Dos & Don'ts Semasa Kurangkan Bajet Perkahwinan


'Ukur baju di badan sendiri' , itulah yang patut kita amalkan. Elakkan berbelanja melebihi kemampuan diri, sebab nanti yang nak menanggungnya kesan tu kita juga. Macam tu jugalah dalam urusan perkahwinan.

Bajet semasa untuk berkahwin sekarang ni sekurang-kurangnya RM10K jugalah. Itupun abis murah dah, kena cut cost kat banyak perkara juga tau.

Kalau ada yang cakap boleh kahwin bawah 10K tu takyah baca tips dia, banyak sponsor je belaka, siap paksa kawan terer makeup untuk jadi mak andam percuma, pastu suruh kawan ada dslr jadi cameraman free, kahkahkah. 

Nope. The struggle is real ! 

Impian setiap pengantin of course kalau boleh nak kurangkan bajet untuk majlis kahwin ni, tapi dalam masa sama taknak nampak majlis kita macam cincai dan murahan. Takut dek panahan makcik-makcik petir lettew kan. Kehkehkeh,

Setelah aku fikir-fikir pros & cons dalam setiap perkara yang aku nak cut dari perbelanjaan majlis kahwin ni, aku nak share Dos & Don'ts semasa kurangkan bajet perkahwinan dengan korang. Sebab bukan semua benda kita boleh simply cut dari bajet kita, nanti jahanam majlis kita tauuuu.


Dos & Don'ts Semasa Kurangkan Bajet Perkahwinan

(Apa yang Kita BOLEH BUAT vs TAK BOLEH BUAT)

BOLEH BUAT UNTUK KURANGKAN BAJET KAHWIN

01 |  Limitkan Panggilan Tetamu dengan Kad Jemputan 

Jika bajet makanan kita untuk 700 orang, cukuplah kita buat 200 keping kad jemputan sahaja. Setiap kali kita jemput orang, pastikan bagi kad sekali, disitu kita dapat trace jumlah jemputan tetamu kita dengan jumlah bilangan kad. Takdalah terpanggil lebih-lebih had kemampuan kita. 

02 |  Beli kek dari Secret Recipe

Menempah kek pengantin memang mahal, terutamanya kalau yang jenis yang bertingkat-tingkat dan design khas. Apa kata pecahkan tradisi dengan pakai kek dari Secret Recipe je, senang, menjimatkan, dan yang paling penting sedap.

03 |  Tidak Membazir untuk Hantaran 

Barang hantaran tidak berjenama mahal tu bukan satu dosa pun. Beli lah ikut kemampuan kita, dan lebih baik kalau barang tu dapat digunakan nanti lepas kahwin. Kalau ada bajet lebih untuk hadiahkan pasangan pun tak salah, teruskan niat anda. Sebab tips ni aku share dengan orang yang nak jimat je, hahaha.

04 |  Tiada DJ

Kalau nak pasang ayat Al-quran di majlis, tak elok pula sebab ayat Al-quran ni bila kita dengar, kita perlu diam dan hayati. Tapi di majlis ni kan tempat orang bersosial. Nak pasang set karokae pulak nanti ada pulak orang nyanyi lagu 'Pelamin Anganku Musnah' tak ke haru, EH! Hahaha. Nak pasang lagu juga DIY je sendiri, download list lagu sweet-sweet dan minta sesapa untuk pasangkan kat speaker di majlis kita nanti.

05 |  Baju & Pelamin

Elakkan pilih baju baru sebab mahal. Banyak je design baju yang murah-murah tapi cantik gorgeous bila kita pakai. Pelamin pulak, pilihlah yang dalam negeri kita sendiri, jangan nampak cantik kat instagram terus kita nak yang tu, kang merana habis duit kat kos penghantaran je. Rajin-rajinkanlah diri usha kedai-kedai pengantin kat tempat kita.

