Garisan Nipis di Antara Manja dan Gedik


“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya” - Fynn Jamal
Teringat bait lirik lagu 150 juta nyanyian Fynn Jamal tiba-tiba. Mungkin penangan isu semasa yang tengah viral kat fesbuk pasal gadis cendol, then kemudian disambung tular dengan kena acah nak babap pun nak menangis. WTH? Kalau baby kena acah nangis aku boleh hadam lagi, hahaha.

Garisan Nipis di Antara Manja dan Gedik

Sebenarnya manja dan gedik mengada-ngada ni nampak je sama, tapi tak sama. Ada garis halus je yang bezakan orang manja dengan orang gedik.

PEREMPUAN MANJA


Manja ni memang sifat natural seorang perempuan. Even sesado mana perempuan tu, jauh disudut hati dia mesti ada sifat manja ni.

Ada perempuan memang manja sejak azali, ada juga sebab keluarga yang layan dia macam princess gittchew.

Perangai orang manja ni sama saja bila dia berhadapan dengan semua orang. Kalau dah jenis manja ni, bukan dengan parents dan pasangan dia saja dia manja, kawan-kawan perempuan boleh faham dah dengan kemanjaan dia.

Tapi disebabkan sifat manja tu natural dan bukan dibuat-buat. Tak adalah orang rasa menjengkelkan atau tak selesa. 

Perempuan manja ni selalunya romantis. Paling penting bukan setiap masa jadi manja, tengok keadaan sekeliling juga.

Mudah terhibur dengan lawak hambar & akan tersenyum saja bila diusik adalah antara sifat perempuan manja yang boleh kita nampak.

Dan selalunya orang lelaki pula suka perempuan manja sebab selain perangai manja tu buat perempuan nampak comel, sifat manja ni juga buat lelaki rasa diri mereka ibarat superhero yang diperlukan sigadisnya.


Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua - Fynn Jamal

Tak salah pun nak jadi manja ni. Tapi senyap-senyap dah la. Tak payah tayang kat semua orang. Sebab bila tayang kat public ni, dah tak jadi manja, jadi gedik dan mengundang macam-macam pandangan orang kat kita.

PEREMPUAN GEDIK


Orang gedik ni senang je nak detect, haha. Kalau kali pertama tengok aksi liuk lentuk dia kita rasa mual tu bukan manja lah tu, tu dah masuk level gedik.

Selalunya jenis yang 'try-hard' untuk nampak manja akan masuk level gedik. Ada juga yang jadi gedik sebab nakkan perhatian orang. Contohnya bila dengan ramai kawan-kawan keluar pastu terkinja-kinja, cakap dan gelak kuat-kuat.

Kalau manja ni sifat natural perempuan, yang perangai gedik mengada-ngada pula selalunya dibuat-buat.

Orang tak berapa suka dengan perangai gedik ni bukan sebab apa, bukan je menyampah tengok, tapi kadang-kadang ada yang sampai menyusahkan orang lain sebab sifat mengada-ngada dan tak mahu berdikari, akhirnya semua perkara mengharapkan orang je.

Selain tu orang gedik ni kita boleh perasan dengan cara dia melayan orang lain. Kalau dengan sesama perempuan kemain dia sombong, cakap pun kasar, tiba-tiba dengan lelaki dia berubah karakter jadi lemah gemalai. Sah-sah dah level gedik tahap billion trillion.

♡♡♡

Bagi aku, bagi yang dah bersuami, tak salah pun untuk jadi manja kadang-kadang (tak boleh selalu sebab zaman sekarang ni perempuan semua kena kuat dan berdikari, haha). Terutama yang dah ada anak, haha, asyik transform jadi naga je, sekali sekala jadilah manja sikit depan suami.

And aku takda problem pun dengan perempuan gedik. Lantak kome la. Tapi gedik in private la k kalau korang taknak kena kecam dengan netizen. Kehkehkeh.

Bukan semua perempuan manja tu gedik. Lepas ni jangan simply judge orang manja je terus cop gedik. 

Tapi kalau korang rasa nak muntah hijau bila tengok orang tu..err faham-faham sendiri lah. HAHAHAHA.

Follow

Post a Comment

20 Comments

  1. Tak tahu pun pasal video viral tu. Patut la orang duk cendol cendol lepas tu I tak paham hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...tertengok sbb ramai friendlist share kt fb. hahaha. tak pasal jadi makcik bawang :P

      Delete
  2. kalau nak bergedik atau bermanja..biarlah dengan pasangan yang sah sahaja.

    ReplyDelete
  3. Nampak sama .. tapi ianya dua perkara yang berbeza...

    ReplyDelete
  4. Tapi prefer org lain yang menilai diri kita..Kang kita nilai..baik sokmo..ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol. Hahaha. Tu la Mummy. Tapi mai jenis tak reti manja sbb ramai adik2, dari kecik takde chance nak manja2 ni. sobs T_T.

      Delete
  5. iolls dua2 tu hahahahha tapi dengan dia je lah sebab dia je yang gigih melayan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe tau takpe...manja senyap2 sudehh. haha

      Delete
  6. hahaha
    kes gadis cendol tu lah
    hehehe

    ReplyDelete
  7. GV setuju kak Mai. Boleh nampak ketara antara manja natural dan gedik over giteww. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, manja in public = gedik. Gedik in private = manja.

      Delete
  8. Nak bermanja ker nak bergedik ker biarlah dgn yg HALAL kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoiiii tu sis. Tak molek la org tgk duk meramas2, mengelap2 peluh tgk gitue..

      Delete
  9. lain macam kalau perempuan gedik. manja tu takpe lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihih fitrah perempuan mmg manja kan kak...Tp tak semua boleh tunjuk utk semua org,

      Delete
  10. baca tajuk dulu terus terbayang cendol huhu
    akk anti sikit org yg gedik2 ni,ase nak pang je.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAhahaha, tau takpe kak... Kalau adik mai kena pang dah. Haha

      Delete
  11. manja ni dia tak boleh tunjuk depan org nanti org panggil gedik..hihi

    ReplyDelete