What makes you different from everyone else?

Thursday, April 5, 2018



What makes you different from everyone else?

#MyOtakSeminit

You better don't underestimate the ability of my otak seminit. Hahahaha. Aku boleh balik kenduri bawak anak buah mandi air terjun pakai baju kurung, sebab awal tak prepare pun, sebab tak cadang pun. Yelah inilah fungsi otak seminit yang suka buat keputusan tiba-tiba dan lantakkan jelah apa nak jadi pun.


#iDontLikeKids

Yes, I'm not the typical gegadis yang bila nampak budak then terus "cumi cumi cium cikit". No, no, no. Kecuali budak tu berjaya menambat hari aku macam berambut kerinting (haha i love people with curly hair!), ataupun baik gila behave. Aku pernah belanja entah anak sapa kat Tesco masa beratur kat cashier, dia nak coklat cadbury yang duk susun di tepi cashier tu and of course mak dia marah dia suruh letak balik. Aku tengok dia letak balik tanpa melawan, terus aku grab sebungkus dan bayar then bagi kat budak tu. Reward sebab aku suka budak baik. Eh tadi cakap tak suka budak? Yelah aku tak suka budak annoying! #harap-karma-dont-hit-me-back, kahkahkah.


#TakTakutHantu

Aku tak takut hantu, in fact masa tengok cerita seram, aku akan rasa nak gelak, lahai bodohnya movie ni trying hard sangat. Fuh tapi aku takut tengok orang kena rasuk/histeria. Sebabnya aku pernah tengok sendiri depan mata, asrama diserang histeria. Seram oh bersampuk-sampuk dengar orang jerit sana-sini.


#BergerakSolo

Aku sejenis yang prefer untuk hadap risiko sorang-sorang dari susahkan orang lain. So aku lebih selesa bergerak solo kemana-mana pun aku pergi. Err lagipun aku malas nak tunggu orang, ahahaha.


#TiadaIstilahPengaruhRakanSebaya

Aku berkawan dengan semua orang tidak kira latar belakang macam mana pun. Bagi aku tiada istilah pengaruh pun, asalkan kita pandai jaga diri kita. Dan kalau kita rasa kawan kita dah jauh tersasar, itu tanggungjawab kita nak tarik balik, bukan tinggalkan dia terkapai-kapai. Hihihi, tapi kalau dia yang tinggalkan kita dengan alasan kita ni boring tak sekapal dengan dia, tu lantakkan jelah dia.


#TakMerajuk&TakMengongkong

Aku sejenis tak pernah kisah pakwe aku (sekarang tunang dah kisah sikit lah, haha) nak pergi konvoi mana pun, dengan siapa pun, lantak dia lah, selagi mak dia tak marah, aku tak marah. Kalau dia buat sesuatu yang mak dia marah, so aku tambah kemarahan tu. HAHAHA. Dan aku juga jenis tak merajuk kalau aku rasa tak puas hati, aku cakap je apa aku tak puas tu, dan dia pun dah terjebak sama perangai dah. Kesudahannya, kami tak pernah bergaduh pun. More to berbincang je bila ada masalah. Kena settle cepat lah kalau ada problem ni aku nak gosip ngan sapa lagi dah tunang aku tu bestfriend aku merangkap pakcik bawang time aku transform jadi makcik bawang, lol.


Aku harap orang sekeliling aku tetap terus tabah menerima aku apa adanya. Hihi. So apa ciri dalam diri korang yang buat korang unik dari orang lain?


♡♡♡
Disclaimer
 Entry ini adalah sebahagian daripada 30 Challenges in 30 Days. Boleh klik SINI untuk join saya!


Follow

14 comments

  1. Hihihi bestnya baca... nak kena cari jugak ni ciri ciri diri.

    Saya tgh buat segmen. Jom join ^____^
    http://myraaaaawr.blogspot.my/2018/04/segmen-exchange-blogslist-april-2018.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Ibu yang baik ni nanti. Boleh pulak beli cekelet dengan budak yang tak kenal... Haha...

    ReplyDelete
  3. hahahaha sama la kita tak suka budak2 yang annoying ataupun sememeh selebet

    ReplyDelete
  4. Haha sy pown jenis yang suka gerak solo.. ^^
    I like your personality. Kekadang teringin gak nak beli coklat bagi kat budak yang sy x kenal.

    ReplyDelete
  5. hahaha kelakar pulak baca. btw saya da follow sis. huhu #blogwalking here :)

    ReplyDelete
  6. part gerak solo tu sama. mmng kurang sabar nak menunggu org.

    ReplyDelete
  7. bab suka rambut kerinting tu i loike. hahaha. dulu kita kecik2 rambut kerinting tau. ehhh. haha

    ReplyDelete
  8. bab bergerak solo tu kita geng. huhu

    ReplyDelete
  9. Oowh tak suka budak tapi suka jugak aeee..

    ReplyDelete
  10. Bagus ni cari kelainan diri kita

    ReplyDelete
  11. Budak rambut kerinting comel aje kan.. kalau orang besar comel tak ?😂

    ReplyDelete
  12. seronok baca.... comel jerk.. hahaha

    ReplyDelete
  13. Wah, mesti budak tue seronok sebab akak comel belanja dia coklat.. Akak pun berminat nak join 30 challenges awak tue, Mai... Tapi takut tak terbuat... huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. THANK SEMUA YANG KOMEN. NANTI MAI SINGGAH BALAS

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.