Restoran Bakso , Ayam Penyet , dan Ayam Geprek Sedap di Port Dickson | Rumah Makan Selera Indo

Restoran Bakso , Ayam Penyet , dan Ayam Geprek Sedap di Port Dickson | Tajuk panjang kemain sebab aku tak dapat decide nak letak menu mana satu disebabkan semuanya aku suka, hahaha. 

Actually dah lama nak review makanan sedap-sedap kat Port Dickson ni, tapi kadang-kadang rasa taknak review sebab nanti ramai pula pelancong singgah pastu berebut dengan aku, hahaha.

Tapi benda baik tak elok kalau simpan sorang kan, kenalah share, jadi aku pilih untuk review Rumah Makan Selera Indo Port Dickson ni untuk yang datang melancong ke PD ataupun orang PD yang rasa teringin nak makan nasi ayam penyek atau ayam geprek sedap-sedap try nanti. 


Menu Pilihan Di Rumah Makan Selera Indo 

01// Nasi Ayam Geprek 

Nasi ayam geprek ni lebih kurang nasi ayam penyek. Persamaannya ada timun, kobis, tempe goreng, tauhu goreng. 

Bezanya ayam nasi ayam geprek dengan nasi ayam penyek adalah, untuk nasi ayam geprek ni, ayamnya digoreng crispy. Sambal nasi ayam geprek pula lebih ummmph sebab dia jenis tak masak tu, sambal jenis yang gesek gesek tu. Susah nau rasa nak explain jadi sila rujuk gambar di bawah kalau tak boleh bayangkan, haha.

Tahap kepedasan nasi ayam geprek ada 1 sampai 5 ye. Yang aku boleh hadap setakat ni sampai level 2 je. Pernah order level 3, nak pengsan berasap telinga rasa. HAHAHA. 




02// Nasi Ayam Penyet 


Nasi ayam penyet pun top favorite aku juga, haha. Nampak tak perbezaan dengan ayam geprek? Ayam untuk nasi ayam penyet digoreng biasa je, tapi sedap la. Dan sambalnya dimasak dahulu. Jadi kurang pedas kalau nak banding dengan ayam geprek.

Harga pun lebih murah berbanding nasi ayam geprek. 

03// Bakso 



Menu yang wajib review lagi satu tentulah baksonya. Ada banyak jenis bakso tau kat sini, macam bakso beranak, bakso mercun, bakso tumpeng dan sebagainya.

Tapi favorite aku adalah bakso mercun. Bakso mercun ni pedas, dalam bebola daging tu ada sambal..Bukan sambal je, macam-macam ada, dah macam bebola ajaib. Antaranya, ada isi daging tetel, ada bebola bakso kecil, ada telur puyuh dan tak tau apa lagi telan je lah,kekeke.



Okaylah setakat ini sahajalah sharing tentang Rumah Makan Selera Indo, next time insyaAllah aku review lebih banyak restoran lagi. Hehehe. Sebab memang kerja food hunting je dengan husband sekarang ni. 

Maklumlah hidup berdua kan, nak masak pun tak berbaloi. Jadi sedikit sebanyak tahulah restoran-restoran best kan Port Dickson ni, haha.

Lokasi Rumah Makan Selera Indo ni senang je nak cari, terletak di Sunggala. Betul-betul pada tapak pasar malam Sunggala tu je.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh hubungi mereka di +60 18-387 7467 ataupun order je dengan Apps FoodPanda tu, hehe.

Selamat mencuba! Bye! 

Follow

Post a Comment

4 Comments