Friday, June 16, 2017

Kenapa Aku Buang Chatbox dari Blog?


01. Meringankan Loading Blog

Ini salah satu inisiatif untuk aku lajukan loading blog untuk keselesaan visitors & readers yang datang kemari. Yelah musuh utama pembaca setia adalah loading yang lambat. Benda nampak simple tapi kita akan kehilangan ramai pembaca yang tak mahu menunggu lama untuk blog kita habis loading, silap-silap boleh jammed laptop depa, huhu. Tapi tu la, aku pun tak tahulah menjadi ke tidak? Laju tak loading? Hehehe.

02. Template Blog Terkini Tiada Ruang Footer

Ya, template terkini yang aku pakai tidak menyediakan ruang footer 3 tempat macam template terdahulu. Jadinya semua gadget aku perlu diletakkan di sidebar. Kalau dulu, dapatlah aku jimatkan space blog aku supaya tidak terlalu panjang kebawah dengan meletakkan 'blog archive' dan dua senarai bloglist aku dibahagian footer secara memanjang. Untuk mengelakkan blog aku kini terlalu panjang kebawah, aku terpaksa eliminate beberapa gadget yang bagiku tidak terlalu penting, termasuklah chatbox aku itu, hukhukhuk.

03. Menggalakkan visitor comment entry

Hehehehe trick nakal ke? Tak la, sebab aku jenis tak kisah pun orang nak comment walaupun sepatah, malah menggalakkan lagi korang rajin comment. Komen je apa-apa, insyaAllah aku akan respons (kalau perlu) dan balas visit ke blog korang (ini WAJIB). Lagipun kalau ada yang nak tanya soalan kadang-kadang kalau drop dekat chatbox je tu nanti aku takut terlepas pandang.


04. Mengelakkan Spam

Yes, blogger yang meletakkan chatbox memang terdedah dengan aktiviti spam ni. Siapa suka kena spam kan. Ramai blogger mesti pernah terkena spam untuk iklan 8share seseorang, ataupun spam ubat-ubat kuat dan beberapa mendalah lain yang tidak sangat tidak appropriate. Aku pun! Hahaha, tapi ini takdelah sebab-sebab utama aku buang chatbox aku. 

05. Senang balas blogwalking & comment blog blogger yang tinggalkan comment

Oleh sebab aku mewajibkan diri sendiri balas visit dari setiap yang tinggal jejak disini, bila semua tinggalkan dalam ruangan komen, ini memudahkan aku juga untuk pastikan tiada yang terlepas pandang. Lagipun ada sesetengah yang tinggalkan jejak dalam chatbox aku tu, bila aku blogwalking balas, blog depa pun takda chatbox. Aku nak tinggalkan jejak pun kena comment, amboi. hahaha berkira eh CikMai ni. Ala bukan berkira, give and take ler sesama blogger. 

Sebenarnya aku suka je blog aku ada chatbox, tapi tu la atas alasan-alasan kat atas ni aku terpaksa buang daripada blog aku. Permanently atau nanti aku letak balik tu aku pun tak pastilah. Maybe kalau aku tukar template yang ada footer 3, aku akan pertimbangkan balik lah. Buat masa ni aku memang puas hati denga template sendiri ni, kehkehkeh.

Blog korang ada tak chatbox? Kalau takda juga, kenapa?


Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 24 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

24 comments:

  1. chatbox yg sekarang nie memang makan masa untuk loading. takmacam chatbox yg dulu2.
    bagus jugak kalau buang chatbox nie kan, tapi syg pulak rasa nak buang :D

    ReplyDelete
  2. Dah lama juga buang chat box Sejak tukar template Seo..