06 |  Tak Payah Banyak Jenis Goodies

Bagi aku, tak payahlah banyak-banyak pengasingan jenis goodies (doorgift) kita buat ikut darjat konon tu. Kang yang pangkat besor-besor bagi goodies best, orang-orang kampung kita bagi cekelat je, tak baik gitu. Bagi je semua orang goodies yang sama, lebih baik kalau bagi makanan, confirm orang makan. Elakkan bagi bekas2 kecik kaca yang entah apa fungsi tu nanti orang campak ke tong sampah je.


JANGAN BUAT INI WALAUPUN UNTUK KURANGKAN BAJET KAHWIN

01 |  Pilih mak andam entah sapa-sapa

Jangan kedekut nak keluarkan duit untuk mak andam ni wehhh. Kang korang nampak murah je terus grab, tengok-tengok dia pakai barang pasar malam je mekap, then skill mekap kelaut, hasil macam opera cina, baru menyesal tak kesudah menangis dibucu katil pengantin , hahaha. Pastikan betul-betul selidik detail MUA kita, tengok hasil-hasil tangan dia sebelum ni, baru proceed untuk book.

02 | Photographer amik gambar macam pakai phone cap cekodok

Pelamin yang gah, baju yang cantik, makanan yang sedap, semua tu habis kat situ ja. Tapi gambar adalah apa yang kita akan simpan sampai ke anak cucu. Jangan dekut la kengkawan, upahlah jurukamera untuk majlis kita. Bestnya bila kita upah cameraman ni, dah macam ada wedding planner tau, nanti dia akan nasihat kita untuk pilih pelamin camna, baju camna, siap plan flow hari majlis untuk kita sekali. Hehehe. 

03 |  Makanan cincai

Tolonglah jangan kedekut untuk keluarkan duit untuk makanan di majlis kita. Jangan pilih katering yang tak sedap hanya sebab harga yang murah tak masuk akal. Adehhh. Raikan tetamu yang sudi datang mendoakan rumahtangga kita dengan makanan yang sedap-sedap. Tak perlu banyak jenis lauk pun bagi aku, asalkan sedap je.

4. Honeymoon

Haaa kemain jimat-jimat pakai tips aku kat atas tu sebenarnya main focus dia nak spare duit lebih untuk honeymoon lah korang. Ihiks. Bajet lebih bolehlah check in hotel ada jacuzzi indoor ke barulah sweet sikit kan, eh Kbye!

💙💙💙

Korang ada tips berjimat untuk bakal pengantin baru? Kongsikan dengan aku di komen :D

Follow

Post a Comment

24 Comments

  1. Ok dah tip maizan tu.. Yg lagi best kad jemputan,hantaran,goodies buat sendiri lagi menjimatkan kan.. Tu masa cik ash kahwin dulu buat sendiri hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kena buat sendiri juga nampaknya ni... tp takut huduh sbb tak kreatif, haha.

      Delete
  2. Tahniah, dah nak kawin dah ... boleh ja kawin below 10K .. tapi mmg banyak benda kena cut bajet la ... kak pip dulu kawin, mmg tak nak live band, DJ, pelamin, no sanding ... bab sanding mmg kak pip sangat tak mahu, so no one boleh nak paksa ... nasib la mak pun setuju ... goodies pun kak pip just buat puding sendiri and beli candy/sweet, no goodies yang ntah apa apa, nnt org dapat tapi tak pakai / tak guna pon, sayang kan ... photographer nasib baik adik sendiri yang volunteer nak jadi photographer, make up pun nasib baik ada kazen yg boleh make up , lagipun tak nak make up tebal2, just light and simple dah ... tp apapun, semua tu terpulang pada individu ... ingat lagi baju kawin, beli jer yang siap jahit, simple2 no bling bling, harga dalam RM120.00, lepas kawin dapat pakai balik few times T_T ... well, almaklumlah kak pip tak mampu dan buat majlis grand grand, everything mmg so expensive la kan ... setuju dgn mai, ukur baju di badan sendiri ... honeymoon pun pergi after a year kawin ...ciaciacia ...all the best Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah kak Pip...zaman skrg ni mmg semput betul la nak cut cost pun, tak tau nak potong kt mana lagi, semua mahal.

      Pasal goodies tu, Mai rasa nak ikut cara kak Pip la..jimat banyak kan.

