Kata Positive dari Starlavenderluna Really Make My Day!

Kata Positive dari Starlavenderluna Really Make My Day! | Pembaca blog Starlavenderluna milik kak Shikin (Klik SINI) mesti tahu yang setiap minggu, kak Shikin akan pilih seorang blogger untuk direview.

Tak sangka minggu ini noormaizan[dot]com terpilih untuk direview. Siapa tak suka kena review kan, at least kita boleh tahu pandangan tentang diri kita dari kacamata orang lain.

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna



Sejak akhir-akhir ni aku tak berapa happy, biasalah macam-macam masalah timpa. Tapi bila baca kata-kata positif dari Kak Shikin, buat aku betul-betul rasa macam naik balik semangat diri ni.

The power of words kan.

Kata-kata kita boleh menaikkan semangat orang. Kata-kata kita juga boleh membunuh impian orang lain.

Hihihi so jom nak share dengan korang apa yang Kak Shikin berjaya buat aku tersenyum dengan kata-kata positif beliau ni.

Cik Mai nie berasal daripada Kedah dan dia sudah berpunya tau (bakal mendirikan masjid tak lama lagi), so cik abang suma tak boleh rapat-rapat dengan Cik Mai yang kiut miut nie..

Hahaha comel tau kak Shikin dah bagi warning para jejaka walaupun takda pun yang ngorat I ni, hahaha. 

Cik Mai jugak boleh membuat 'makeup' yang cantik dan kiut pada template blog dan dah ramai yang dah guna servis dia.. 

Thank you reviewkan servis editing blog. Hihihi Korang, nampak tu kak Shikin cakap hasil design saya kiut, so tunggu apa lagi, cepatlah tempah, hahaha.

Cik Mai jugak selalu support kawan-kawan blogger dengan menyertai pelbagai segmen dan GA yang dianjurkan jika dia tak sibuk dengan kerjalah.. 

Ye betul. Kalau ada GA atau segmen bagitau la sini nanti insyaAllah akan diusahakan juga untuk join & ikut segala rules anda. Cewahhh. 

Saya memang selalu bersembang melalui whatsapp dengan Cik Mai, sebab minat kami sama iaitu KUCING, dan kucing Cik Mai memang comel sangat bila berdepan dengan kamera, apa kata orang, muka fotogenik gitu, dan ianya memang serupa dengan wajah tuannya, wajah fotogenik jugak.. hihihi

Hahaha, kak Shikin cakap Udin photogenik. Memang pun Udin pandai posing tau, kalau follow instagram aku boleh tengok sendiri. Tapi baru-baru ni aku dapat snap Ibang yang posing pula, bukan senang weh.. Hahaha cute sampai rasa nak pengsan tengok kucing sendiri (obses ke ni hah? HAHAHA).



Untuk Cik Mai, akak nak ucapkan terima kasih pada awak kerana terus menerus menyokong akak walaupun kita belum pernah bersua wajah dan akak seronok dapat berkawan dengan awak.. Walaupun kita hanya sembang dalam facebook dan whatsapp tapi terasa amat dekat sekali dengan awak.. Semoga jodoh awak berkekalan hingga ke Jannah dan semoga awak terus sukses dalam dunia blogging nie..  

Last but not least, ayat ini yang buat aku rasa tersentuh sangat...Dimasa aku rasa diri macam tak berguna, tiba-tiba kak Shikin buat aku rasa dihargai sangat, You really make my day kak...

Komen-komen pun penuh dengan kata positive, ya Allah korang ni memang buat terharu betul tau.

Tak percaya baca sendiri...


Terima kasih semua sebab sudi kenal & berkawan dengan Mai. Mai tak boleh balas dengan harta, tapi dengan kasih sayang yang tulus boleh, hihi. Semoga hubungan silaturrahim antara kita terus terjaga dan terpelihara.

Sayang semua!

Follow

Post a Comment

23 Comments

  1. Memang seronok bila ada yang sudi review blog kita kan Mai..

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Bila orang review blog kita sekurang-kurangnya kita tahu apa tangkapan orang terhadap penulisan kita dan happy blogging Mai 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, hehehe happy blogging too kak Fiza :D

      Delete
  3. Akak baca dah review blog Mai kat blog kak Shikin. Gembira kan ada orang review blog kita dan bagi kata-kata positif 😍 Keep on blogging, adik manis Mai 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi betul..mcm sejenis motivation booster utk Mai. Thank you kakak cantik.

      Delete
  4. Eh eh, blog template baru kan!! Cantik! Kemas dan simple 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh Kak Siqah the first one yang tegur :P Thank youuuu...

      Delete
  5. salam kenal..wah meowww alahai tomei tomei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awkkkk , kita mmg dah kenal la, hahaha , cuma tukar template ni dah tak kenal pulak dia ni, hahaha.

      Delete
  6. eh mai orang kedah ke? selalu jugak tengok gambar udin kat ig mai :p hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe yup sis, orang Kulim. Itu je buah hati pengarang jantung, asyik post dia jelah, haha.

      Delete
  7. So sweettt kak Shikin 🌼
    Mahu berbunga bunga hati Mai ni

    ReplyDelete
  8. Nanti bolehlah saya hire Mai untuk editkan blog saya sebab saya malas nak hadap coding. Hahahha ^^''

    ReplyDelete
  9. Betul tu,kata-kata boleh naikkan semangat someone kan?! Hehe ^^ Tahniahh sebab terpilih!! =D

    ReplyDelete
  10. memang suka singgah blog kak mai

    ReplyDelete
  11. Mai memang ohsem,,hee

    wewitt template baghuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awesome keee kak Reen. Haha. Mestilahh baju baru uolss, sempena PRU, haha.

      Delete
  12. Faham sangat perasaan bila blog kena review suka yang amat kans...
    Mrs. A pun cat lover tau eh! tetiba.

    ReplyDelete
  13. baca jugak haritu memang apa yang kak shikin tu betul. Hah si Ibang tu mesti Udin yang ajar posing kan? :P

    ReplyDelete