Menang Cash daripada Blogger Elih Japahar


Alhamdulillah, baru-baru ini aku mendapat rezeki durian runtuh lagi dengan memenangi cash daripada blogger Elih Japahar yang pernah menganjurkan Giveaway Azam Baru 2018 pada awal tahun lalu.


Jom throwback balik apa yang aku azamkan pada awal tahun lalu?

  • 01 | Banyakkan bersabar
  • 02 | Menabung RM1378.00!
  • 03 | Belajar memasak!
  • 04 | Marrying my best friend!


Aduh baru bulan tiga, banyak yang dah jahanam azam tahun ni. Haha. Azam pertama untuk banyakkan bersabar, tapi banyak kali juga lidah degil aku tetap engkar mempertahankan diri bila dalam keadaan marah atau sedih. Aiyook apa nak jadi ni. Semoga aku dapat terus menanamkan sifat sabar dalam diri.

Azam kedua pula, sudah terhenti sebab aku sudah tiada pendapatan tetap. Kerja demi kerja aku tempuhi, tapi ada saja dugaan yang membuatkan aku terpaksa melepaskan kerja tersebut. Aku harap ini cumalah dugaan bertunang aku, semoga lepas kahwin aku akan dapat rezeki kerja yang tetap dan berbaloi dengan sijil & kualiti kerja yang aku tawarkan.

Azam ketiga iaitu belajar memasak! Memasak memang boleh, tapi antara sedap dengan tidak lah, haha. InsyaAllah azam ini aku mulakan dengan perkara yang basic macam mencuba menu yang simple, belajar kenal-kenal jenis daun, jenis ikan, kegunaan2 sayur untuk masa apa. Hehehe, kalau mencari anak dara yang dapat siapkan 3 jenis lauk dalam masa setengah jam, saya bukan orangnya, habaq siap2. Tapi i'm a fast learner, tunggu jap je lagi nanti aku tererlah, haha.

Azam untuk berkahwin ! Azam ni paling besar ni, yang bakal mengubah status hidup aku. Alhamdulillah, azam ni progress laju, kehkehkeh. Doakan Allah mempermudahkan setiap urusan aku ya. InsyaAllah kami bakal berkahwin pada Syawal nanti, so blogger dari Kulim & kawasan berdekatan yang rasa lapaq nasik kenduri raya nanti boleh inform siap-siap nanti aku post kad kahwin.

Ok tutup bab azam. Disini juga aku nak mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang lain. Wahh ramai juga rupanya pemenang yang dipilih.

Tempat Pertama: http://www.mrspip.com
Tempat Kedua: http://www.azahrahaman.com
Tempat Ketiga: http://www.noormaizan.com
Tempat Keempat: http://www.opzzpinky.my
Tempat Kelima: http://www.cla-travel.asia

Terima kasih kepada penganjur Giveaway kali ini, yang dapat membuat kami semua berfikir sejenak azam-azam yang penting untuk tahun 2018 ini. Semoga murah rezeki & selalu dipermudahkan urusan dunia dan akhirat ya Tuan Elih Japahar.

Buat yang belum mengenali blogger Elih Japahar, beliau adalah blogger yang berasal dari Sabah. Blog beliau merupakan perkongsian tentang informasi terkini, tip dan panduan affiliate, panduan temuduga dan juga sedikit info tentang kerja kosong yang ada di Malaysia.

Untuk berkenalan dengan lebih lanjut boleh melawat >>> http://www.elihjapahar.com


Follow

Post a Comment

17 Comments

  1. Tahniah kak sha ucapkan... rezeki noor. Azam perketatkan lg..hihi

    http://www.byshaz.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. tahniah Mai..semoga tabah dgn dugaan dan semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
  3. Tahniah...
    Alhamdulillah..rezeki kamu ye

    ReplyDelete
  4. Bab masak tu, selagi masakan tu boleh masuk tekak, dah kira ok la tu mai, then slow2 improve...kak pip pun time kawin mmg tak pandai masak, blajar dr suami, hehe...nak siang ikan pun, suami yg buat...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Noor Maizan :) tahniah dan harapan sy azam tu akan tercapai..aminn!

    ReplyDelete
  6. wahhhh tahniah mai! Sama lah kita bab memasak ni memang tak berapa nak boleh lagi. Kadang dah ikut resipi tapi tak menjadi sangat pun

    ReplyDelete
  7. yay tahniah sis :))) alhamdulilah. lagi 2 bulan je sebelum bergelar mrs. kihkih

    ReplyDelete
  8. tahniah! rezeki nak kahwin ni hehe

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Mai... Hehe. Rezeki orang nak kawin ni 😊

    ReplyDelete
  10. tahniah diucapkan https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete