Cabaran 30 Hari Blogging | Tempat Makan Best


Cabaran dah masuk hari ketiga nampaknya! Yeay harini aku kena cerita pasal tempat makan BEST. Oleh sebab aku orang KULIM, semestinya aku nak cerita pasal tempat makan best kat Kulim lah kan. Jom aku review makan makan dekat Urban Inn Kulim. 


Urban Inn Kulim

Lokasi Urban Inn ni terletak disebelah Tesco, Kulim, di Taman Lembah Impiana, dekat sangat dengan high-way Penang-Kulim, 18 km dari Kulim Hi-Tech, 4km dari Pekan Kulim, dan 11km dari Bukit Mertajam. Sebenarnya, Urban Inn ni adalah tempat penginapan yang selesa yang menyediakan beberapa jenis bilik tidur yang lengkap serba serbi, cuma review kali ni aku nak fokuskan pasal makan makan kat situ je okay, hihihik. So best ke makan kat Urban Inn ni ?

Lokasi strategik
Lokasi Urban Inn ni aku katakan strategik kerana terletak kat sebelah Tesco Kulim. So tempat tu memang tumpuan orang ramailah kan. Tapi parking kat kawasan Urban Inn ni memang senang dapat, tak sesak. So lepas ni kalau masa shopping kat Tesco Kulim tu rasa lapaq tapi takmau makan kat food court, jangan lupa singgah Urban Inn pula okay.

Klik Read More untuk Baca Lebih Lagi

Susun atur kemas dan selesa


Susun atur haruslah kemas, dah nama pun hotel kan. Kebersihan memang tip-top, so tak perlu risau lagi. Ruang makan juga luas dan selesa.++


Menu
Jom kita tengok menu yang ada di kafe Urban Inn ini. Pelbagai makanan ada tapi yang aku nak recommend untuk korang mestilah tak lain tak bukan....western food!




Makanan
Yeay jom kita close-up ghupe bentuk makanan pula. Hiasan makanan memang terbaik, dah la cantik, rasanya pula boleh tahan. Saiz hidangan besar dan confirm kenyang! So overall memang terbaik makan kat sini.



Chicken Cordon Bleu


 Chocolate Sundae, tapi adik aku order taknak buah sebab dia tak makan buah, sepatutnya ada buah ni. Banana kot kalau tak salah aku, entahlah. Hahaha

Chicken Chop

Selain tu, layanan staff kat sini memang mesra dan baik. Itu yang best tu, kalau kedai best staff tak best, kita pun tak suka nak pergi kan. So congrats Urban Inn, walaupun baru je buka, kualiti memang tip top.

Jadi sampai disinilah review Urban Inn Cafe dari aku. Kalau korang datang Kulim tapi mencari tempat nak tidur yang selesa, bolehlah singgah Urban Inn dan rasai sendiri.

***

Web Urban Inn > KLIK SINI<           
Facebook Urban Inn Kulim > KLIK SINI<
Alamat  : 925 - 926 Jalan Lembah Impiana 5, Lembah Impiana III, 09000 Kulim, Kedah. 
Telefon : +60 4 – 491 1776 / T: +60 4 – 490 2776

Post a Comment

11 Comments

  1. Best pulak dengan cabaran 30 hari ni yek.. Bulan depan x de dah ke?? nak jugak join.. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Kak Lea, mai pun ikut amirah shaklee yg buat ni, tak tahu siapa yg punya cabaran ni, saja syok2 buat, hahahah... next month kak lea la start buat, hehehehe...nanti mai join lagi.

      Delete
  2. Bestnye... Nanti LeYa ke sana boleh la singgah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh Leya... singgahlah kulim,nnt boleh jumpa.

      Delete
  3. Ahahaha Dear, buat jugak yea? baru perasan niii :D yeayy ade geng! cabaran ni saja-saja jea, ikut pada list tu untuk buat entri. Ouh baru tahu orang kulim rupanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi mestilah geng dengan mira, syok juga buat entry berschedule mcm ni.

      Delete
  4. Bliur plak malam2 ni.. Nyummy!!

    ReplyDelete
  5. Harga not bad la setaraf dengan tempatnya santai, mengoda betul chocolate sundae tu, kak mila macam teringin je nak join cabaran ni tapi kalau lompat-lompat no boleh tak hahaha..

    ReplyDelete
  6. Kami lapaqqqq :( bila entah nk singgah kulim ni

    ReplyDelete
  7. Menarik betul presentation dia.. Menyelerakan..

    ReplyDelete