Khas Buat Peminat Ayam Korea : Restoran Makanan Korea Sekitar Kuala Lumpur

Khas Buat Peminat Ayam Korea : Restoran Makanan Korea Sekitar Kuala Lumpur | Masa pertama kali makan makanan Korea, terkejut juga dengan level kepedasannya, haha. Tapi pedas pun masih diterima tekak la.

Antara banyak-banyak makanan Korea macam tteobokki, ramen, kimchi dan lain-lain, AYAM KOREA adalah yang paling HOT sekali. Kannnn, mengaku jelah, siapa je tak suka makan ayam korea...Antara salah satu sebabnya adalah ayam korea ni ada banyak jenis dan rasa, dan tentunya dapat memenuhi citarasa masing-masing.

Bagi yang suka dine-in boleh je pergi terus ke restoran, tapi kena bertabahlah sebab restoran makanan Korea ni selalu kena beratur panjang sebelum masuk. Tapi kalau yang nak mudah, boleh je Food Panda je kat phone untuk online food delivery, senang betul. Then type keyword Korean Food, Ayam Korea ke, ikut koranglah.. hehe. 


Sumber : @liz.azira (Instagram)

Ok jom kita terjah restoran makanan korea yang menyajikan ayam korea terbaik sekitar Kuala Lumpur ni. Hihi. Tak sabarnya nak try semua sekali! 

Restoran Makanan Korea Yang Menyajikan Ayam Korea Terbaik di KL 

01// K Fry Urban Korean 

Nama K Fry memang tak asing lagi bagi peminat tegar makanan Korea. Di sini terletak syurga makanan Korea, dari makanan berat sehinggalah ke desserts, semuanya terbaik dan memuaskan hati. 

Sumber : @theflyingchicks (Instagram)

Sumber : @itsmejobina (instagram) 

Jadi ayam korea mana satu pilihan awak? Ya ampun, bila tengok yang dah disalut sos Korea tu, memang gigil sis nak type entry ni sambil tengok ayam tu, sedapnya!

Lokasi : 
Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50450, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


02// Nanda Chicken
Nanda Chicken ni memang terkenal dengan menu Snow Cheese Chicken. Kombinasi cheese yang melimpah ruah bersama ayam yang rangup, fuhhh memang memikat selera. Ramai yang pernah makan sini akan repeat balik sebab asyik teringat-ingat je. Haha. 

Sumber: @eatatbangbang (Instagram)

Sumber : @lyana.eats (instagram) 

Padu betul cheese dia kan...So mana-mana yang memang suka cheese dan suka ayam, inilah pilihan tepat untuk korang cuba. 

Lokasi : 
11, Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara, 50480, Kualan Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


03// Jinjja Chicken 
"Jinjja?!" (english : really), haha selalu dengar dialog ni dalam dialog Kdrama. Yup really, kita boleh rasa ayam Korea dan rasa macam berada di Street Food Korea sana. Di Jinjja Chicken, segala bahan-bahan dan resepi adalah dari Korea, malah langkah penyediaan makanan juga betul-betul mengikut sehabis sama dengan cara memasak di Korea demi menjaga keaslian rasa ayam goreng korea tu. Fuhh wajib try ni.

Sumber : @izzatiaminn (Instagram)

Sumber : @liz.azira (Instagram)

Lokasi : 
Jinjja Chicken, LG-241A, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur

04// Choo Choo Chicken 
Kalau di restoran lain, cheese adalah penarik mereka, berlainan pula dengan Choo Choo Chicken. DI Choo Choo Chicken, kekuatannya adalah pada sajian Rose Chicken yang pelanggan takkan boleh cari di restoran lain. Haa gituuu. Itulah rahsia Choo Choo Chicken dapat menembusi pasaran ayam korea dengan jayanya. 

Setiap ayam yang rangup, dicicah dengan sup yang super cheesy and creamy. Boleh request tahap kepedasan juga. Fuhh memang menggoda. 

