Saturday, March 31, 2018

March Wrap Up 2018


Nampaknya bulan ketiga bagi tahun 2018 ni pun sudah berakhir. April bermakna tinggal lagi dua bulan untuk aku menikmati hidup single not available ni, kehkehkeh. Hidup yang macam roller coaster tapi bagi aku setiap kali jatuh itu bukanlah bala cuma hanya ujian dalam kehidupan. Bak kata bapak aku "Unexamined life is not worth living".



KERJA

Aku kembali menganggur setelah beberapa kali mencuba nasib di tempat kerja baru. Graduan manja? Bukan manja, tapi graduan tak bodoh.

Bayangkanlah bayar gaji aku RM1000 je, then suruh aku pergi kursus di Sungai Petani (jaraknya sejam setengah dari rumah aku) 14 hari straight, TANPA BAYARAN. Yes, korang tak salah baca, memang TANPA BAYARAN, TAK BOLEH CLAIMED..

Bos ingat aku isi minyak kereta & kad touch and go tu pakai semangat keazaman nan membara untuk jadi pekerja yang taat ke. Ingat aku spongebob squarepants ke nak pergunakan aku macam encik crab selalu buat kat dia tu. No no no, I don't have gold heart like spongebob, so aku tarik diri.

But it's okay, selagi aku bela kucing, rezeki aku tak pernah terputus, alhamdulillah. Allah hantar rezeki kucing-kucing aku dalam pelbagai bentuk, contohnya task review blog, edit blog, repair assignment orang dan sebagainya. Alhamdulillah.



BLOG PERFORMANCE

Sejak tukar domain haritu, performance blog aku agak merudum jatuh. Itu normallah sebab ambil masa juga untuk naik balik. Apapun dalam bulan March ini, aku dapat lihat prestasi blog semakin balik.

Ada entry yang dah mula naik di google search balik. Antara entry yang hot adalah "kekasih tentera" dan "ayat perli ex" . Wow nampaknya niche blog aku ni power bab relationship kot agaknya, rasa nak fokus bab relationship la pulak lepas jadi bini orang ni. Poyo, ahaks. 

Lepas tu boleh tukar niche parenting pulak. Biasalah syndrome mak-mak gituu. Melalut dahhhh,lol.

Pageview blog terkini : 675,813 pelawat

Alexa Rank : 3,172,279 | 35,152  ⚑


MOVIES

1. Jack and the Giant Slayer 
2. Chronicle
3. Bushwick 
4. Shoot Me in the Heart
5. Train to Busan (re-watch again at TvN Movie)
6. This Mean War
7. What Happen to Monday 
8. Collide
9. Boss Baby
10. Battleship Island

Hihihi banyak lagi movie sebenarnya aku tengok online, tapi semua list ni yang ditayangkan kat Fox Movie & TvN so lagi sedap layan kat tv kan besaq sikit. 

Kalau korang belum tengok, aku recommendkan untuk tengok Battleship Island & Shoot My In The Heart. Both movie Korea tapi sangat best! 



ENTRI MAC 2018

Aduhh sedihnya bulan Mac ni hanya dapat tulis 20 entry sahaja. Takpa-takpa usaha lagi bulan depan, aku target 35 entry untuk April 2018 ini. Wish me luck.






Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 25 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

4 comments:

  1. InsyaAllah smoga dimurahkan rezeki mai utk dapat kerja yg lebih baik :)
    Hahaha betul tue, Mai punya entry bab relationship tue best sikit nak baca~

    ReplyDelete
  2. Bab kerja tu, in shaa Allah adalah nanti rezeki Mai kat mana mana tu.. Tapi tu la terkejut bila baca kena pergi kursus tapi tak boleh claim X( what the heck man. And usaha lagi untuk tingkat kan entri blog, me too actually haha

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi jadi isteri orang. Tahniah Mai... Semoga bahagia hingga akhir hayat bersama pasangan pilihan hati.

    ReplyDelete
  4. insyaallah ade rezeki tu nanti kerja tu. zati pon mencari kerja jugak hehe

    ReplyDelete