Sunday, September 17, 2017

Dashing Anytime EDT Praktikal Untuk Semua Lelaki

Dashing Anytime EDT Praktikal Untuk Semua Lelaki | Lelaki yang berbau busuk dan kepam adalah major turn off kannn... Benar, bau badan seseorang memang dapat menjejaskan personaliti diri, dan membuatkan orang sekeliling tidak selesa.

Sebab itulah ramai lelaki yang mementingkan kebersihan dan selalu tampil segak dan wangi. Jangan tak tahu yaa, antara ciri lelaki idaman wanita terselit juga ciri 'lelaki yang wangi'. Hahaha. 

Bak kata Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Winpro Unza Malaysia, “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.” 

Dashing Anytime EDT
Empat variasi unik – Cool, Hattrick, Ultimate Kick and Active.

Jangan risau Dashing Anytime EDT ada dan praktikal untuk digunakan semua lelaki yang nak wangi setiap hari. Kenapa praktikal?

  1. Dashing Anytime EDT Bersaiz poket - Lelaki jalan tak bawak handbag macam gegurl kan, so cukuplah saiz kecik boleh sumbat dalam poket baju or seluar gitu je. Mudah dibawa kemana saja, sesuai untuk lelaki aktif beraktiviti seharian.
  2. Bau Dashing Anytime EDT Menyegarkan - Wangian EDT tak pekat sangat, segar je bila spray kat badan bila-bila masa, dimana saja. Spray banyak kali pun tak pening kepala. Wangian ini juga dapat membangkitkan jiwa maskulin dari dalam, tapi dengan aura menyenangkan. 
  3. Harga Dashing Anytime EDT Murah - Dijual dengan harga cuma RM7 untuk 18ml, wangian Dashing Anytime EDT ni mampu tahan sampai sebulan (sehingga 250++ semburan).
  4. 4 Variasi Unik Bau Dashing Anytime EDT - Pilihlah bau yang sesuai dengan aktiviti kita  (contoh kerja dalam aircond vs kerja dekat outdoor site, smoker vs non smoker). Tak perlu risau dengan bau yang terlalu soft atau kuat dengan kita.
  5. Rekaan Pek Dashing Anytime EDT yang Trendy - Rekaan pek ini Dashing Anytime EDT ini penuh gaya dan sesuai dengan trend masa kini yang pentingkan gaya minimalist tetapi praktikal.
Nak pilih minyak wangi ni pun sebenarnya kena teliti. Kita tak boleh main terjah je pilih nanti tak masuk pulak dengan gaya hidup kita. Misalnya, perokok perlu minyak wangi yang lebih keras (untuk fight bau rokok tu), orang yang tak merokok pulak cukuplah bau yang soft saja, kalau keras-keras boleh pening kepala. Hmmm, complicated ke? Tak pun, yang penting kita kena kenal dulu diri sendiri, then barulah kita tahu bau mana yang sesuai dengan gaya hidup kita.

Baiklah jom terjah keempat-empat variasi unik Dashing Anytime EDT ini.

Dashing Anytime EDT
(1) Cool , (2) Active, (3) Hattrick, (4) Ultimate Kick

1. Cool (Kotak Biru Tua)
Haruman menyegarkan dengan gabungan bergamot dan galbanung, kemudian dilapisi dengan wangian Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Haruman maskulin ini khas untuk mencipta sisi maskulin yang 'cool' secara semula jadi dari dalam dirimu. Wangian ini merupakan identiti dan daya penarik diri anda.

2. Active (Kotak Hijau)
Khas untuk sijejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

3. Hattrick (Kotak Biru Muda)
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

4. Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


Personally Mai suka sangat dengan bau Active dan Ultimate Kick yang agak keras dan 'jantan', phewww so macho la... Bila bagi Abah yang pakai mestilah lagi macho kan, see tengoklah bapak siapa, bapak ayeee la tu, hihiks. Lagi sesuai sebab abah memang aktif (sukan dan motor), so amat sesuai la bau yang keras-keras maskulin gitu.  Bau Cool & Hattrick soft tapi tetaplah macho bila abah yang sembur. Fuhhh abah dah bolot semua Dashing Anytime EDT ni tau, nampak tak betapa bestnya tu, haha.

