Hukum Memutuskan Pertunangan


Bertunang adalah pilihan, jika rasa lebih elok dipercepatkan nikah pun bagus, kalau nak memulakan dengan adat bertunang pun bagus. Yang penting bila kita niat kita tu untuk menghalalkan perhubungan kerana Allah.

Kenapa perlu bertunang?

Bertunang bukan seronok-seronok untuk pakai cantik-cantik sambil tunggu bakal mak mertua sarungkan cincin lalu tersipu-sipu.

Bertunang adalah ruang masa untuk kita manfaatkan dengan mengajak keluarga kita saling berkenal-kenalan dengan keluarga pasangan.

Selain itu, bertunang juga adalah tempoh kita membuat persediaan untuk hari majlis perkahwinan. Maklumlah sebab dah dapat tarikh, jadi senanglah kita nak buat apa yang patut untuk menjamin kelancaran majlis kita nanti.

Dan pertunangan adalah perjanjian untuk mendirikan rumahtangga...dan setiap janji wajib ditunaikan kecualilah ada sebab-sebab yang kukuh untuk memutuskan pertunangan itu.

Hukum Memutuskan Pertunangan


Hukum Memutuskan Pertunangan 

Ada pasangan yang ketika fasa bertunang barulah mereka sedar bahawa mereka takkan boleh bersama. Pantang nampak muka je nak bercakaran. Walaupun banyak kali cuba nak selesaikan masalah masih tak jumpa jalan damai. Masing-masing pihak ada hak untuk memutuskan ikatan pertunangan ini dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Tetapi tidak dibenarkan jika memutuskan pertunangan tanpa ada sebab-sebab yang kuat. Boleh jadi penganiayaan pada pihak pasangan. Maka jika ada pihak yang mahu membatalkan pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah, pihak yang membatalkan itu wajib membayar ganti rugi mana-mana yang membabitkan urusan pertunangan dan perkahwinan.

Ikatan pertunangan ini dilindungi undang-undang tau, Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

Jika seseorang mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis dan sama ada secara bersendirian atau melalui orang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa sebab sah, manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak mungkir perlu:

  • Memulangkan segala hantaran yang diterimanya daripada pihak yang satu lagi ataupun jika tidak dapat memulangkannya maka perlu membayar dengan wang yang senilai dengan hantaran yang diberikan itu;
  • Menanggung perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak yang bersedia untuk berkahwin itu di dalam membuat persediaan bagi perkahwinan itu. 


Kedua-dua perkara di atas hendaklah ditanggung oleh pihak yang mungkir kepada perkahwinan itu dan sekiranya ia enggan membayarnya maka pihak yang bersedia untuk berkahwin itu boleh menuntut remedi itu di Mahkamah Syariah melalui seksyen 15 Akta yang disebut di atas.

Bagaimanapun, jika pihak yang memutuskan pertunangan itu mempunyai sebab yang sah dan diiktiraf hukum syarak, maka pihak yang memutuskan pertunangan itu tidak perlu memenuhi kedua-dua keperluan yang diperuntukkan di dalam seksyen 15. Perlu dijelaskan di sini seksyen 15 di atas tidak memberi peruntukan secara spesifik untuk menuntut ganti rugi atas perasaan malu pihak yang dimungkiri untuk di kahwin itu.

Dosa Sengaja Memutuskan Pertunangan

ربع من كن فيه كان منافقا خالصا ومن كانت فيه خصلة منهن كانت فيه خصلة من النفاق حتى يدعها : إذا اؤتمن خانوإذا حدث كذب وإذا عاهد غدر وإذا خاصم فجر
Empat sifat, sesiapa yang ada keempat-empat ini maka dia adalah munafik amal yang sejati. Sesiapa yang ada salah satu daripadanya maka dia adalah sebahgian dari nifak amal tersebut sehinggalah dia meninggalkannya: 1. Bila diberikan amanah dia khianat. 2. Bila dia bercakap dia berbohong. 3. Bila dia berjanji dia memungkiri. 4. Bila dia berbalah dia akan melampaui.
Hadis daripada ‘Uqbah bin Amir menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidak dihalalkan bagi seorang mukmin untuk membeli barang yang sudah dibeli saudaranya dan janganlah seorang mukmin meminang di atas pinangan saudaranya kecuali jika pinangan itu telah ditinggalkan.” (Shahih Muslim 2/1034 no.1414)

Jika Ada sebab Kukuh Untuk Lebih Baik Berpisah

Kedua belah pihak ataupun wali si wanita boleh membatalkannya dengan sebab-sebab yang munasabah dengan syarat dipersetujui bersama.

