Amboi Ramadhan tak sampai lagi dia dah sibuk dengan koleksi raya, haha. Jangan kecam Mai tau wahai kakak-kakak adik-adik sekalian, Mai cuma excited nak kenalkan korang dengan koleksi SofeaRose Mermaid yang duk viral sekarang.
Memang ramai dah yang terjebak dengan SofeaRose Mermaid ni kalau tak percaya korang check #sofearoselover kat instagram, hihi. Errr of course antara orang yang terjebak itu salah seorangnya adalah aku, kuikuikui.
Tudung SofeaRose Mermaid ni bukan saja diinspirasi dari lautan yang indah, tetapi juga membawa misi besar untuk projek menyelamatkan populasi penyu di dunia. I'm so touched!
Aku kongsikan sikit petikan berita mengenai usaha murni pihak SofeaRose ni.
19 April 2018, Shah Alam – Populasi penyu semakin menurun dan ini menunjukkan bahawa kepupusan penyu bukan perkara mustahil. Bagi meningkatkan kesedaran dalam ancaman yang dihadapi penyu, SofeaRose telah berkerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan. “Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium.
Secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain. Memasuki tahun keempat di dalam industry, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk prosess pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi.
Bagi membela nasib alam semulajadi, SofeaRose akan menyumbangkan sebahagian jualan dari koleksi Mermaid kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ bagi menyokong pemuliharaan penyu. Semua wanita di dunia ini tahu, Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang. Ini membuatkan ramai wanita mengkagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!
Menarik kan? Rasa macam dapat kill two birds with one stone je kalau beli koleksi SofeaRose Mermaid ni, dah la cantik ya amat, dapat menyumbang pada alam sekitar pulak tu.
Dalam koleksi SofeaRose Mermaid ni ada Diona Mermaid (scarf), Thalia Mermaid (scarf), Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan pelbagai lagi
Koleksi Mermaid SofeaRose ini bermula dengan harga RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit tu lah yang akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.
Koleksi Mermaid SofeaRose ini bermula dengan harga RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit tu lah yang akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.
Thalia Mermaid by SofeaRose
Antara koleksi SofeaRose Mermaid ni, paling menarik hati aku adalah shawl Thalia Mermaid. Warna Thalia Mermaid ni memang soft sangat, rasa sejuk mata memandang tau.
Material tudung SofeaRose Thalia Mermaid ni tak berat, tak panas, tak jarang. Bila ditiup angin perghhh rasa macam puteri duyung jelmaan je, hahaha.
Harga tudung ni adalah RM79 sahaja, antara yang terendah di pasaran. So dengan kualiti yang baik & design yang cantik ni memang berbaloi la beli kan.
Tapi tengoklah sendiri, tu aku baru pakai shawl gaya paling basic je pastu dah feeling-feeling puteri duyung jelmaan. Memang cantik sungguh kan shawl ni sampai tahap konfident diri naik melonjak gitu sekali, haha.
Eh, Jom tengok koleksi baju SofeaRose Mermaid pulak.
Korang berkenan jugak tak? Ok kalau korang berkenan nak dapatkan koleksi SofeaRose Mermaid untuk tampil cantik raya 2018 ni, ada tiga cara korang boleh beli.
1 - Hubungi Penasihat Imej SofeaRose di talian 019 – 635 0313 (Teha)
2.- Walk in Butik SofeaRose di Bangi Sentral
3 - Beli online di website www.sofearose.com
Senang je kan...Nak berita baik? Beli barang lebih RM100 terus boleh dapat daftar sebagai ahli SofeaRose secara PERCUMA & untuk seumur hidup! Kelebihan jadi ahli ni dapat diskaun 20% tauuu untuk setiap koleksi SofeaRose. Untung, untung...
Untuk sebarang maklumat lanjut :
SofeaRose
Wisma Qzara,
Jalan Nelayan 19/B,
Seksyen 19, Shah Alam,
40300, Selangor
Facebook
www.facebook.com/sofearose.my
Instagram
www.instagram.com/sofearose_hq
Twitter
www.twitter.com/sofearose_hq
Website
www.sofearose.com
9 Comments
Cantik ! Nice one ! Hehee~ Sya suka baby wind nye..huhu
ReplyDeleteKan kak Nona, memang cantik sgt semua koleksi mermaid ni.
DeleteAduhai.. Cantik sangat.. Suka yang Breeze Blue. Ikotkan tak lah mahal sangat sebab sekali dengan donasi untuk melestarikan penyu kan.. Comel ...
ReplyDeleteYaa kan Jasmi..Harga ni antara yang termurah juga untuk luxury scarf mcm ni, siap dah termasuk donation pula tu.
DeleteCantik sangat semua warna! Rambang mata nak pilih mana satu
ReplyDeleteKannn, semua pastel-pastel tengok pun naik geram.
DeleteCantik sungguh koleksi sofea rose ni, berkenan tengok shawl thalia mermaid tu 😍
ReplyDeleteCantikk kan.. Hihi. Beli la satu Husniey, buat tudung raya, hehe.
Deletesukalah dengan sofearose ni! sha geram je tengok baju raya dorang
ReplyDelete