Lupa Kemaskini BRIM 2018?

Friday, January 12, 2018

Lupa Kemaskini BRIM 2018? | Jangan jadi macam adik aku, elok masuk 1 January 2018 tu pukul 12 malam dia baru teringat yang dia belum kemaskini BRIM 2018. Yelah katanya last tarikh untuk update kan 31 Disember 2017 je.

Haa menggelabah la dia masa tu. Mana taknya bukak laman web BRIM tu je tak boleh isi apa-apa dah masa tu.

Itulah nak bebel pun aku tak suka bebel kat benda dah jadi. Kalau nak bebel ni sepatutnya sebelum jadi apa-apa, kalau dah jadi namanya takdir. AHAHAHA.

RM 450.00 tu banyak jugak tu, rugi menolak rezeki ni. Tapi kalau korang pun senasib dengan adik aku ni, jangan runsing lagi.

Sebab sekarang tarikh kemaskini BRIM dah dilanjutkan balik sampai 25 Januari ni. Ni kalau tak update juga sah jenis pemalas piang ni (yang gaji besaq duk senyap2,lol).

CHECK MAKLUMAT :
  • Nama
  • No. MyKad
  • Tarikh Lahir
  • Jantina
  • Status Perkahwinan
  • Tarikh Penceraian / Kematian Pasangan
  • No. Telefon Rumah
  • No. Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Nama Bank
  • No. Akaun Bank
  • Alamat e-Mel
  • Alamat Surat Menyurat Terkini

UPDATE MAKLUMAT :
  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris


Kalau dah pernah memohon dulu pun, sekurang-kurangnya update data setiap 3 tahun tau. Jangan buat dono je, kang dia ingat pemohon dah takda kat dunia yang fana ni kang melepas duit tu.

Huhuhu, macam penyamun duit aku haritu kan, sobs.


Follow

11 comments

  1. nasib kelonggaran diberi sampai januari ! alhamdulillah xkalut la nak update sapa yang terlupa tu =D

    ReplyDelete
  2. fuh, nasib baik di lanjutkan tempoh tu kan

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada sesiapa yang menerima BR1M, rezeki jangan ditolak..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah nasib baik tarikh kemaskini dilanjutkan ^_^

    ReplyDelete
  5. nasib baik still sempat

    ReplyDelete
  6. Yang penting sempat sebelum tarikh tutup :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih semua yang komen, Nanti mai singgah balas ya :D

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.