Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris di Rumah

Hi, 

Pertama sekali, tips Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris di Rumah adalah untuk membantu ibu-ibu, surirumah mahupun yang bekerjaya untuk mengajar anak-anak membaca bahasa Inggeris sendiri di rumah. 

Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris di Rumah



Maklumlah kerana PKP, bukan mudah para guru nak mengajar membaca secara dalam talian walaupun menggunakan aplikasi zoom atau google meet. Hasilnya tidak akan sama seperti bersemuka.

Jadi mahu atau tidak, para ibubapa perlulah secara paksarela duduk sekali di meja untuk memastikan kemenjadian anak-anak tu. Sekali sekala pakai pangkat cikgu, baru kau taooooo anakmu serupa apa, hahaha. 

By the way tips ni hanya untuk membimbing ibu bapa yang bukan guru ya, yang tak ada pengalaman mengajar, yang rasa macam mustahil dan sebagainya. Ishhh jangan begitu, berlapang dadalah dapat mengajar anak kalian, itu bermaksud kalian punya anak. Haa kang..tazkirah bab lain kang.

Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris di Rumah


01// Beli buku teknik membaca secara phonic (Recommended : Read Easy)

Sebenarnya banyak jenis buku yang boleh digunakan untuk mengajar anak membaca. Antara buku yang aku sendiri guna adalah Read Easy dan juga Graded Phonics Readers.

Read Easy

Ok untuk buku Read Easy ni, kebanyakan tadika pun guna buku ni. Jadi, mungkin anak-anak dah familiar dengan pembacaan dan lebih senang nak mengajar. Satu set ni hanya RM39.00 satu set, ada 4 buku, dan dibekalkan CD untuk panduan kita nak ajar. Jangan risau, dekat youtube pun banyak sangat diajar cara menggunakan buku ni.




Dalam buku ni, banyak pengulangan sebutan. Jadi anak-anak bila asyik ulang dan ulang, mereka sekali tengok je then dah boleh catch up sebutan perkataan tersebut. Sesuai untuk anak-anak yang baru nak mula membaca. 



Graded Phonic Readers

Graded phonic readers berharga RM27 sahaja bersama CD bimbingan untuk mengajar. Buku ni digunakan bila anak-anak dah habis lancar buku Read Easy sebab dalam ni lebih banyak kosa kata baru.




Buku ini menggunakan teknik 3 step :
Step 1         - Kenalpasti bunyi dasar
Step 2         - Gabungkan bunyi dasar dengan huruf lain
Step 3  - Kenalpasti perkataan baru yang terbentuk dan macam mana nak guna dalam             perbualan/seharian.

 


Berbentuk penceritaan dan anak yang dah pandai membaca sikit-sikit akan excited untuk baca dan faham cerita-cerita dalam buku ini.


02// Tonton video mengenai phonic di Youtube

Sejujurnya zaman belajar dulu tak guna pun teknik phonic ni, tapi lupa macam mana boleh tiba-tiba lancar membaca bahasa Inggeris. haha. Tapi takpa,oleh kerana kebanyakan zaman sekarang ni guna gaya phonic, kita pun kenalah biasakan diri.

Jangan risau, teknik phonic ni banyak di Youtube. Ada dalam bentuk lagu-lagu dan animasi comel-comel. Yang itu boleh dipasang dengan pantauan kepada anak. Ini untuk membiasakan anak menyebut huruf dengan teknik phonic dengan tepat.

Kalau tak suka anak terdedah dengan gadjet, sebelum tidur tu, kita sendiri lah tonton kejap video bimbingan untuk mengajar phonic. Ada banyak di youtube. Kalau tak sempat sangat, sambil lipat baju or mop lantai, pasang headphone dan link pada video phonic tu. Ayukkk semangat, hendak seribu daya!

03 // Kukuhkan pemahaman anak dengan latihan 

"Aduh macam mana nak bagi latihan ni...Saya bukan cikgu..", haaa jangan down tau...Sebenarnya, ada banyak website yang sangat-sangat membantu untuk pembelajaran anak-anak ni.

Tapi kali ni nak perkenalkan dua sahaja, jadi pernah dengar TeacherFiera dan Ash The Teacher? Kalau ada anak bersekolah, baiklah cepat-cepat kenal so dapat banyak manfaat nanti.

Jadi untuk mengukuhkan kefahaman, kenalah test dengan latihan juga. Seperti kita sebut phonic sound then dia akan warnakan huruf ke, gituelahhh. Kalau tak tahu buat sendiri soalan, download je worksheet dibawah dan print sendiri. 




Mudahkan? Bila anak dah boleh merangkak membaca tu, janganlah stop mengajar. Galakkan anak dengan membeli banyak bahan bacaan di rumah. Beli buku cerita nipis-nipis je. Dekat shopee berlambak, buka je page Big Bad Wolf, murah dan berbaloi sangat.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan semua yang berjuang dengan kerja dari rumah dengan cabaran anak-anak yang memerlukan perhatian kiri dan kanan. Jangan putus asa. Bak kata orang Kedah, "Kitaaa buat dia!!!"

All the best!





Follow

Post a Comment

4 Comments

  1. good sharing sis. boleh la cuba.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, hai! Jemput join Giveaway Cuya ^^

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete