Aduhai, susahlah kalau orang buat dia nak buat, tapi malas nak fikir, tahu nak mencuri je. Dalam bidang penulisan, khasnya blogger ni, bukan tak boleh nak curi, tapi curi idea dahlah. Ambil idea, dan ulasan tu cubalah rajin sikit ulas sendiri, buat ayat sendiri, fikir contoh sendiri. 

Cubalah fikir orang lain nak buat satu entry guna berapa reference, lepastu senang-senang je cilok. Ok takpelah nak cilok tu bukan tak boleh. Tapi at least tukarlah turutan cerita tu. Ubahlah sikit gaya penulisan, gaya numbering, gambar, contoh, semua tu UBAHLAH! 

Blogger bikin panas adalah blogger yang jenis letak tag je tapi takde isi, aku punyalah sakit kepala cari maklumat, tetiba nampak sinar harapan, bila aku bukak, takde maklumat sepatah pun, semua tag keyword je yang ada, fuh berasap & lagi sejenis blogger aku paling benci blogger jenis kopipes ni. Geram tau.

Belajarlah paraphrase! Kalau ambil fyp ni, dapat pula sv macam sv aku dulu, dah kena baling proposal tu masuk ke tong sampah. 

Sorrylah entry beremosi. Aku lagi boleh terima dan hormati blogger yang menulis hal peribadi macam Abang Ben tu daripada blogger copy paste yang tak reti respek kerja orang lain. Sorry, memang tak layak dapat penghormatan.