Aku ada 7 beradik, 6 perempuan dan 1 lelaki. Soalan yang selalu kawan aku tanya adalah 'BEST TAK ADA RAMAI ADIK BERADIK?'. Padahal bagi aku 7 orang ni tak adalah ramai mana pun, ada lagi yang dah sampai belas-belas beradik.

So best tak? GILA TAK BEST?

01. RUMAH YANG SENTIASA MERIAH
Rumah aku ni dah macam ♫♬hari-hari hari raya♫♬ dah tau, tak pernah sunyi kadang-kadang sampai pukul 2-3 pagi duk bergelak ketawa lagi. Tak tahu lah seumur hidup duk jumpa muka yang sama tapi tak pernah habis topik nak merapu lagi. 

02. BAJU YANG TAK PERNAH HABIS
Baju dalam almari habis? Jangan risau, bukak je almari orang sebelah, agak tak bekenan, buka almari yang kat bilik lain pula, hahahaha. Disebabkan semua gegirls so senanglah aktiviti menukar-nukar baju ni, bila keluar rumah takdelah sama je selalu. 

03. KAMI BUKAN AHLONG, KAMI CUMA NAK TOLONG.
Jaranglah parents dapat menghidu kesusahan kami selalu mampu sorok, sebab siblings akan jadi orang pertama tahu dan buatlah perancangan dan share-share idea dan kadang-kadang duit untuk settle problem tersebut. Kalau kami dah tak dapat settle barulah minta tolong parents. Bukan membelakangkan parents, tapi lepas dah besar ni, kami cuba untuk tak jadi beban lagi. 

04. JOM PI BERCUTI.
Kalau dengan kengkawan parents aku susah nak lepas tapi kalau dengan adik-beradik cakap je bila terus ON. Tapi keburukannya aku ler selalu kena buli jadi driver, aahahahaha, tapi adik aku yang lain cekap mengemas barang dan cekap uruskan budget, so aku tak payah fikir dah.


05. FREE KHIDMAT KAUNSELING
Selalunya kalau aku sedih mesti aku jadi adik beradik aku sebab depa ni power bab brain wash orang ni, so nanti aku akan lupa la kesedihan tu. HAHAHAHA. Ada yang pakar cinta, ada yang pakar kewangan, ada yang pakar segala masalah semua ada lah.

Ermm itulah antara 5 sebab kenapa aku rasa ramai adik-beradik ni best! Hehehe harap depa tak baca nanti depa riak.