"Awak tahu? Ada seseorang tanya kenapa awak nampak teruk sekarang? Kurus, cengkung."

Aku pandang dia. Menunggu sambungan kata-katanya. 

"Saya cakap biarlah, awak kan sakit. Memanglah jadi kurus." Sambungnya terus. "Kemudian orang tu tanya, Kong, takmau ke cari baru ke?"

Aku yang mahu tersenyum langsung terus padam. "Habis awak jawab apa?"

"Saya jawab kalau asyik cari yang sempurna, kita takkan dapat jumpa. Fizikal yang cantik belum tentu hati budinya cantik. Yang gemuk tak selamanya gemuk, yang kurus tak selamanya kurus, yang cantik tak selamanya cantik. "




Jeda.

"Awak pernah terfikir tak untuk tinggal saya?" Tanyaku walau aku tahu mungkin jawapan yang aku akan terima akan memedihkan.

"Tak pernah terfikir macam tu Mai. Saya happy sangat dengan awak Mai. Saya selalu bersyukur dapat jumpa awak."

Akhirnya aku dapat tersenyum. Aku tidak mendesaknya tentang siapa yang berkata pahit tentangku itu, kerana mengetahui itu cuma akan membuatku membenci seseorang yang aku kenali.

Aku harap dia itu mendapat kasih sayang yang dia perlukan dan kebahagiaan sendiri. Tidak perlulah perlu menghancurkan hubungan yang kami jaga selama 6 tahun ini.

Tidak perlulah hancurkan harapan aku yang mungkin berharap terlalu tinggi walau pada matanya aku tak layak mungkin.

Ya orang sakit tak layak bahagia kah?

Terima kasih Allah, kerana menghadirkan orang yang baik hati untuk mencintai kelebihan dan kelemahanku. Kebaikan dan keburukan yang ada pada diriku. Mencintai diriku kerana-Allah.
Kepada tunangku yang paling aku sayang, cintailah aku keranaNya, kerana cinta keranaKu akan penuh kekurangan yang akan kau temui. 


Follow