Dokumentari 'Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer' kat Netflix

Dokumentari ni kalau salah pilih, memang mengantuk nak habiskan, tapi kalau kena gaya, memang berdebar nak tengok sampai habis. Selalunya aku akan tengok dokumentari masa makan lah, konon-konon taknak terikat dengan movie dua jam, eheks.

So, kali ni aku nak cerita pasal satu dokumentari yang berjaya buat aku tengok dari awal sampai habis sekali harung sebab terlalu nak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

 'Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer' 




'Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer'  - Netflix

Jika korang langgan Netflix, boleh cari dokumentari bertajuk di  'Don't F**k with Cats: Hunting an Internet Killer' ni. Apa kaitan pembunuh ni dengan kucing?

Ok, pada 2010, ada satu video ni tersebar dimana seorang lelaki ni membunuh dan menyeksa dua ekor anak kucing dengan sangat kejam. Seekor dilemaskan, dan seekor lagi diberi makan pada ular. Dia rekod kekejaman ni dan upload dalam internet.

Bila tersebarnya video ni, trigger beberapa orang ni, geng pencinta kucing yang jadi marah dan risau dengan keadaan mental orang dalam video ni. Geng pencinta kucing ni berpendapat, pembunuh kucing tu berpotensi akan membunuh orang pula nanti...

So diorang ni mulakan operasi menjejak pembunuh ni menggunakan internet je. Yang ni memang menarik, korang kena tengok sendiri kegigihan pencinta kucing ni tau.. Tapi susah la nak jumpa kan memandangkan yang diorang nampak cuma video kabur dari belakang pembunuh dengan sedikit je latar bilik pembunuh tu.

2 tahun kemudian, pada 2012, satu pembunuhan telah berlaku. Kali ni bukan lagi kucing mangsanya, tapi...manusia. Mangsa tersebut adalah seorang pelajar warga China, diikat pada katil dan dibunuh. Pembunuhan ni juga direkod dan disebarkan kat internet oleh pembunuh tersebut. 

Then, geng kucing ni dapat satu klu dari video tersebut yang membawa mereka kepada seorang budak lelaki yang bernama Luka Magnotta... Seorang remaja. 

Luka Magnotta 



Betul ke Luka Magnotta ni pembunuh tersebut? Dapat ke geng kucing tu buktikan jika Luka memang pembunuh? Ataupun, ada dalang disebalik semua ni? Jeng jeng jeng.

Hanya yang tengok sampai akhir boleh tahu motif dan siapa pembunuh sebenar. Jadi...korang jangan lupa tengok tau, kalau suka la genre dokumentari macam ni. Hihi.

Selain ni, aku dah tengok juga dokumentari suami bunuh isteri hamil dan dua anak sebabkan dia ada girlfriend, pizza bomber tu, dan banyak lagilah. Tapi korang kalau tahu dokumentari best-best cadangkanlah kat komen tau.

Selamat menonton dan menyiasat!

Post a Comment

0 Comments