus tu, haaa azab la sekejap.

Tapi tu la, beauty is pain. The pain passes, but the beauty remains  :P Kejap je sakit tu, pastu hilang la. Sakit terkejut. Takda la sampai pengsan pun,hahaha drama kooo eh.

Yang bestnya bila ada Norah Hot Wax ni, kita tak payah nak pergi spa dah. Tak payah la mendedahkan part body yang sulit-sulit tu untuk beautician yang tolong cabut, ahahaha. Den malu oiii.

Lepas dah cabut tu, tunggu la berapa lama nak naik balik. Selalunya, dalam dua tiga hari anak anak bulus dah start say 'HI' dah, muahahahaha. Tension oiiii kena kerap shave balik.

Eh, dah seminggu takde bayang-bayang lagi? Akhirnya lepas 2 minggu setengah baru ada anak-anak bulus yang say 'HI' tapiiii halusnya, tomey tomey. Hahaha, baru pakai sekali je kot, takkan begini bagus kesannya, tak sabar nak guna next time, mesti lebih halus gituuhhh.

OMG! Saya suka! Saya suka! Dah la guna nipis-nipis je, pastu kalau lebih dua minggu baru nak tumbuh, memang jimatlah wax Mai ni, hahaha. Sapa nak pinjam??? NO WAY! Tak hygienic la uols, nak pakai, beli sendiri tauuu. Murah je.

Harga sebotol Norah Wax (Hot/Cold) ini hanyalah RM35 (exclude postage). Cod pun ada, area Shah Alam. Hihi. Bukan Mai yang jual, tapiiii korang boleh beli dengan seller gorgeous NORA AHMAD tau. Hihi.

Hubungi :

Facebook NORA AHMAD

Whatsapp : +60133449515


Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

18 comments:

  1. Bagus ni..kalau guna pisau cukur silap-silap luka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe jaranglah tak luka tu..saya ni clumsy :P

      Delete
  2. Hahaha.. Memang azab sangat biler first guna tu.. Tapi betul la.. Wax lagi bagus daripada kita cukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. First je, lepastu bulu dah tak tebal2, so tak sesakit pertama kali kan. Dalam banyak2 method, Mai rasa cukur paling worst.

      Delete
  3. Jangan kakak wax bulu udin sudah hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udin tak takut wax, ade ke patut dia nak jilat, hahahaha.....

      Delete
  4. sebenarnya dah lama juga usha norah wax ni....bila dengar cerita mai ni...macam best jerrrr....kena beli jugak ni....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa best kak Lina... Bulu2 yg tumbuh semua batch baru, hahahahaha. Tak macam pakai shaver.

      Delete
  5. sakit ea? alamak nak try ke tak ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. First try je E'in. Rasa tak boleh handle sakit kat kawasan tertentu, basuh ngan air je wax tu cair balik.

      Delete
  6. Tak panas ke bila letak hot wax Tu.. Wah boleh buat spa dirumah kalau camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak masa suam Mamapp.. Hihi. Tak panas pun...Tu la best spa sorang2 sambil pasang lagu, haha. kalau ada anak kecik kena pakai yg cold wax je laju sikit, hehe.

      Delete
  7. Akk pun memerlukan yg ni. Tp xberani nk try lagi.huhu

    ReplyDelete
  8. Dari dulu guna Norah! Memang suka sangat kesan dia. Kaki licin je happy sangat rasa

    ReplyDelete
  9. hai mayjie.
    lama aida x blogwalk sini.

    ReplyDelete
  10. Ada try letak kat kucing tu sikit ke :)

    ReplyDelete