Wednesday, January 3, 2018

Azam 2017 yang Tercapai

Masih belum terlewat kan kalau nak wish SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pembaca blog www.noormaizan.com ini dan juga semua rakan-rakan blogger yang selalu support antara satu sama lain. Semoga tahun ini lebih bermakna dan membawa kejayaan besar pada diri kita masing-masing.

So yeah, cakap pasal tahun baru, of course masing-masing akan renew azam kan. Haha. Azam 2017 apa khabar? Tercapai tak? Alhamdulillah ada antara azam aku last year yang tak payah renew sebab dah jadi nyata.  


Azam 2017 yang Tercapai


Tukar Domain Blog

Setelah lama betul bertarik tali nak tukar domain atau tak, akhirnya aku bulatkan hati untuk tukar domain. Aku menggunakan servis dari NetKL, dengan bayaran RM55, siap beres tak perlu nak fikir apa dah. Rupanya tak hilang pun entry lama-lama tu, tetap muncul kat google search macam biasa. Fuhh apa laaa overthinking + paranoid sangat haritu. Akhirnya www.missobsesi.blogspot.com dan bertukar jadi www.noormaizan.com.

Capai Pageviews 500k 

Yeay akhirnya lepas juga impian nak lepas 500K pageviews untuk blog ni. Terima kasih yang yang sudi datang menyumbang pageviews untuk blog ni walau siapa pun anda, kihkihkih. So next target bolehlah kita fikir untuk capai 1M Pageviews pula kan. Wish me luck!

Graduate on Time

Rezeki untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda dengan pointer above 3.0 adalah antara pencapaian bermakna dalam kehidupan seorang aku. Yelah selepas perit getir hidup sebagai seorang student, akhirnya aku berjaya atasi segalanya. Alhamdulillah ya Allah.

Bertunang

Alhamdulillah akhirnya selepas 6 tahun berkawan, si dia menghantar rombongan meminang pada June 2017 sebagai hadiah birthday aku yang ke 24. Hahaha. Dengar kata hadiah sempena 25 tahun 2018 ni lebih 'besar dan bermakna'. pray for me guys. HAHAHA. 

First Job

Walaupun kerja pertama aku tak ada kaitan langsung dengan degree, tapi apa salahnya. Tak ada pilihan yang sia-sia dalam hidup, yang ada cuma hikmah dan pengajaran. Kerja luar bidang ni banyak mengajar aku bersandar pada Allah, rasa diri kerdil je bila selama ni bangga dengan sijil degree sudahnya banyak lagi yang kita perlu belajar. Well, ijazah terbaik datangnya dari jalanan, guru terbaik adalah kehidupan kita sendiri. 



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Maka nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan. Semoga 2018 ini Maizan terus kuat dan berjaya. Aamiin.


Apa azam korang yang dah berjaya dicapai untuk 2017? Sharelah di komen.


Previous Post
Next Post

About Author

Hi, nama saya Mai, 25 tahun, graduan biomolecular sains yang bekerja dibidang lain, sangat menyayangi makhluk berbulus terutamanya kucing. Saya mengambil tempahan edit blog dan juga servis review produk. Hubungi saya di blogmayyjie@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.

11 comments:

  1. Wow... banyak nya yg dh tercapai... alhamdulillah dan tahniah..
    Semoga tahun 2018 lebih memberikan kejayaan utk mai... yg pasti yg " lebih bermakna: tu kak liez tahuuuuu

    ReplyDelete
  2. Rabia nak belajar bersunguh2 masa diploma ni...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Tahniah Mai.. Selamat Tahun Baru 😍
    Tak sabar nak tengok Mai kahwin!

    Azam 2017 Husniey yang berjaya dicapai ialah kembali berblog dengan aktif,
    earn money, saving, and travel bersama suami.. Banyaklah lagi nak senarai.. Harapan moga tahun ni yang baik baik juga.. Tiada siapa yang mengharapkan yang tidak baik kan..😊

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Mai.. Macam bau nasik minyak je ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Semoga terus sukses di tahun baru (:

    ReplyDelete
  6. Woww, bestnya..all the best for 2018 !
    Azam tercapai ialah, nak kerja sampai dua tahun..then dah berjaya last year..2 tahun dahh kerja tetap..hehe~
    Sleian dari tu, dalam dunia blogging la..hehe~

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...doakan saya pula untuk azam 2018 ni dapat grad on time, dapat kerja stabil dan bertunang (ada rezeki lebih kahwin terus la..ehehe)..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, I hope juga I graduate with 3.0 above. Takut sangat pointer jatuh T_T

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah~ Allah permudahkan urk Mai :)
    Semoga azam 2018 nie tercapai pula. Keep on blogging rindu nak dtg sini haha

    ReplyDelete
  10. Dah masuk minggu kedua kita sama- sama melangkah ke tahun 2018 . Moga azam tahun ni dapat dicapai dengan mudah

    ReplyDelete