*Softly reminder*
Kepada warga kerja Jabatan yang berminat untuk adopsi kucing, boleh datang ke Pusat Kurungan Pest di Miharja Cheras DBKL. Terdapat puluhan ekor anak kucing dan kucing dewasa yang dikategorikan comel2 untuk diadopsi dimana saya menangguhkan pelupusannya atas dasar kebajikan ke atas haiwan (tidak sampai hati). Juga terdapat anak anjing bagi yg bukan beragama islam. Terima kasih. Whatsapp saya 0104506525. - Eyra Mansor
Allahuakbar.
Sayunya hati tengok hening mata kucing-kucing yang nyawa sudah dihujung tanduk begini. Kalau tidak bernasib baik, esok atau lusa masanya tiba untuk dilupuskan selama-lamanya. Apalah nasibmu sayang, mahu hidup sama-sama atas dunia pun tidak semua manusia sudi berkongsi.
Ada yang memang asal dijalanan. Aku kasihan kerana tidak pernah sesaat diberi peluang merasakan hangat kasih sayang manusia.
Ada yang asalnya disayang ditatang tapi dibuang apabila sudah tua dan sakit. Itu juga aku kasihan kerana pasti dia terpinga-pinga bila sekelip mata dunianya berubah dari bahagia menjadi derita.
Tolonglah jangan buang kucing. Kalau tak mampu jaga anak cucu cicit kucing tolonglah kasi sebelum membiak. Jangan buang dengan alasan.
"Busy tak sempat jaga."
"Tak cukup duit dah nak tanggung."
"Takleh bela sebab pregnant."
Memang aku nak carut je orang macam ni. Memang layak carut. Sebab korang-korang lah kucing yang tak berdosa jadi mangsa. Kena buang kat jalanan, kena angkut, kena lupus macam nyawa tak ada harga.
Adopt, don't buy.
Janganlah sayang kucing sebab rupa je. Nanti bila sakit bila tua kena buang gitu je. Kat rumah aku pun ada sekor kucing parsi tua yang sakit, tuan dia buang kat depan rumah aku sebab maybe dia nampak banyak makanan kucing.
Banyak cantik muka kau.
Masa cantik je sayang eh, aku tak faham betul. Aku tak boleh bayang sesaat pun kucing aku tinggal jauh dari aku. Macam mana orang yang buang kucing boleh relax je balik macam tak ada apa-apa berlaku?
Tak ada hati eh?
Dan aku takkan minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry aku kali ni, kalau terasa sebab duk buang kucing sendiri @ kucing jiran, I sure as hell am not apologizing because you don't deserve an apology.
Kepada orang KL yang berhati mulia nak tolong adopt kucing ni, seekor pun jadilah, contact nombor 0104506525, Eyra.
I'm scare T_T |
4 Comments
Ala Mai... Baca entry Mai akak terasa sedih pulak... Sebab satu hari tu di rumah kami masa nak sidai pakaian, berdesuppp 4 ekor kucing entah dari mana datang masuk bila akak bukak pintu belakang. rupanya mak selalu letak wiskes dalam bekas depan pintu, kot2 ada kucing yang nak makan. Ingatkan untuk kucing kami sendiri... Kat kampung pun banyak jugak kucing merayau. ðŸ˜
ReplyDeleteAllahuakbar..kesiannya tengok. Saya post ke Facebook post awak ni ye..thanks
ReplyDeletePest control is going to be a major threat for mankind in the coming future. Sooner or later we will all be affected by pests as it is omnisciently present everywhere. types of termites
ReplyDeleteBerdosa besar....kucing adalah haiwan kesayangan rasullullah...kenape kita sanggup buat begini
Delete