Thursday, March 29, 2018

2 Blog Penyumbang Trafik Terbanyak ke NOORMAIZAN.COM


Assalamualaikum.

Setiap hari aku akan meneliti Traffic Sources dari ruangan dashboard blog. Antara penyumbang trafik ke blog aku adalah dari website Google sendiri, dari Facebook, dari Ping Babab, dan....yang menarik perhatian aku adalah dua blog milik blogger berpangkat kakak yang selalu aku kagumi.

Jeng jeng jeng.

Siapakah blogger-blogger yang power sangat ni? Ok aku bagi klu sikit, online users blog selalu ramai tak kira masa, dan template mereka adalah hasil tangan sendiri dan nampak cantik & kemas selalu.

Fuh memang layak dijadikan contoh kalau nak berjaya dalam dunia blogging ni. Usaha keras, penulisan yang bagus, dan mementingkan imej blog supaya mesra pembaca.

Okaylah taknak buang masa, penyumbang trafik dari blog terbanyak ke www.noormaizan.com adalah......KAK MARIA FIRDZ & KAK FIZACROCHET!


www.mariafirdz.com
Blog Kak Maria adalah antara blog kegemaran beberapa customers aku yang mengambil inspirasi dari template yang kemas & padat (inspirasi kekemasan bukan ciplak rupabentuk, hehe saya anti ciplak).

www.mariafirdz.com adalah blog yang sarat dengan informasi & tips harian. Aku tabik dengan konsistensi kak Maria update blog setiap hari walaupun sudah bekeluarga & ada career. Hehehe, aku tak tahu la aku boleh jadi macam tu ke tidak, aiyakkk. Orang malas memberi alasan #rotandirisendiri.



www.fizacrochet.com

Blog www.fizacrochet.com pun adalah blog yang power juga. Online users ramai betul walaupun tengah malam buta macam sekarang ni. Memang kena belajar cara kak Fiza mantapkan blog ni.

Untuk pengetahuan semua, Kak Fiza juga mengambil tempahan membuat mengait. Kalau ada yang mencari hasil crochet boleh contact kak Fiza. Cantik tauuu, orang yang suka mengait ni mesti teliti & sabar. Hewhewhew, kalau aku ni tak tahu lah menjadi ke tidak. Tangan loqlaq, hati tak sabaq, lol.

❤❤❤

Persamaan kedua-dua blogger Maria Firdz & Fiza Crochet adalah walaupun mereka dan berjaya, tapi dua-dua peramah & selalu sudi blogwalking dan comment kat blog blog picisan macam blog aku ni, ehehe. Terima kasih daun keladi, nanti datanglah selalu lagi.

Terima kasih menjadi penyumbang trafik ke blog www.noormaizan.com. Semoga terus berjaya & murah rezeki dalam dunia blog & realiti. Aamiin.

SIAPA PENYUMBANG TERBESAR PV KE BLOG KORANG?

Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 25 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

20 comments:

  1. Wahh~ tu yg pentingnya blogwalking nie kan? mcm sy nie, kejap BW, kejap komen, lepas tu menghilanglah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, penting blogwalking & penting untuk masuk bloglist blog lain, hehehe.

      Delete
  2. Tahniah kepada kedua2 blogger hebat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi hebatkan mereka..Masuk dlm bloglist je pastu dpt bnyk trafik.

      Delete
  3. Hihi akak lagi la tenggelam timbul nak berblogwalking.. =) apapun tahniah pada kak Maria dan kak Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah saya kak Shikin. Semangat ada, idea takda.

      Delete
  4. Haha.. Mai tinggi sangat pujian mai tu. Walaubagaimana pun, terima kasih ye mai sudi singgah di blog akak. Akak pun masih banyak lagi benda kena belajar tentang blog. Yang pasti blogwalking adalah penting... Sebab tu akak kalau ada masa free je memang blogwalking. Cuma... mungkin agak lambat. Al-maklumlah bila dah jadi mak budak dan isteri orang... Banyak sangat tuntutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi terima kasih akak masukkan mai dlm bloglist :)) Betul tu bila ada komitmen lain, terpaksa la tinggal blog dulu.

      Delete
  5. wahh humble giler diaorg..da berjaya tapi still peramah..bgusnya

    ReplyDelete
  6. Sis masih belum berkesempatan menjadi penyumbang PV tegar Mayy..
    In shaa Allah niat utk rajin blogwalking tetap ada ;-)

    ReplyDelete
  7. Wah..otai lama tu..terbaikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otai lama yang berjaya, hihi, memang thorbaikk.

      Delete