Design Sendiri Baju atau Fabrik Lain di Custom My


Design Sendiri Baju atau Fabrik Lain di Custom My 

Buat sesiapa yang suka custom barangan sendiri supaya nampak lain dari yang lain, atau korang nak buat baju group ke, baju geng ke, ada berita baik untuk korang ni. Sekarang korang boleh design sendiri baju atau fabrik lain di Custom My tanpa pembelian minimum!

Bukan baju sahaja yang kita boleh design sendiri dengan Custom My ni, malah ada lebih kurang 70 barangan lain yang kita boleh design sendiri guna Custom My ni, antaranya totebag, barangan rumah, marketing material , baju futsal, topi, jersey serta termasuklah sarung tilam single dan beg laptop dan sebagainya lagi

Design Sendiri Baju atau Fabrik Lain di Custom My

Tiada minimum order ye dengan Custom My ni. Terpulang pada kita nak design satu ke banyak. Bestnya! Terus terberangan nak design T-shirt geng dengan bestie, nanti boleh pakai sama-sama bila keluar, so sweet!

Selain itu, kita boleh customize barang untuk dijadikan hadiah pada seseorang juga dengan Custom My ni. Antara barang yang comel yang korang boleh custom design sendiri sebagai hadiah dalam seperti hoodie, pencil case, passport cover.

Hahaha paling aku suka mestilah pet outfit yang sesuai untuk kucing dan anjing tu. Cute giler! Harga pet outfit ni RM17 sahaja, murahnya! Paling penting material berkualiti tinggi memang selesa untuk haiwan.

Nak buat baju raya hipster corak sendiri pun boleh. Hah jangan terkejut. Sebab korang boleh design kain cotton tau guna Custom My ni. So nanti bolehlah beraya pakai baju kurung Hello Kitty ke, baju kurung Doraemon ke haha biar orang jeles sikit.





Step untuk Order

  1. Pilih produk
  2. Upload design
  3. Payment
  4. Delivery process


Tempoh Untuk Barang Siap

Setiap pembelian dari Custom My ni diberi waranti selama 48 jam dari tarikh penerimaan barang (mengikut tracking syarikat kurier) dan jika ada kerosakan seperti saiz yang beza 2-3 cm dari size dalam website, hasil cetakan rosak atau senget 20%, design bukan yang kita muat naik (silap cetak), atau jahitan tidak mengikut pola, mereka akan menggantikan barang kita dengan yang baru! 

Tempoh masa untuk barang kita siap pula cumalah 5-10 hari bekerja. Memang cepat betul diorang process barang kita. Setiap order yang kita submit sebelum pukul 2 petang akan diproses pada hari itu jugak. Kalau order selepas 2 petang akan diproses pada esoknya lah.

Delivery akan menggunakan khidmat pos laju. Anggaran 1kg dapat memuatkan 4-5 helai t-shirt. Kalau korang duduk dekat Perak & dekat je dengan syarikat Custom My ni korang boleh collect sendiri kat syarikat je, tapi kena inform diorang dulu lah.


Sistem Dropship

Kalau korang nak jadi dropship Custom My ni pun boleh, just daftarkan maklumat korang lepastu promote lah. Setiap pembelian customer, maklumat pengirim akan diletakkan dengan nama korang, bukan nama Custom My. Hihi.

Sebarang maklumat lanjut :

Alamat
Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
NO 46A, HALA TAMAN MERU 11,
MERU 2B 30020 IPOH,
PERAK MALAYSIA 
LAT LONG :4.661083, 101.067278

Telefon
05 528 0854
Monday - Friday 9:00 AM - 6:00 PM

Facebook
Custom.My

Instagram
Email
info@custom.my

Whatsapp
013-484 5800

Website


Follow

Post a Comment

4 Comments

  1. Wow, kira murahlah ni sebab selalu macam mahal dan mesti ada minimum order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betull tu Farah. Harga murah kan...dan paling best sebab takda minimum order tu la.

      Delete
  2. Eh.. Dekat meru Ipoh.. Tak jauh.. Bolehlah cuba.. Nampak macam best je..

    ReplyDelete
  3. ada jugak duk cadang nak buat baju geng. boleh tempah sini la

    ReplyDelete