Review Movie | Gerald's Game

GERALD'S GAME

Review Movie | Gerald's Game
Gerald's Game

SINOPSIS GERALD'S GAME

Filem ini mengisahkan pasangan suami (Gerald) dan isterinya (Jessie) yang mengambil keputusan untuk berhoneymoon sebentar jauh dari kesibukan dunia luar demi menyelamatkan rumahtangga mereka yang semakin hambar dan tegang. Jadi mereka memutuskan untuk meluangkan masa seminggu dengan penuh romantis di 'lake house' yang terletak di  Fairhope, Alabama.

Gerald ni mempunyai fantasi yang liar (mahukan hubungan yang ganas). Dia telan menelan dua pil ubat kuat kot, haha, dan menggari isterinya Jessie di kepala katil. Jessie menjadi seram dengan perlakuan suaminya dan bertindak melawan.

Tiba-tiba Gerald terkena serangan jantung dan mati diatas badan Jessie sebelum sempat dia membuka gari yang mengikat tangan isterinya ke katil. Seekor anjing liar yang kelaparan menceroboh rumah mereka dan cuba memakan mayat Gerald didepan mata Jessie.

Jessie mula berhalusinasi dengan bayangan Gerald dan dirinya didepan mata sambil berusaha untuk meloloskan diri.

Kehadiran 'Moonlight Man' yang berwajah hodoh dan menyeramkan diwaktu malam dipenjuru bilik Jessie menjadi tanda tanya adakah itu realiti atau mimpi. Tekanan perasaan Jessie diwaktu itu juga mengingatkan dia kembali dengan peristiwa pahit yang selama ini dia sorok dan cuba untuk lupakan.

Adakah nyawa Jessie akan diragut oleh makhluk tersebut? Atau menjadi makanan anjing yang kelaparan itu? Ataupun berjayakah Jessie melepaskan dirinya?


ULASAN GERALD'S GAME

Filem Gerald's Game ini telah ditayangkan pada September 2017 oleh Netflix, adaptasi dari novel karya Stephen King yang juga berjudul sama. Ini bukan adaptasi dari Stephen King yang pertama aku tengok dan suka, filem lain macam Misery & IT pun kategori thiller yang best. Ok tapi harini aku nak review pasal Gerald's Game lah, hahaha.

Rating filem Gerald's Game ini dalam 'Rotten Tomatoes' mencecah 91% approval, dan dalam IMDB Rating pun tinggi juga. 7.5/10. So kalau yang pentingkan rating movie tak perlu ragu-ragu lagi dengan filem ni.

Filem berdurasi 103 minit dan hanya fokus dalam bilik tidur je, haha. Yelah dah si Jessie tu duk terikat kat katil je nak pergi mana sangat kan. Tapi walaupun most of the time Jessie duk atas katil je, korang akan rasa berdebar dan tak mahu lajukan cerita ni.

Ada dua jenis penyakit mental seksual dalam cerita ni. Gerald yang sukakan hubungan yang 'violent' , manakala seseorang dari kisah silam Jessie yang pedofile (bernafsu dengan kanak-kanak) yang membuat Jessie trauma dalam diam. 

Jadi apakah kesudahan hidup Jessie dalam movie ini? Korang perlu tonton sendirilah untuk tahu ending sebab aku tak suka jadi spoiler, hahaha. Apapun aku rasa movie macam ni tak sesuailah untuk tontonan bebudak, so layan memalam je KAHKAHKAH.

Eh sampai sinilah ulasan aku kali ini, kang makin tulis makin melalut pula. Untuk menonton sendiri filem Gerald's Game online, free, dan ada substitle, copy link dibawah dan paste pada browser korang.

http://subsmovies.me/watch?movie=3748172 


Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Woah! Berdebar-debar tengok trailer dia tu. Nak cari laa nanti, nak tengok 😁

    ReplyDelete
  2. macam seram je? kisah mak mak eh? nak download lah. haha. azah pernah tengok cite sorang mak yang anak dia hilang kena culik. sampai ke sudah dia kejar penjahat tu. phewww seram campur curious tapi last best cite dia! sis cuba tengk. nanti kalau azah ingat tajuk, azah bagitau balik. hiks :D

    ReplyDelete
  3. pernah gak nk tgk movie ni hari tu, tpi x sempat nk tgk..

    ReplyDelete
  4. Eee rasa ngeri pula baca sinopsis tapi nak juga follow ending dia camana hahah

    ReplyDelete
  5. Hi, saya suka baca review-review awak dalam blog ni! Terbaik! ^^

    ReplyDelete
  6. alamak seram pulak tapi cem menarik.. kalo xde scene terkejut2 okay jugak. kalo ade tu memang aiseh hehehe.. seram jadinya. dok bayar netflix tetiap bulan tapi tengoknya selalu tidak ngeh2..

    ReplyDelete
  7. ada GA sedang berlangsung di blog CT. jemput join kalau sudi
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
  8. macam best je tapi dalam poster kemain muda bila tengok trailer dah separuh abad dah hahaha

    ReplyDelete