'Ukur baju di badan sendiri' , itulah yang patut kita amalkan. Elakkan berbelanja melebihi kemampuan diri, sebab nanti yang nak menanggungnya kesan tu kita juga. Macam tu jugalah dalam urusan perkahwinan.

Bajet semasa untuk berkahwin sekarang ni sekurang-kurangnya RM10K jugalah. Itupun abis murah dah, kena cut cost kat banyak perkara juga tau.

Kalau ada yang cakap boleh kahwin bawah 10K tu takyah baca tips dia, banyak sponsor je belaka, siap paksa kawan terer makeup untuk jadi mak andam percuma, pastu suruh kawan ada dslr jadi cameraman free, kahkahkah. 

Nope. The struggle is real ! 

Impian setiap pengantin of course kalau boleh nak kurangkan bajet untuk majlis kahwin ni, tapi dalam masa sama taknak nampak majlis kita macam cincai dan murahan. Takut dek panahan makcik-makcik petir lettew kan. Kehkehkeh,

Setelah aku fikir-fikir pros & cons dalam setiap perkara yang aku nak cut dari perbelanjaan majlis kahwin ni, aku nak share Dos & Don'ts semasa kurangkan bajet perkahwinan dengan korang. Sebab bukan semua benda kita boleh simply cut dari bajet kita, nanti jahanam majlis kita tauuuu.


Dos & Don'ts Semasa Kurangkan Bajet Perkahwinan

(Apa yang Kita BOLEH BUAT vs TAK BOLEH BUAT)

BOLEH BUAT UNTUK KURANGKAN BAJET KAHWIN

01 |  Limitkan Panggilan Tetamu dengan Kad Jemputan 

Jika bajet makanan kita untuk 700 orang, cukuplah kita buat 200 keping kad jemputan sahaja. Setiap kali kita jemput orang, pastikan bagi kad sekali, disitu kita dapat trace jumlah jemputan tetamu kita dengan jumlah bilangan kad. Takdalah terpanggil lebih-lebih had kemampuan kita. 

02 |  Beli kek dari Secret Recipe

Menempah kek pengantin memang mahal, terutamanya kalau yang jenis yang bertingkat-tingkat dan design khas. Apa kata pecahkan tradisi dengan pakai kek dari Secret Recipe je, senang, menjimatkan, dan yang paling penting sedap.

03 |  Tidak Membazir untuk Hantaran 

Barang hantaran tidak berjenama mahal tu bukan satu dosa pun. Beli lah ikut kemampuan kita, dan lebih baik kalau barang tu dapat digunakan nanti lepas kahwin. Kalau ada bajet lebih untuk hadiahkan pasangan pun tak salah, teruskan niat anda. Sebab tips ni aku share dengan orang yang nak jimat je, hahaha.

04 |  Tiada DJ

Kalau nak pasang ayat Al-quran di majlis, tak elok pula sebab ayat Al-quran ni bila kita dengar, kita perlu diam dan hayati. Tapi di majlis ni kan tempat orang bersosial. Nak pasang set karokae pulak nanti ada pulak orang nyanyi lagu 'Pelamin Anganku Musnah' tak ke haru, EH! Hahaha. Nak pasang lagu juga DIY je sendiri, download list lagu sweet-sweet dan minta sesapa untuk pasangkan kat speaker di majlis kita nanti.

05 |  Baju & Pelamin

Elakkan pilih baju baru sebab mahal. Banyak je design baju yang murah-murah tapi cantik gorgeous bila kita pakai. Pelamin pulak, pilihlah yang dalam negeri kita sendiri, jangan nampak cantik kat instagram terus kita nak yang tu, kang merana habis duit kat kos penghantaran je. Rajin-rajinkanlah diri usha kedai-kedai pengantin kat tempat kita.

06 |  Tak Payah Banyak Jenis Goodies

Bagi aku, tak payahlah banyak-banyak pengasingan jenis goodies (doorgift) kita buat ikut darjat konon tu. Kang yang pangkat besor-besor bagi goodies best, orang-orang kampung kita bagi cekelat je, tak baik gitu. Bagi je semua orang goodies yang sama, lebih baik kalau bagi makanan, confirm orang makan. Elakkan bagi bekas2 kecik kaca yang entah apa fungsi tu nanti orang campak ke tong sampah je.


JANGAN BUAT INI WALAUPUN UNTUK KURANGKAN BAJET KAHWIN

01 |  Pilih mak andam entah sapa-sapa

Jangan kedekut nak keluarkan duit untuk mak andam ni wehhh. Kang korang nampak murah je terus grab, tengok-tengok dia pakai barang pasar malam je mekap, then skill mekap kelaut, hasil macam opera cina, baru menyesal tak kesudah menangis dibucu katil pengantin , hahaha. Pastikan betul-betul selidik detail MUA kita, tengok hasil-hasil tangan dia sebelum ni, baru proceed untuk book.

02 | Photographer amik gambar macam pakai phone cap cekodok

Pelamin yang gah, baju yang cantik, makanan yang sedap, semua tu habis kat situ ja. Tapi gambar adalah apa yang kita akan simpan sampai ke anak cucu. Jangan dekut la kengkawan, upahlah jurukamera untuk majlis kita. Bestnya bila kita upah cameraman ni, dah macam ada wedding planner tau, nanti dia akan nasihat kita untuk pilih pelamin camna, baju camna, siap plan flow hari majlis untuk kita sekali. Hehehe. 

03 |  Makanan cincai

Tolonglah jangan kedekut untuk keluarkan duit untuk makanan di majlis kita. Jangan pilih katering yang tak sedap hanya sebab harga yang murah tak masuk akal. Adehhh. Raikan tetamu yang sudi datang mendoakan rumahtangga kita dengan makanan yang sedap-sedap. Tak perlu banyak jenis lauk pun bagi aku, asalkan sedap je.

4. Honeymoon

Haaa kemain jimat-jimat pakai tips aku kat atas tu sebenarnya main focus dia nak spare duit lebih untuk honeymoon lah korang. Ihiks. Bajet lebih bolehlah check in hotel ada jacuzzi indoor ke barulah sweet sikit kan, eh Kbye!

💙💙💙

Korang ada tips berjimat untuk bakal pengantin baru? Kongsikan dengan aku di komen :D

Follow