The Capal Miswak ; Kayu Sugi Berkesan Ke?

Hi, assalamualaikum.
 
Pernah dengar The Capal? Orang lelaki mesti tahu kan brand ni. Samalah dengan encik suami yang memang peminat topi dari The Capal, berkualiti katanya.

Tapi harini nak sembang mengenai The Capal Miswak, atau orang melayu panggil siwak / kayu sugi. Alhamdulillah sempat tebus kayu sugi percuma dari The Capal haritu. Bukan satu bukan dua, tapi LIMA MISWAK PERCUMA. Murah hati betul The Capal ni, thank you so much!


Ekslusif sangat kan packaging The Capal Miswak ni. Saiznya kurus-kurus berbanding brand luar yang pernah dibeli agak gemuk sikit. Personally, rasanya kayu bersaiz halus lebih senang untuk digunakan.

Macam mana nak gunakan miswak atau kayu sugi ni?

01 // CARA MENGGUNAKAN KAYU SUGI

1. Buangkan kulit hujung kayu sugi yang baru menggunakan pisau.
2. Gigit hujung kayu sugi sehingga berbentuk seperti berus.
3. Gunakan tangan kanan untuk bersiwak.
4. Gosokkan lidah dari atas ke bawah.
5. Menggosok lelangit mulut dan bahagian mulut yang belum dibersihkan. 

Sumber : A review of the therapeutic effects of using miswak (Salvadora Persica) on oral health


02 // HUKUM BERSIWAK

Hafizh Ibnu Hajar menyebutkan dalam Fathul Bari bahwa siwak hukumnya adalah SUNNAH MUAKKAD kerana Nabi Muhammad selalu bersiwak siang dan malam. 

Ijmak ulama menunjukkan bahawa siwah adalah sunnah.

03 // DALIL BERSIWAK

Dari Abu Hurairah R.A., bahawa Rasullullah bersabda. "Sekiranya tidak memberatkan umatku atau manusia, nescaya aku akan perintahkan kepada mereka untuk bersiwak pada setiap kali hendak solat."

(Hadis riwayat - Imam Bukhari)
(Shahih Al-Bukhari - No:887)

04 // KAYU SUGI BETUL BERKESAN KE?

Kajian 1
Sebenarnya sebagai pemilik gigi sensitif, so rajinkan diri untuk buka beberapa artikel saintifik mengenai kayu sugi ni. Banyak kajian sains dah menunjukkan kayu sugi atau siwak ni memang antibakteria, anti-fungal, anti-viral, anti-cariogenic dan anti-plak.

Penggunaan kayu sugi juga boleh mengubah komposisi air liur atau saliva kita. Haa terbaik kan sunnah bersiwak ni. 

Beberapa kajian klinikal juga membuktikan siwak atau bersugi ni SAMA KEBERKESANAN PEMBERSIHAN KIMIA dan ada masanya lebih baik dari memberus guna berus gigi.

Kalau rajin, boleh baca kajian dan eksperimen yang dijalankan saintis-saintis untuk mengkaji tahap kebolehan kayu sugi sebagai antibacteria, antifungal , antiviral dan sebagainya dalam artikel penulisan Haque, M.M. dan Alsareii, S.A. (2015) bertajuk "A review of the therapeutic effects of using miswak (Salvadora Persica) on oral health" (LINK).

Kajian 2

Pembacaan kedua pula bertajuk "Role of Salvadora persica chewing stick (miswak): A natural toothbrush for holistic oral health" dikeluarkan pada tahun 2016. 

Selain menyokong kajian-kajian lain mengenai keberkesanan kayu sugi, diorang ada ajar cara nak guna kayu sugi dengan lebih effektif untuk kesan lebih baik. Menggigit kayu sugi sehingga membentuk fiber-fiber seperti berus dapat membersihkan gigi dengan mudah dan berkesan.

Dicadangkan kayu bersaiz 15cm dan berdiameter >1 cm. Cara pegang kayu sugi boleh menggunakan tiga jari atau lima jari. Asalkan tercapai matlamat nak bersihkan seluruh mulut. 

Sumber : Role of Salvadora persica chewing stick (miswak): A natural toothbrush for holistic oral health

Baca sendiri kajian mereka di sini (LINK). 

Kajian 3
Kajian 3 menunjukkan hasil apabila kayu sugi diuji dengan beberapa jenis bakteria. Dapatan kajian juga menyokong keberkesanan kayu sugi ni. Baca sendiri di (LINK).


05 // PENGALAMAN MENGGUNAKAN KAYU SUGI

Level sensitif gigi sis ni kan, tahap tak boleh pakai ubat gigi jenis lain dari Colgate 12 tu. Kalau tukar je mesti jadi sensitif mcm bengkak gusi la, tak boleh minum manis, tak boleh minum ais, stress sgt.

Dah try berkayu sugi (buat masa ni macam lepas bangun sebelum subuh, sebelum solat, sebelum tidur), kalau nak pergi kerja atau keluar rumah pakai berus gigi lagi, haha.

Tak ada tanda gigi nak sakit, bengkak gusi atau kejadian sensitif gigi yang sampai boleh kecut otak tu terjadi lagi. Haha. Alhamdulillah.

Apa yang best lagi kayu sugi ni rasa macam jimat masa, dan jimat ubat gigi. Basuh-basuh terus gosok, then basuh balik, simpan. Senang. So level kerajinan nak membersihkan mulut tu bertambah la. Before ni gosok gigi pun dua kali sehari je. Hahaha teruk betul perangai. 

Nak travel pun mudah. Bawa sebatang je. Letak dalam plastik. Settle. Kalau ada duit lebih maybe boleh beli case dari The Capal, kekeke.

Okaylah sampai sini saja review pendek lagi ikhlas dari saya, haha. So korang pernah try bersiwak? Atau memang ada yang dah tak pakai berus gigi sebab lebih suka bersiwak? Atau tak suka langsung bersiwak? Sharelah pengalaman sikit...Hihi


Kalau nak try boleh dapatkan di :

Website The Capal
www.thecapal.com

Email 
thecapal.com@gmail.com

Telefon
011-39334794

Media Sosial
FB - The Capal
Ig - @thecapal
Twitter - @the_capal



Follow

Post a Comment

5 Comments

  1. tak pernah try lagi bersugi walaupun tahu banyak kebaikannya. kena cari satu kayu sugi ni..hehe

    thanks for sharing :)
    https://www.tiarasaphire.com/

    ReplyDelete
  2. Nice sharing :) dah lama x bersiwak. lebih 10 tahun. :)

    ReplyDelete
  3. Bagus juga guna kayu sugi.. Tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
  4. wah menarik ni.. tak pernah lg guna kayu sugi. selalunya guna ubat gigi safi yg ada kayu sugi tu

    ReplyDelete
  5. first time dengar the capal ni

    ReplyDelete