Tuesday, October 11, 2016

Noxxa Breadmaker, senangnya buat kuih pau!


Hi, assalamualaikum.

Actually,konon-konon aku nak tulis entry ilmiah gitcheww pasal resepi kuih pau. Tapi memandangkan first trial aku buat kuih pau semalam tak berapa memuaskan hati, aku tak jadilah nak share resepi tu. HAHAHA.

Resepi tu pun main google je. Nasiblah kan kadang dapat resepi yang menjadi, kadang tak jadi. Kuih pau aku semalam tu bukannya tak sedap ke apa, sedap je perfect, cukup rasa, tapi CUMA MASA MAKAN PANAS PANAS. Bila dah sejuk pun sedap tapi kena couple dengan teh o panas la sebab dia jadi keras sikit, cuma masih tahap boleh makan la. Tapi yelah, kita mestilah nak yang perfect lagi kan, soooo never give up, nanti cuba lagi lah.

Senang saja buat kuih pau ni so nak try banyak kali pun tak payah fikir panjang. Sebab tak pakai banyak tenaga pun. Kalau pakai conventional method berpeluh jugalah nak menguli doh donat tu kan. Disebabkan mama ada Noxxa breadmaker so jom kita masuk dapur!

Firstly, cari resepi kuih pau tu. Tak kiralah google ke, majalah masakan ke, resepi turun temurun ke, resepi jiran sebelah ke. Lepastu campurkan bahan-bahan doh tu untuk biarkan breadmaker kita buat kerja, kikiki.





Doh yang dah siap diuli. Yeay. Biarkan dia naik kembong dulu baru kita tumbuk tumbuk kasi keluar itu angin.


Bila dah settle aku timbang 50g lepastu bulat bulatkan. So dengan 1kg tepung semalam, aku dapat 32 biji kuih pau.



Lepas dah habis bulatkan 50g siap-siap, kita akan masukkan inti dia plak. Antara inti favourite aku adalah kaya, cekelat, ayam barbeque, dan daging kentang. Untuk kali ni aku try dengan kaya dulu, kos paling murah,kekekeke.

So amik satu ketul doh 50g tadi tu and canai canaikannn..yippi. Masukkan inti kaya, dan bulatkan. Pastu tepek atas kertas kecik.




Bila dah siap masukkan inti tu bolehlah kita kukus. Kukus kejap je, 7 minit dah siap boleh makan. Hihihi. Rakus. 


Alamak kepek kepek. Nak tepek gak kat blog ni haku peduli hape. HAHAHA.

Nasib baik dah telan masa panas-panas dan lembut separuh. Okaylah, kalau aku dapat resepi yang purrrfect nanti aku update resepinya okay.

Tata (^_^)y
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

20 comments:

  1. Minta dong kuih pau nya... pasti enak dan gurih

    ReplyDelete
  2. Masih tetap nampak cantik.. Tak pe, yang penting rasa pau ni macam mana? Lembut? Nyum nyum.

    ReplyDelete
  3. Senang bt..dan sedap bila kita makan tgh panas..hehe

    ReplyDelete
  4. Kepek pun takpe.. Yang penting sedap..

    ReplyDelete
  5. @bredmart hahaha enak cuma bila dimakan panas2.hihi

    ReplyDelete
  6. @Reen Johari kalau dah sejuk dah keras dah...hahaha

    ReplyDelete
  7. @nor azman setujuu,haha pekena dgn teh o panas...sedap..

    ReplyDelete
  8. @Kak Long blum capai tahap pau sedap yg beli tepi jalan tu ,huhu...kena usaha lebih lagi ni.

    ReplyDelete
  9. yumm. nampak lembut.. sedapnya maiii.. busyra suka pau kaya!

    ReplyDelete
  10. lapar lak bila tengok pau ni.huhu

    ReplyDelete
  11. sedapnya! nnti nak inti kelapa tau..haha

    ReplyDelete
  12. @sinuha hihihi cuba2 beginner je ni awak..

    ReplyDelete
  13. @Mas hahaha inti kelapa, boleh2.haha

    ReplyDelete
  14. Kepek pown kepek la janji sodap kan... Mahai gak kan noxxa ni kan.. Tapi memang terbaik..

    ReplyDelete
  15. Hamboi.. Rajinnya dia.. Ce anta kat akak sikit.. Hehehe..

    ReplyDelete
  16. Sesiapa berminat nak beli Noxxa breadmaker boleh contact saya
    012-5027093. Terima kasih...

    ReplyDelete