Contohnya jika pembatalan yang dibuat kerana terdapat kecacatan pada pasangan atau sebelah pihak mendapati satu pihak lagi tidak seperti yang diharapkan, bolehlah dibatalkan. Tapi pastikan pihak lagi satu maklum dan redha akan sebab tersebut.

Lagipun kalau dah rasa tak mampu hidup bersama, takkan bahagia sebab tak boleh terima gaya hidup pasangan, ataupun lepas bertunang baru sedar pasangan kaki pukul atau panas baran yang tak dapat dicontrol, lebih baik tak payah diteruskan. Kalau nak ikutkan mulut orang mengata memang tak habis, buatlah apa yang boleh menjamin masa depan kita sendiri, sebab yang nak melaluinya nanti pun kita juga, bukan orang lain pun.

Mengejek Orang Putus Tunang?

"Hah tu lah haritu tunang kemain grand lagi buat, kan dah putus. Wkakaka"
"Tunang harus disorok. Ni sebab tak sorok la ni putus ni, padan muka."

Ewah ewah korang yang suka mengata orang ni. Ingat orang yang putus tunang je ada hukum? Orang yang suka bawa mulut lagi dasyat tau hukumnya. HAHAHA.

Silap-silap orang putus tunang tu tak dosa pun sebab ada alasan kukuh dan keaiban yang diorang tutup disebalik putusnya ikatan tu. Tapi orang yang sibuk mengata ni yang mengumpul dosa setimbun.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (riwayat Bukhari)
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
“Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” (al-Israk:36)
So lepasni kalau tak tahu pasal sesuatu perkara tu baiklah diam saja. Biarlah orang yang terlibat menyelesaikan masalah mereka sendiri.

♡♡♡
Rujukan :

https://baei.blogspot.my/2014/03/batalkan-pertunangan-perlu-ganti-rugi.html
http://myeph.blogspot.my/2010/04/hukum-memutuskan-pertunangan.html
https://intimku.com/2008/05/09/wajib-pulang-barangan-hantaran-jika-dituntut/
http://www.tarbawi.my/2013/01/apa-yang-rasulullah-ajar-tentang-diam.html

Follow

Post a Comment

15 Comments

  1. info yang bagus, teruskan berkongsi

    ReplyDelete
  2. tq info yang baik.. teruskan berkongsi!

    ReplyDelete
  3. Good sharing Mai. Penting untuk yang berstatus tunangan orang tahu.

    ReplyDelete
  4. kalau dah jodoh x kemana.. kalau bukan jodoh, seminit sebelum nikah pun takkan jadi juga :)

    ReplyDelete
  5. Bila kita mengikat tali pertunangan bermakna kita dah bersedia untuk hidup bersama orang tu. Hidup bersama dalam susah ataupun senang.

    ReplyDelete
  6. Singgah hari minggu :D
    https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Bertunang ni elok, tp jgn lama lama... Lepas tu kalau rasa tak boleh nak bersama, putuskan dgn cara yg elok, bukan main blah mcm tu saja kan ...

    ReplyDelete
  8. dulu tak bertunang pun keluarga belah lelaki datang rumah merisik terus tetapkan tarikh..memang tak nak buat majlis tunang bagi i macam membazir tapi terpulang pada orang..tak salah pun nak buat..tapi tak suka jugak bila ada orang putus tunang duk bercakap bukan-bukan padahal kita tak tahu sebab apa dia orang putus tunang..

    ReplyDelete
  9. sis ada masalah ke? mudahan diselesaikan dengan cara baik baik tau! :)) azah doakan semuanya dipermudahkan urusan. allahumma aamiin

    ReplyDelete
  10. yupp setuju dengan post ni! thank you sharing! ^^

    ReplyDelete
  11. bagus info nih
    baru tahu boleh tuntut balik kalau tunang putus

    ReplyDelete
  12. Uish .. tak tahu pun ada undang2 pertunangan ni.

    ReplyDelete
  13. Ramai tak tau bab undang2 ni... Nice sharing mai..

    ReplyDelete
  14. nice sharing mai.. busyra pun tak tau sbeelum ni pasal ni..

    ReplyDelete