Mai pun bagi semua kat Abah, yelah takkan nak pakai bau lelaki nanti orang terkejut pulak. Hahaha. Mai ada kisah dengan perfume lelaki ni sebenarnya, masa dulu-dulu baru first time masuk asrama (tingkatan 4), Mai sembur perfume abah kat bantal untuk rasa 'SELAMAT' bila tidur. Hahaha. Mindset kot, bila ada bapak, sentiasa selamat. Balik rumah bawak bantal nak renew bau, hahaha. Budak psycho.


Udin pun pilih Ultimate Kick, siap larikan kotak tu lagi, hahaha

Kalau nak juga tampil maskulin dan macho macam abah eden, jangan lupa dapatkan Dashing Anytime EDT macam ni juga ok. Hanya RM7 satu pek, Dashing Anytime EDT ni korang boleh dapatkan di pasaraya utama, pasaraya hyper, farmasi di tempat masing-masing. 

Maklumat lanjut, boleh layari :

Website
http://www.dashing.com.my/

Facebook
http://www.facebook.com/Dashing.MY

Instagram
http://www.instagram.com/Dashing_MY

Follow
Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 25 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

33 comments:

  1. wahh,, SA suka betul dashing.Suka sangat perfume lelaki..

    ReplyDelete
  2. sha pernah beli yang cool tu hehe beli sebab comel sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang cool tu bau tak kuat sangat kan,,tp betul tu bekas tu mmg cute.haha.

      Delete
  3. hahaha.. comel je udin.. patut la lelaki suka pilih dashing ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi thanks Nurul :)

      Betulll,, dashing ni best...

      Delete
  4. Senang nak bawak ke mana mana, kecik je.. 👍

    Husniey suka bau perfume lelaki..
    Tak pening bau nya

    ReplyDelete
  5. amboii...udin...jadi model kakak ye...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal bayar model ni,, kena bagi dia gigit, haha

      Delete
  6. comelnya mai.. kecik2.. suka tngok pakackaging diaa.. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...comel sgt. saiz poket...

      Delete
  7. Boleh suggestkan dengan yazid (Partner Foodhunter Ena) ni. Fav jenama dia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sangat highly recommended~!

      Delete
  8. Ibu kalau beli botol perfume besar besar rasa sayang

    sebab pernah baru pakai sikit, banyak lagi. Jatuh pecah

    Rugi sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Ibu...skrg zaman EDT tak beli dah saya ori2 mahal dan kaca semua tu, haha.

      Delete
  9. Dashing memang one of the best perfume untuk lelaki. Abah and adik adik Lya pon pakai Dashing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Lya,, abah dan adik pun pakai Dashing, Hihihi. + Abah punya perfume sama bau dgn encik tunang, haaa nampaak tak sama taste tu,haha.

      Delete
  10. Love the packaging... mmg Dashing bau sangat wangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... kannnnn. Markah penuh untuk dashing!

      Delete
  11. kalau lelaki suka perfume jenis Edt macam saya suka.. saya tak suka bau yg terlalu lama..cukup dengan edt. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi setiap kali lepas solat boleh sembur balik, baunya fresh je kan....

      Delete
  12. Bau perfum lelaki ni kadang lagi best dari perempuan punya. Adehh tapi kisah Mai dan perfum tu lawak. Mesti nanti dah kawin perfum laki jadi mangsa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silap2 masih guna perfume abah, hahahaha.

      Delete
  13. menarik packaging die.. senang nak bawak.. kalau tumpang handbag isteri pun tak berat mane.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzaaa.. betul tu sis E'in .. Hahahaha sumbat je dalam poket, kalau poket lobos baru boleh letak dalam handbag :P

      Delete
  14. best sangat baunya. Senang nak bawa kemana pun.

    ReplyDelete
  15. Bila bedak yg saya pakai ni habis saya beli dashing pulak.

    ReplyDelete
  16. Produk Dashing nie memang best, kan.. Akak pun suka pakai jugak sampaikan member opis duk perli sebab suka pakai wangian lelaki..Tak sesuai katanya.. hihihi

    ReplyDelete