Cara Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia Kulim

Cara Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia Kulim | Antara salah satu syarat wajib sebelum kahwin di Malaysia ni adalah buat ujian saringan HIV, jadi walaupun kita bukan dari golongan yang berisiko untuk dapat HIV, tetaplah kena buat ujian ini juga.

Ujian Saringan HIV untuk bakal pengantin ni tak boleh buat kat klinik swasta tau. Hanya keputusan ujian dari klinik kesihatan kerajaan sahaja yang diterima oleh Pejabat Agama. Faham-fahamlah kalau sebut klinik kesihatan, mesti terus rasa nak pitam bayangkan ramai orang dan sesak rasa kena menunggu lama. Haha.

Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia

Tahukah korang yang ujian saringan HIV juga boleh dibuat di Klinik 1 Malaysia. Wow, itu maknanya kita boleh lari dari kesesakan di klinik kesihatan yang selalunya ramai sangat orang tu. Eh tak tahulah tempat korang Klinik 1 Malaysia busy tak? Kat tempat aku better la dari klinik kesihatan yang besar tu.

So apa langkah-langkah untuk membuat ujian saringan HIV di Klinik 1 Malaysia ni? Sama je sebenarnya dengan klinik lain, so aku share disini lah ye untuk rujukan sesiapa yang memerlukan.

Cara Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia Kulim 

Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia


01. Download borang ujian HIV dari laman web SPPIM 
Bagi mereka yang dari negeri yang menggunakan laman web SPPIM untuk isi borang benar nikah, boleh isi dulu maklumat dalam ni. Tunang aku yang tolong isikan semua ni haritu, then aku print je part aku, hahaha. So dalam borang yang kita print tu akan ada part untuk ujian HIV, jadi bawak borang tu sekali masa nak buat ujian HIV tu.

02. Buat pendaftaran di kaunter & beri borang yang dibawa berserta kad pengenalan
Tak perlu buat temujanji pun, aku walk in je kat klinik tu, dan buat pendaftaran macam biasa. Nanti nurse akan bagi kita dua borang klinik untuk diisi. Pastikan kalau kita pergi bersendirian pun, kita tahu maklumat pasangan macam nama & alamat pasangan kita sebab ada ditanya nanti. Ada juga beberapa soalan kajiselidik macam apa yang kita tahu pasal HIV & Aids ni, cara tersebar dan sebagainya. Kalau tak tahu tak payah tick apa-apa so nanti doctor akan terangkan lah. Hehehe. Tapi sebabkan aku memang belajar dalam bidang microbiology, malulah kalau tak tahu apa kan.

03. Bayar RM1.00 di kaunter
Lepas dah isi semua borang yang nurse bagi tu, bayar RM1.00 kat kaunter. Murah je kan, Alhamdulillah.

Cara Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia Kulim

04. Ambil darah untuk test 
Ok kemudian nurse akan panggil masuk bilik untuk ambil darah. Rupanya sikit je darah yang diambil, beberapa titik je. Hujung jari akan dibersihkan dengan alcohol swab, dan pastu dicucuk dengan jarum yg kecik tu macam kita nak buat test jenis darah. Kemudian darah yang keluar akan disedut untuk letak atas kit yang macam pregnancy test tu je.

Jangan risau, ujian saringan HIV ni tak sakit langsung.

05. Keputusan Ujian & Sesi kaunseling dengan doktor 
Ok lepas dah ambil darah tu, dalam 5-10 minit doktor akan panggil la untuk bagitau result kita. InsyaAllah semuanya akan okay. Doktor akan cerita sikit-sikit la nanti risiko kena HIV ini untuk golongan macam mana, kesan untuk baby dan sebagainya. Kalau results negative, maka bolehlah balik terus dengan gumbira sebab boleh kahwin dah, haha.

Cara Buat Ujian Saringan HIV di Klinik 1 Malaysia Kulim

Senang je kan, jadi paling awal pun buatlah ujian HIV ni 6 bulan sebelum kahwin. Jangan buat terlalu awal sebab nanti tak valid keputusan tu. Hikmahnya ujian macam ni sekurang-kurangnya takdalah kes teraniaya selepas kahwin dengan penghidap HIV ni. Nak menanggungnya nanti kita & baby pulak. Huhu, sedih tetiba.

Jadi untuk buat ujian ni, pastikan bawak barang-barang ni ye :
  1. Borang Ujian HIV dari website SPPIM
  2. Kad pengenalan
  3. Detail pasangan (jika datang bersendirian)
  4. RM1.00 untuk pembayaran
So insyaAllah next time aku akan share pula step-step seterusnya untuk urusan perkahwinan ni.



Follow

Post a Comment

14 Comments

  1. Akak dulu pun buat saringan HIV jugak. Bagus jugak ada saringan ni untuk masa depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Untuk kebaikan juga semua ni.

      Delete
  2. Nice info, memudahkan pasangan nak berkahwin buat test nanti :)
    https://www.nurzariniismail.com/2018/03/kebaikan-dan-keburukan-kerap-tukar.html

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Mai, husniey dulu pun buat awal senang sikit. Bila ingat balik seram pulak masa ambik sampel darah tu.. 😅
    Takut jarum.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ni tak awal dah.. Darah mai cair betul, lambat pulak tu nak kering, haha.

      Delete
  4. ehh baru tahu klinik 1 malaysia pon boleh buat..ahai senang la sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. kat klinik 1 malaysia takdalah selalu sesak mcm klinik kesihatan daerah.

      Delete
  5. Assalam, boleh tau tak bila waktu untuk buat hiv dekat klinik 1 msia kulim? Atau sepanjang hari boleh walk in..tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Walk in sepanjang hari je awak. Kalau nak pergi pagi, pukul 10 boleh pi dah, kalau petang pi dalam pukul 3.

      Delete
  6. Kalau dlm sspim tuh..bole dh ke isi dlm mse 6bln sblm kahwin?

    ReplyDelete
  7. bolehke buat hiv test even bukan utk kahwin?

    ReplyDelete