Wangian Terbaru DASHING SPORT Khas Untuk Lelaki Aktif



Wangian Terbaru DASHING SPORT Khas Untuk Lelaki Aktif | Lelaki & gaya hidup aktif memang tak dapat dipisahkan. Aku perhatikan sama je tunang & bapak aku ni, ada je aktiviti diorang nak keluarkan peluh, badminton lah, memancing la, bercucuk tanam lah, kerja pun lasak-lasak.

Persamaan lagi, dua-dua adalah pengguna tegar barangan jenama DASHING, dari set mandian, deodorant & minyak wangi. Nasib jenis tak sama je nanti confuse aku, kehkehkeh.

Wangian Terbaru Dashing Sport Khas Untuk Lelaki Aktif

Sebelum ini, rangkaian DASHING SPORT yang telah ada dipasaran adalah MCFC Hattrick dan DASHING Ultimate Kick.

Sekarang DASHING telah mengeluarkan dua lagi variasi baharu iaitu DASHING Hitman dan juga DASHING Golden Boot dengan komposisi sensasi aroma "sporty" dan gaya ranggi, terdiri daripada deodorant semburan badan dan juga Eau De Toilette (EDT).

Wangian Terbaru Dashing Sport Khas Untuk Lelaki Aktif


Keluaran terbaru Limited Edition DASHING SPORT EDT & Deodorant ini memberikan bauan segar dengan aura maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Ya memang sesuai untuk lelaki bergaya hidup aktif. Aku pun tersangatlah excited nak memperkenalkan kat jejaka-jejaka dalam hidup aku ni.

Semburan deodorant DASHING SPORT ini bukan sahaja mampu memberi perlindungan berkesan dari bau badan selama 24 jam, tetapi mempunyai manfaat 6-dalam-1 seperti mengandungi anti-bacteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit dan di baju serta memberi keharuman maskulim yang optimum sepanjang hari.

Manakala wangian Eau De Toilette (EDT) dari DASHING SPORT ini akan memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran sepanjang hari. Reka bentuk botol yang sporty bersaiz 50ml dapat digunakan dalam tempoh yang lama dan menjimatkan kerana bau yang tahan lama.

DASHING HITMAN

DASHING HITMAN

DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Wangian ini sesuai dengan lelaki aktif yang fokus dalam setiap misi. Bauan yang meningkatkan keyakinan diri seperti ini membuatkan penampilan nampak lebih macho gittuhhh. 

DASHING GOLDEN BOOT

DASHING GOLDEN BOOT

Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Wangian ini pula sesuai untuk lelaki aktif yang romantik. Ni kalau abis bersukan peluh-peluh pun melentok kat bini, bini tak tolak sambil tutup hidung ni, haha.

Wangian Terbaru DASHING SPORT Khas Untuk Lelaki Aktif

Keluaran rangkaian DASHING Sport Limited Edition ni boleh didapati di pasaraya-pasaraya ataupun di Watsons pada harga yang sangat affordable tau, iaitu hanya RM12.90 untuk Semburan Deodorant 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh layari :

Website

Facebook

Instagram

Follow

Post a Comment

1 Comments

  1. Wow menarik..kalau dalam kotak besar tu pulak berapa harganya ye Maizan?

    ReplyDelete