Mana Nak Baca Review-Review yang betul-betul Padu?


Kalau baca review, tak kiralah review filem, buku, restoran, dan apa-apa pun, mestilah kita nak baca review yang betul-betul jujur dan padu kan.

Tapi sedihnya review yang kita selalu jumpa adalah review yang tak specific. Review yang terlalu umum. 

'It's good, you should try it!"
"Movie tu memang best giler."
"Buku ni tak best."

Memang tak puas. Rasa nak jerit-jerit je 'NI REVIEW IKHLAS KE TIDOK?'. Tapi tak boleh la gitu kan, sebab aku sendiri pun bukan pengulas yang baik, hahaha. Aku cuma sejenis manusia yang suka baca review pasal sesuatu, untuk tengok sesuatu benda dari pandangan mata orang lain.

Ada review yang sama dengan pendapat kita. Ada review yang kita rasa tak boleh faham langsung taste orang tu. Tapi pendapat ni mana ada siapa betul siapa salah, cuma best bila boleh tahu alasan disebalik kenapa ada pendapat orang yang tak sama dengan kita.


FARHANAJAFRI.COM BLOG REVIEW PADU

Kalau korang pernah jejak dalam blog WWW.FARHANAJAFRI.COM ni kan mesti korang pun tahu yang Farhana banyak buat review, ada review restoran, buku, dan paling dapat sambutan mestilah review movie yang Farhana tulis.

Kenapa aku suka review-review dari Farhana?

REVIEW MAKANAN BY FARHANA JAFRI

01 |  Review Bergambar

Aku suka baca review yang siap ada gambar yang penulis sendiri snap. Contohnya Review Chizza KFC , kenalah letak gambar makanan tu sekali, taknaklah ambil gambar curik dari google je, tak dapat nak feel review tu, haha. So review-review dalam blog Farhana Jafri ni memang ada gambar tau.

02 | Review Makanan Viral & Terkini 

Aku jenis kalau keluar makanan terbaru kat pasaran, aku tak pergi makan terus walaupun hajat hati terketaq-ketaq nak try rasa. Aku suka baca review blogger yang dah cuba dulu kalau majoriti cakap bagus baru aku try, kalau banyak yang negative letak hold dulu lah. Review makanan dari Farhana pula banyak pasal fastfood & cafe-cafe hipstur.

03 | Berbaloi atau Tidak?

Of course lah makanan & restoran yang nak direview memerlukan kita keluar duit untuk beli. Tapi berbaloi ke tidak nak keluarkan duit untuk makanan tu? Baca pendapat Farhana dulu barulah kita decide nak try jugak ataupun rasa memang tak berbaloi pun.


REVIEW MOVIE BY FARHANA JAFRI

01 | Ada Guideline dalam Bagi Rating

Canggih tak canggih movie review dalam blog Farhana Jafri ni, semuanya dia ambik kira tau. Hahaha.  Selama ni aku main bedal je bagi berapa stars pun untuk movie aku suka, hahaha. Rupanya banyak aspek kena tengok before kita cakap satu movie tu bagus. 

Antara guideline yang Farhana tengok dalam movie adalah :
  1. Team Production.
  2. Storyline
  3. Genre
  4. Acting
  5. Editing
  6. Visual
  7. Themes
  8. Music/Soundtrack
  9. Social Message.
  10. Personal Thoughts/Audience Response

02 | Tiada spoiler 

Wujud ke orang suka spoiler ni? Aku tak suka baca spoiler sebelum aku tengok movie, tak thrill la kan gitu. Jangan risau, segala review-review Farhana ni memang nampak padat, tapi bestnya tak ada spoiler pun tau. Thumbs up!

03 | Review padu habis

Lagi satu bestnya baca review dari Farhana Jafri ni, tak ada langsung ayat cliche yang cakap movie ni best la, wajib tonton la etc. Farhana ni jenis teliti tau waktu tengok movie, kagum aku. Jadi review dari Farhana memang mendalam sikit. Kalau cerita tu tak best, hahaha, abislahhh Farhana akan rungkai satu-satu. Kalau cerita tu Farhana recommend, memang aku wajib cari lah lepas tu kan.


Kesimpulannya, kalau nak baca review, aku paling suka baca review dari blog Farhana Jafri ni. Kalau kita nak request movie review pun boleh minta kat comment blog www.farhanajari.com ni.








Follow

Post a Comment

17 Comments

  1. eh mai hahaha terharunya baca entri ni! terima kasih mai tak sangka ada fans yeayyy hahaha muah muah muah! Review mai pun best jugak baca! :D❤🌸

    ReplyDelete
  2. betul, review yg farhana buat semuanya best2 n ikut cara dia sendiri

    ReplyDelete
  3. kannn. memang best dan padu dan padat.

    ReplyDelete
  4. depends pada citarasa
    macam saya sendiri pun bila buat review ramai yang setuju dan ada segelintir yang tak
    hehehe

    ReplyDelete
  5. almost everyday baca review dye hahaha. one of my favorite source

    ReplyDelete
  6. Selalu gak singgah blog dia.

    ReplyDelete
  7. Hehe. Ika pun baca review dari Farhana. Best.
    As for me, ika suka jugak blogger lain punya review mcm Siqah sebab lawa gila gambar hehe. Ika tak reti review, but then apa ika tulis is basically my opinion hehe. Apa pun, review dari siapa pun, tetap akan dibaca hee.

    http://ikashoid.blogspot.com/2018/02/book-review-projek-seram-hotel.html

    ReplyDelete
  8. nak kena jengah juga nanti nii..kena belajar dari blog dia nihh

    ReplyDelete
  9. Tak tahu sangat nak buat review filem berbanding review buku. Review buku pun ikut suka hati je buat. Hihi.

    Siqah suka baca review Farhana. Review blogger lain pun suka jugak. Masing-masing ada idea dan pendapat sendiri. Paling susah nak buat review bila nak avoid spoiler 😅

    ReplyDelete
  10. GV setuju 100% pendapat kak Mai. Review kak Farhana takde filter langsung kalau review. Best kata best, tak best, kata tak best. Sangat on point, padu dan info lengkap semua. Ada dua movie GV nak tgk lepas baca review kak Farhana iaitu Mom and Dad dan satu lagi Three Billboard. hihi.

    ReplyDelete
  11. pergi sana jugak lah baca. hehehe

    ReplyDelete
  12. review dari farhana ni memang best dan ayat dia mmg gempak :)

    ReplyDelete
  13. Aku tak reti sgt buat review, kdg2 aku too honest lupa nak bagi a bit of credit tuk empunya brg/perkara. But aku suka baca review in anythings😊

    ReplyDelete
  14. Betul tu review dia memang superb, kekadang boleh tahu keseluruhan citer macam mana...

    ReplyDelete