Sumber : @_blaablaa0813 (instagram)

sumber : @vistusdiary (instagram)

Lokasi :
G28, PV128, Jalan Genting Kelang, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

05 // Nene Chicken
Nene Chicken adalah pilihan terbaik untuk yang tiba-tiba rasa craving nak ayam Korea. Walaupun Nene Chicken adalah rangkaian makanan segera, tapi ayam-ayam yang dihidangkan adalah segar dan diperap secara berperingkat demi menjaga kualiti setiap batch. Memang sedap dan mampu milik untuk dimakan setiap hari.

Sumber : @sarahluvsfood (Instagram)

Sumber : @hananinka (instagram)

06// KyoChon 1991
KyoChon ni antara restoran pertama yang memulakan fenomena ayam Korea tau, jadi tak hairanlah masih ramai yang masih memilih ayam Korea dari KyoChon sebab hati dah tertambat dengan menu honey-glazed dan sos garlic chicken yang sedap dari sini. 

Sumber : @nelly.eats (Instagram)
Sumber : @mykyochon (instagram)


07// The Cafe Chicken - Korean Bistro 
Ayam goreng Korea dari The Cafe Chicken ni memang tak putus pujian dari pelanggan. Memang kena dengan selera betul. Tambahan lagi, lokasi cafe ni memang sesuai untuk port lepak dengan kawan-kawan, especially lepas waktu kerja sebab cafe ni buka sehingga lewat malam. 

Sumber : @lijuin (Instagram)
Sumber : @thecafechicken (Instagram)

Lokasi :
66, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50480, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

08// Korea Chicken House 
Pilih mana suka, di sini korang boleh cuba original chicken, atau perisa garlic honey series, or kalau yang suka pedas boleh try spicy series. Yang original pun sedap tauuuu, tak kalah kalau dibanding yang berperisa. Kulit ayam yang rangup diikuti isi ayam yang segar dan berjuicy, fuuuuh nikmat dunia.

Sumber : @tummytalk_ (instagram) 

Sumber : @andrew7740 (Instagram)

Sumber : @ofcoffeestains (instagram)

09// Chir Chir Fusion Chicken Factory
Istimewanya ayam Korea di sini, perisa ditambah supaya sesuai dengan selera orang kita. Contohnya curry fried chicken, antara menu yang popular di Chir Chir Fusion Chicken Factory ni dimana mengggabungkan ayam goreng korea dan perisa kari. Rasa pedas dalam setiap gigitan bersama rasa kari memang unik dan memikat selera ramai pelanggan setia.

Sumber : @902kukiangel (Instagram)
Sumber : @jaredwong (Instagram)

Lokasi : 
Lot 1, 108.00, Level 1, Pavilion Elite, Pavillion Kuala Lumpur 

10// 4Fingers 
Ehhh, akhir sekali, mestilah 4Fingers tersenarai dalam list ni. Hihihi, ramai kan peminat 4 Fingers. Mana taknya, 4Fingers ada ayam yang paling crunchy dan aromanya pula fuhh paling sedap sekali! Tak kira lah berapa kali dah makan di 4Fingers, rasa tak cukup, mesti repeat lagi.

Sumber :  @lovebinggan (Instagram)

Sumber : @claudiacacaca (instagram)



Jadi macam mana? Cukup tak 10 restoran makanan Korea yang Mai dah share ni? Hahaha. Bestkan. Tapi itulah, kalau nak terjah semua rasa macam malas pula, beratur nak masuk tu panjang betul selalu. Belum lagi nak cari parking, nak hadap jammed kan. 

Nasib baiklah sekarang ni ada online food delivery je. Duduk rumah pun boleh makan semua ni. Order je. Kalau Mai, memang prefer abang FoodPanda je untuk hantarkan, sebab banyak pilihan makanan.

Masuk je ke apps FoodPanda tu, then search je ayam korea, nanti order je. Senang kan?

Follow

Post a Comment

2 Comments