Kenapa Jumlah Post di Home Page Blog Tak Boleh Ubah? | #solved

Thursday, February 22, 2018


Korang pernah jadi tak masalah dekat home page blog korang cuma naik satu atau dua post je walaupun kat dalam setting korang dah set untuk show 5,6 post. Pening kan?

Aku pun baru discover masalah ni bila blog salah seorang customer (Encik Raja) aku direview oleh kak Diana Rashid. 

Sumber : Kak Diana


Dibahagian Home page nampak kosong je.Saya tak tahu kenapa Bro Raja cuma letak 2 post saja di homepage blog ni. Mungkin dia suka kan ketenangan..       krik krik krik.... - Kak Diana

No lah...of course not, hahaha.

Aku pun dihubungi Encik Raja untuk tolong tengokkan blog beliau sebab masa aku final set-up haritu aku set 6 post untuk home page, tiba-tiba tinggal 2 post saja.

Langkah pertama yang aku buat adalah cuba untuk tukar jumlah post show dalam home page blog beliau. 

Ada dua cara untuk tukar jumlah post kat home page ni.

Cara 1 : Setting > Post , Comments and Sharing > Show at Most (masukkan jumlah post korang nak, aku recommend untuk letak 5-6 gitu)

Cara 2 : Layout > Main Blog (klik butang edit) > Masukkan nilai di Number of posts on main page

Ok fine, walaupun aku cuba ubah guna kedua-dua cara tukar jumlah post di home page blog Encik Raja ni, tetap tak berjaya.

Jumlah Post di Home Page Blog Tak Boleh Ubah


Kenapa Jumlah Post di Home Page Blog Tak Boleh Ubah?

Jangan frust kalau korang pun tengah hadapi problem ni. Sebenarnya masalah ni namanya auto-pagination.

Maksudnya template korang takda apa problem pun, puncanya dari Google. Tapi adalah kesilapan kecik punca dari post kita, masih boleh fixed, don't worry.

Punca terjadi Auto-Pagination

  • 01 | Memasukkan gambar dalam entry guna teknik drag and drop
  • 02 | Entry yang terlalu panjang
  • 03 | Terlalu banyak gambar dalam satu entry
  • 04 | Copy paste gambar dari website lain directly

Cara Selesaikan Masalah Auto-Pagination

  1. Check entry terkini, ada tak buat kesalahan diatas, misalnya copy gambar directly dari website orang lain, atau entry terlalu panjang, dan lain-lain.
  2. Letak jumpbreak pada bawah gambar pertama dalam entry tersebut.
  3. Setiap kali nak masukkan gambar dalam blog, guna cara manual dengan klik button kat atas, jangan sesekali drag and drop atau copypaste terus dari website lain walaupun ada keizinan (dari website stockphoto etc). 

Ini butang Jumpbreak kalau ada yang tak tahu, ehehe.
Refresh blog korang beberapa kali, then insyaAllah jumlah entry yang terpapar dalam home page blog kita akan kembali normal seperti sediakala.

Harap entry ini membantu.

Gambar dibawah adalah hasil terkini di blog Encik Raja :)



Follow

15 comments

  1. good sharing sis.. btw. blog sis cantik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap membantu hihi. Thank you so much :)

      Delete
  2. pening jugak ye mai.....tq mai...byk info yg berguna kak lina dpt dr blog mai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, ada beberapa customer Mai pun pernah jadi macam ni.. Hehehe , happy dapat share info dgn semua. Harap bermanfaat.

      Delete
  3. Wah! Pandai jugak Mai setelkan. Kalau KekZa dah tentu2 gabra tak ketahuan dah nih kalau jadi gini. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi. Sy ni kalau ada masalah blog mmg tak keruan selagi tak ketemu punca. Haha berpeluh gak godek ni,hahaha.

      Delete
  4. Oh..tak pernah pulak jadi macam tu tapi good info. Singgah follow ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mmg Mai pun tak pernah jadi. Yg terpaksa tahu ni pun sbb adjust blog customer. Dptlah satu ilmu baru, hehe.

      Delete
  5. tq mai!! nnti busyra akan try di blog pulak.. entri yg sngt berguna untuk busyra.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi ada masalah ni.. btw thanks for sharing ^^

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.