      Mai takda kenalan ada DSLR. Hehe, nak tak nak kena hire photographer sbb nak la kenangan abadi utk hari bersejarah.

      Baju Mai belum cari lagi, hahaha. Tapi baju bridesmaid pun tgk dah RM200 sepasang. Matiler..

      Yg penting, ukur baju dibadan sendiri la. Mai pun takda income besar,tak naklah sampai susahkan orang.

      Delete
  3. Thanks for the tips heheh boleh prepare siap²

    ReplyDelete
  4. photographer dengan mak andam tu kalau pilih sebab nak murah memang makan diri. Cari yang betul2 berkualiti sebab dah banyak kes mua dengan photographer cincai sekarang ni kes nak murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul. Gerun tgk kes duk viral kat fb sbb Mak andam tak senonoh la, cameraman gegar la, haha.

      Delete
  5. tips yang bagus ni mai....btw cantiknyerrrrrr template baru mai....kenan sungguh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi thanks akak. Template ni mai pakai lama dah, tapi diberi nafas baru dgn kaler purple, hehe.

      Delete
  6. bab makanan tu penting, kalau sedap akan jadi bualan tapi kalau tak sedap hadoiii mmg bualan jugak hehe. Part jurugambar tu kalau mampu ambil ygn professional kalau tak pun kawan2 yg pandai dan talented punya DSLR pun ok kot. Part jemputan tu mmg kena kurangkan utk penjimatan kos tapi kalau first wedding dalam family esp anak perempuan..mana nak boleh cut here n there Mai oii..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Harap majlis nanti Allah jaga dari panahan makcik petir. Hahaha. Mai takda kenalan yg ada DSLR, tu kena hire juga. Takpelah sbb cameraman ni boleh bayar half lepas majlis. Sempat kumpul duit.

      Delete
  7. wahhh.. memang best tips mai ni.. hehehe.. boleh la Nurul buat in future nanti ^^

    ReplyDelete
  8. Sokong betul bab tiada DJ. Hahah. Siqah tak minat kalau pergi wedding tapi lagu putus cinta yang dimainkan. Kalau karoeke tu tak boleh nak tahan lah kan, ni DJ pun mainkan lagu putus cinta. Adoi lah.

    So wedding Siqah takde DJ. Just masukkan lagu-lagu cinta pilihan dalam pendrive dan bagi kat org sound system untuk dimainkan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab DJ pulak taktau tetamu2 kita macam mana. Kang lagu rancak tercekik pula makcik2 latah, hehe.

      Rasa mmg nak buat mcm kak Siqah la...Kena download siap2 lagu2 sweet.

      Delete
  9. Betul dah tu Mai.. tersilap ambik mak andam habislah, kalau yang jenis nak bajet sangat.. pastu tertipu dengan pakej katering yang kononnya murah sekali takde ape malu jugak tu nak menjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Mai amik MUA yg mmg ramai kawan pernah hire. Katering pulak mmg gerun..Kalau tak sedap mmg jadi bualan la...lg menakutkan yg buat kerja cincai sampai keracunan, minta simpanglah

      Delete
  10. Takde tips sebab lom kahwin.... muehehe~
    Tapi member dulu bagi tips, kalau boleh, jangan hutang dengan along...semata nak segalanya nampak grand. Fuhh, peluh tiak nak membayauunya ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe insyaAllah memang kami cut abis2 ni sbb tak nak hutang. Nanti anak dah sekolah pun belum tentu dah habis bayar. kan.

      Delete
  11. bagus untuk perkongsian bakal pengantin.

    ReplyDelete
  12. Goodies tu dah boleh start beli n nak lagi jimat dIY sendiri packaging dia.
    Hantaaran pulak beli sikit2 ,lagi syiok beli masa ada sales.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe betul tu.. Kena rajin2 DIY sendiri ni.

      Hantaran paling pening kepala..Ikut hati taknak,tp adat kan. T_T

      Delete
  13. info yg bagus mai. bab makanan tu bg busyra paling penting.. dan of course baju kawen. busyra doakan mai dipermudah urusan kawen. <3

    ReplyDelete