Sunday, November 4, 2012

Zaman SPM & Tips:Tabiat merosakkan otak :)

Assalamualaikum :)

Musim Spm ye skrg?Hihi (soalan mintak kena cepuk). Ok ok ahkak tahu adek-adek takde masa banyak baca blog skrg ,tambah-tambah dah nak yg dah nak SPM kan,so ALL THE BEST .Akak doakan semoga kalian semua dapat result meletup2 lah.Ok budak SPM sila pergi study!NOW!

Ok now akak nak membebel kepada adik-adik bakal SPM tahun depan.Haha.Aippp yang SPM tahun nie sila pergi study (acah je). *Tapi rasanya yang baca blog aku nie semua generasi dah lepas SPM pon.hahahahahahahaha*

Takpe,takpe,kali nie Mai nak kongsikan sedikit ilmu pasal tabiat merosakkan otak. (Kejap akak,kejap aku,kejap Mai,harap readers tak kisah tau,sayanglahhh readers) .Jommmmm terjah .

Tabiat Merosakkan Otak

  • Tidak bersarapan -  Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
  • Makan berlebihan -  makan berlebihan menyebabkan pembuluh darah di bahagian otak akan mengeras.ini akan menyebabkan kekurangan daya fikir
  • Merokok -  Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
  • Pengambilan gula berlebihan -  Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan proteindan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  • Pencemaran udara -  otak merupakan anggota badan yang paling banyak menggunakan oksigen.menghirup udara yang tercemar akan mengurangkan bekalan oksigen kepada otak.ini akan mengurangkan keupayaan otak
  • Sukar tidur malam -  tidur pada malam hari merupakan proses untuk merehatkan anggota badan yang telah penat berkerja pada siang hari,kerap berjaga malam akan menyebabkan sel-sel otak akan rosak dalam kadar masa yang cepat
  • Menutup kepala waktu tidur -  Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
  • Paksa diri bekerja bila letih -  semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
  • Jarang berfikir -  Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
  • Jarang bercakap - bercakap   dengan orang lain akan membuatkan otak kita kurang berkembang kerana berbual dan berdialog akan membantu menaikkan tahap keaktifan otak

itulahhhhhhh kitee zaman SPM dulu..hahahahak XD.... 

ok byeeeeee~

Sumber : Sini & Sana
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

9 comments:

  1. wahhh, doktor mai. aicececeh. skemanya muka :P

    ReplyDelete
  2. wahh.. banyak betul tips nya. tp malangnya kura ni dah tua. dah 20 tahun tinggalkan spm dan seangkatan dgn nya. wahaha

    ReplyDelete
  3. Makan berlebihan dan sukar tidur malam. That is so me. Actually benda nih dah jadi habit dah lagipun sekolah pun dah cuti akhir tahun ._.

    Bagi saya, mlm2 byk gila bende best yg boleh buat. Pagi2 kurang sikit. So yeah. I'm an owl. Malam berjaga siang tidur. Tapi kalau vampire pun okey gak :p

    ReplyDelete
  4. dulu-dulu memang lain macam sikit kan perangai kita ..haha ..tapi entri ni bagus ..all the best untuk semua spm candidates D:

    ReplyDelete
  5. hahah dulu saye time spm beriye sarapan pagi mkn mknnn berkhasiat mcm oat,nestum,sup chambell,,ciss result pon hampeh,jek,haha

    ReplyDelete
  6. wow... byk info ! ni bukan ntok yg nak spm ja.. yg tua2 pun ptot taw.. hehe

    ReplyDelete
  7. nice tip ;) btw gambar kedua tu smart :D

    ReplyDelete
  8. hihihi cikmai zaman muda belia. hihi

    ReplyDelete
  9. Errkk , ye ker ? Nurrul baru tahu.. tapi memang tak buat lah semua nie.. hehe..

    ReplyDelete