Azam Baru 2018 

Aku berazam untuk berhenti berazam perkara yang diluar kebatasan diri. Azam perkara yang hebat tetapi realistik supaya tiada lagi azam tertunggak untuk dicapai tahun hadapan.

01 | Banyakkan Bersabar
Lately ni aku cepat betul naik darah walaupun dekat hal yang kecik-kecik je. Sampailah mama sendiri yang cakap "Marahlah selalu, jangan masuk 30 tahun nanti dah mula dapat penyakit darah tinggi pulak.". Pheww, betullah tu 'marah' ni sifat Syaitaan, banyak buruk dari baiknya. Baik tinggalkan tabiat buruk ini sebelum parah.

02 | Menabung RM1378.00!
Aku menggunakan sistem 52 minggu untuk menabung ini, dimana aku cuma perlu menyimpan setiap minggu sahaja. Minggu pertama, RM1, Minggu kedua RM2, Minggu ketiga RM3 dan begitulah seterusnya sehingga akhir 2018 dimana nilai terkumpul akan menjadi RM1378.00 kalau aku konsisten menyimpan, hehehe. InsyaAllah, fighting!

03 | Belajar memasak!
Hehehe aku bukan malas memasak, cuma aku masak tak berapa sedap. Jadi aku perlu polish lah skill yang terpendam ni kan. Hahaha, Lagipun dah nak kahwin ni kenalah belajar masak sedap-sedap untuk tambat hati dan perut suami. So target nak belajar masak dengan nenek dan mama la ni kan.

04 | Marrying my best friend!
Aku telah bersetuju untuk menjadi suri hati seseorang yang selalu ada bersamaku sejak tahun 2011 sebagai kawan baik yang paling best didunia! Patutlah orang cakap perempuan dan lelaki tak boleh bersahabat baik, either salah seorang kena friendzone, ataupun berakhir macam kami sebagai pasangan hidup, AHAHAHAH. Doakan majlis kami, insyaAllah pada pertengahan 2018 ini.

♡♡♡♡♡

Hihihi beginilah azam tahun 2018 aku, doakan semuanya tercapai ya. Aku harap azam korang semua pun dapat tunaikan azam-azam dan harapan korang. 

Jappp!

Kalau korang ada azam 2018 yang awesome, sharekan bersama Tuan Elih Japahar untuk ada peluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan tau..

Apa tak percaya? Jangan tak percaya, cepat klik banner dibawah ni untuk join tau. All the best!

Klik Banner Untuk Join


Follow