    ReplyDelete
  3. Lambat ke loading blog Mai sebelum ni? Huhu ira rasa okey je takda la loading berjanggut menunggu hahaha. Adehh acane eh nak tahu blog kita overload ke tidok bimbang pulak 😂

    ReplyDelete
  4. stuju dgn smua yg mai explain.. ya, memang ada pentingnya jgk cbox tp dari dlu lg busyra tak suka letak cbox dkt blog, dont know why. salah satunyanya mybe mai dh jwb yang no 3 tu. hehe

    ReplyDelete
  5. busyra ingat nama busyra dh x dak dkt bloglist mai.. baru nak kecewa. tp bila tngok balik, rupanya link dah lepas kebawah. sbb blog tak berupdate.. hahahah.

    ReplyDelete
  6. Wat masa ni masih ada ag. Tp terniat jugak nk buang sebab kena spam. Errhhhh..

    ReplyDelete
  7. Chatbox bagi saya tidak terlalu penting dalam era matang untuk blog dan memberatkan... btw nampak cantik dah blog ni, kemas...

    ReplyDelete
  8. Lajuuuuu....no loadin...hi3
    Br leh sggh dan bc dgn aman

    ReplyDelete
  9. kc pun dulu ada chatbox, lepastu buang selepas kena nasihat dengan afbiers dulu2 hehe. reason nya sama je macam mai beritahu atas tu :D kalau orang komen kat entri kita, naik juga UV PV blog kita.. kalau kat chatbox? hehe

    ReplyDelete
  10. mmg takut kena spam bila ada chat box tapi tu la kekdg bukan semua pelawat akan tinggal komen dan depa rasa mudah utk letak jejak kat chatbox..

    ReplyDelete
  11. huhu patutlah cari x ada dah cbax .. kalau sy lebih prefer blog yg ada cbox sbb kdg tue x sempat nak baca blog org so tinggalkan jejak ja .. kalau nak komen singgah blogwalking kat entry mcm segan pula hahaha xD

    ReplyDelete
  12. Kite masih kekalkan untuk ada cbox tu sebab kite sendiri pun jenis suka tinggalkan jejak dalam cbox selain comments jugak. Hehe..

    ReplyDelete
  13. Hmmm akak dulu pun pernah buang chatbox tu sbb kena spam je. Sekarang pasang balik sebab ada yg singgah komen pun takde. Sekurangnya diorang ade tempat tinggalkan jejak huhu

    ReplyDelete
  14. akak remove sebab 2x kena spam huhuhhu

    ReplyDelete
  15. kak fyna suka je letak chatbox, tapi bila pasang kt html tu, bila view chatbox tu tak keluar pun,, dan skg tak kisah da klu takde chatbox.. hehe :)

    ReplyDelete
  16. blog rabia tak ada chatbox..ada blogger beritahu kalau ada chatbox ni beratkan blog . dan lebih best kalau blogger komen di entry

    ReplyDelete
  17. Saya pun tak pasang chatbox. Kena spam dengan link yang entah apa-apa pulak nanti, sia-sia je

    ReplyDelete
  18. Patot laju semacamm blog Mai, hihi

    Lama tak singgah belok Mai serius takda mood nak berblog senjak menjak ni haha 😅

    ReplyDelete
  19. Mai tompang tanya.
    Blog saya ni loading dia cepat ke lambat. Saya tak tau.

    ReplyDelete
  20. Blog picisan macam mama Masih Ada Xbox lagi hihii

    ReplyDelete
  21. dulu2 pernah juga letak cbox, pastu macam x sesuai di hati... nyahkan ja la ��

    ReplyDelete
  22. Yeahhhh.. Akak kalau chatbox bermasalah pun akan di remove.. takat ni ok lagik.. hiks..

    ReplyDelete
  23. Siqah tak pernah ada chatbox. Tak berapa minat pula. Reason sama lah macam Mai. Hehe. Nak blogger komen entri 🤣

    ReplyDelete
  24. Oh! Mai dah buang ya...
    Mrs. A dah lama nak buang tai tak buang-buang lagi.
    Entry selamat tinggal chatbox masih lagi di draft muahhhaaaa...
    Tambah semangat nak buang ni.
    Chatbox Mrs. A ada i-frame.
    Dihikayatkan oleh pakar SEO i-frame no good itu antara sebabnya Mrs. A nak buang

    ReplyDelete