Haii korang!

Musim cuti sekolah dah nak tiba ni..Biasa lah kalau cuti sekolah jer. Wajib jalan akan jadi jem. Tak kisah la highway ke jalan lama ke, tetap akan jemm. Hmm nak pergi bercuti pon susah sebab memikirkan jalan yang jem tu kan. Habis hilang mood bercuti kalau asyik nak marah sepanjang perjalanan dengan kesesakan dan kepenatan memandu yang tak tertanggung.

Tapi korang, dengan menaiki penerbangan Air Asia, aku sure confirm percutian korang kali ni lebih selesa dan yang penting sampai ke destinasi yang dituju pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang gangguan jem! Hehehehe tak nak ker u olls?? Tambah-tambah sekarang ni aku ada dengar yang Traveloka ada menawarkan harga tiket penerbangan Air Asia yang tak masuk akal ! Tudiaaa jangan lepaskan peluang guys..
Oleh sebab sekarang kan zaman teknologi, jadi korang tak perlu bersusah payah lagi nak pergi ke KLIA untuk pergi beli tiket, buat bazir masa, wang dan tenaga jer kan semua tu. Nak survey harga tiket flight pun dah boleh setakat dihujung jari jer okay. Mudah lagi memudahkan, gitchewww.



Dalam banyak-banyak website yang aku survey, Traveloka adalah satu website yang menawarkan harga penerbangan dengan harga yang sangat murah u ollss!! Semua orang mampu untuk naik flight dah lepas ni sebab harga tiket bermula dari RM50++ koranggg!! Of course harga tiket ikut destinasi penerbangan korang tauuu..Hihihihi.

Ok, sebenarnya senang rupanya cara nak book tiket online ni, follow jer tiga step yang ada terpapar di screen korang tu tau...


CARA BOOK TIKET ONLINE AIR ASIA?
Step yang pertama korang kena masukkan nama destinasi dari mana korang nak naik dan ke mana korang nak pergi.
Step yang kedua pula, korang pilih tarikh penerbangan korang tu, make sure pilih tarikh yang betul ye untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal..hehehee. Oh ya, korang juga boleh pilih tau sama ada nak beli tiket sehala or pergi balik. 
Then, langkah yang terakhir ialah cari tiket dimana korang boleh pilih tiket yang korang nak book ni untuk berapa orang and pilih class seat yang korang nak then click la search! Mudah jerk an u olls! semudah A B C la katakan..hehhee. 


Cara untuk membayar lagi senang guys! Guna jer online banking or card kredit. Pilih jer bank yang korang nak bayar tu then klik bayar, senang jer kan..hehhee

Antara kemudahan and fasiliti kalau korang naik Air Asia ni banyak taw. Untuk pengetahuan korang, Air Asia mempunyai empat jenis class seat dimana setiap class seat mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan harga yang berbeza.

Yang pertama ialah standard ekonomi yang mempunyai keluasan tempat letak kaki dan tempat duduk yang dilitupi dengan kemasan kulit, yang mampu memberikan keselesaan yang lebih kepada penumpang di Kelas Ekonomi. Tetapi u olls, untuk penerbangan standard ekonomi ni, u olls x dapat makanan percuma. Akan tetapi, korang boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan dengan membeli semasa dalam penerbangan ataupun melakukan pra-pesanan dalam talian di laman rasmi AirAsia. Makanan yang disediakan perghh sangat menyelerakan terutama sekali hidangan tradisional Malaysia, Nasi Lemak Pak Nasser! Nyummm-nyumm!

Kelas seat yang kedua ialah Hot Seat yang mana tersedia untuk semua pesawat dan airbus AirAsia. Tapi guys, Hot Seat ni limited okay sebab hanya terletak pada barisan pertama hingga barisan kelima sahaja serta bersebelahan pintu kecemasan iaitu baris dua bleas dhingga baris ke empat belas. Kelas seat ni sesuia la untuk korang yang nak penerbangan lebih selesa yang mana ruang tempat letak kaki lebih luas. Untuk pengetahuan korang penumpang Hot Seat juga akan diberi keutamaan semasa menaiki pesawat, macam vip la u olls..hehehe.

Lagi dua kelas seat yang ada dalam penerbangan Air Asia ialah zon senyap dan premium flatbed. Kalau korang nak tahu apa keistimewaan kedua-dua seat yang aku sebut ni korang boleh la survey di traveloka.com yer. Di situ, korang boleh cari apa yang korang nak semuanya ada. So jom la check AirAsia Airlines sekarang di apps Traveloka untuk survey tiket penerbangan korang!

Jangan lepaskan peluang yang ada ni u olls!


Follow