Assalamualaikum .

Phone rosak? Dalam poket ada seratus . Pilih makanan atau phone?

MY NOKIA X5

Kenapa awak rosak gegirl kesayangan (T___T)v . Saya perlukan awak . Macam mana saya nak pastikan ada kelas ke batal kalau awak takde. Macam mana saya nak bincang assignment kalau awak takde. Macam mana saya nak amik gambar lab report kalau awak takde. Macam mana saya nak dengar lagu bila ngantuk study tengah malam kalau awak takde. Macam mana saya nak contact  family saya kat Kedah nuh kalau awak takde. 

Awak.....Janganlah mcm ni....Bangunlah awak....Janganlah gelap je..... *panggg sepak diri,dah mcm pompuan gila dah.huahuahua

Ok setelah segala rintihan aku tak dilayan oleh phone jambu kesayangan hati, beliau yang terus menerus menggelapkan skrinnya membuat aku nekad.

Tattara taraaa~ Phone baru. Kihkih.... Aku beli ni kat Pekan Pilah RM75. So Rm25 dalam poket tu aku buat makan sampaiiiii hujung bulan.Apa lagi , maggie la jawabnye kan....(13 days more to go)

Syhhhhh mak aku tak perlu tahu nanti potpetpotpet. Bapak aku pun tak perlu tahu nanti nak kena hantar duit lagi . Selagi boleh hidup aku tak nak menyusahkan sesiapa . :)

Allah , bantulah aku jadi anak yang menyenangkan hati ibu dan bapaku . Aku tak mahu hidupku sekadar menyusahkan . Walaupun tak mampu nak balas jasa mereka, semoga aku dapat sekurang-kurangnya mengukir senyuman mereka suatu hari nanti . :')


Siapa tak rindu mak ayah bila jauh kan. Tapi bila aku call siang hari mak ayah takde kat rumah, bila aku call malam , mak ayah dah tidur. Tak apa, semoga Allah terus merahmati dan memberkati hidup mereka yang selama nie dah bersusah payah membesarkan aku.Duhai HATI, sila menjadi kental sekental kentalnya. 

Buat adik-adik aku yang baca entry aku (terutama Yana) , tolong jangan cakap pasal hal ni di rumah . Thanks :)

K assalamualaikum .