Aku pernah cerita pasal pengalaman bekerja sebagai Hearing Consultant tapi sebenarnya aku tak bertahan lama pun kat situ sebab rasa dipergunakan bila kos nak kursus aku kena keluarkan duit sendiri (dan lebih banyak dari sebulan gaji). Aku memang nak kerja, tapi takdalah terdesak sampai rela dipergunakan syarikat-syarikat besar kan.

Selepas ambil keputusan untuk kembali menganggur, tiba-tiba aku dapat call dari sebuah hotel ni untuk pergi untuk tawaran kerja sebagai receptionist. Bagai orang mengantuk disorong bantal lah masa tu, aku terima tawaran tu dan alhamdulillah bermulalah hidup aku sebagai seorang receptionist hotel, atau nama melayu, "Penyambut Tetamu".

Kerja Sebagai Receptionist Hotel

Kerja Sebagai Receptionist Hotel 

Alhamdulillah, sebenarnya dah 10 hari jugalah aku jadi seorang receptionist ni. Itulah sebab blog aku macam terabai sikit dua tiga menjak ni.

Aku perlukan sedikit masa untuk adapt dengan jadual hidup yang baru. Tapi orang malas memberi alasan kan, aku tabik betul dengan blogger bekerjaya yang boleh consistent update blog. 

Job scope receptionist ni takdalah berat pun, cuma perlu register check in, check out dan uruskan booking bilik melalui telefon je. Tapi bagi seorang yang introvert, agak mencabar bila kena pasang 'topeng' muka yang ceria setiap hari ditempat kerja terutama bila berhadapan dengan guests, haha.

Menariknya, aku seorang je receptionist melayu kat situ tau, yang lain Chinese. Tapi takda gap perkauman pun, sebab diorang sangat helpful & mesra. Alhamdulillah, bila tempat kerja dikelilingi orang positif, kita pun jadi happy nak kerja.

Sebab dah terbiasa jadi kuli kat mall, kerja jam 9 pagi sampai 11 malam setiap hari, bila dapat kerja yang 8 jam ni, rasa relax ya amat pulak. Rasa baru duduk dah boleh balik, haa kau hiperbola gitcheww. Bestnya lebih banyak masa aku boleh luangkan dengan family & kucing!

Degree in Biomolecular Science tu boleh letak tepi dulu. Aku rasa sekarang aku patut bina soft skills dan cari pengalaman sebaik mungkin. Nak buat macam mana, nak tunggu dapat kerja setaraf sijil, memang susah zaman sekarang ni. Bukan aku je, ramai juga kalangan kawan-kawan aku yang senasib dengan aku. Kami tak memilih pun, tapi rezeki belum sampai.

Prinsip aku, apa sahaja yang kita buat, buat sungguh-sungguh. Alhamdulillah bos cakap aku cepat pickup, so point 'fast-learner' dalam resume tu tepat lah kan, haha. Semoga aku disenangi bos & rakan-rakan staff kat sini.

Gaji sebagai receptionist ni tak banyak pun, tapi tak sikit juga. Cukup makan la kata orang. Paling best sebab OT gaji darab dua k. Asikkkk!

Cabaran pula, ada night shift sebab kaunter reception ni open 24 hours kan. Bila kerja malam zaman 2018 ni, aku tak takut hantu pun, tapi aku takut dengan kejahatan manusia. Semoga Allah terus melindungi aku dari anasir-anasir jahat.

Doakan aku ye. Aku harap korang pun terus dimurahkan rezeki dunia akhirat. 


Follow