Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

Thursday, May 17, 2018

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim | Assalamualaikum dan Hi my beloved readers. Terutama untuk orang Kulim, harini aku nak share tempat makan favorite aku lepak dengan adik-adik aku, tak lain tak bukan mestilah dekat Ah Lai Medan Selera Keladi!

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim


Lokasi Ah Lai Medan Selera Keladi Kulim 

Senang je nak jumpa Medan Selera Keladi ni. Kedudukannya bertentangan dengan Mini Stadium Keladi Kulim. Medan Selera Keladi ini akan di sebelah kiri kalau dari Kulim Hi-Tech, manakala kalau dari arah Pekan Kulim, medan selera ini di sebelah kanan.

Memang senang nampak sebab ada banner besar warna kuning gittcheww. Haha. Parking space besar, tapi kalau lambat memang cepat penuh. So far aku duk pi dalam pukul 9 malam gitu still boleh parking belah dalam.

Medan Selera Keladi ini bukak waktu lewat petang sampai tengah malam saja tau. Janganlah pergi cari masa lunch pulak. Hahaha. Maluuu wey macam aku haritu dengan adik aku, semangat pergi pukul 5 pun still tak bukak lagi, ahahahahahahahahaha.

Variasi Makanan Ah Lai Medan Selera Keladi Kulim 

Ok masuk topik makanan ni memang best lah nak open cerita. Sebab makanan kat Ah Lai Medan Selera Keladi ni memang bervariasi betul. Cakap je nak apa, ada western, ada chinese food, ada shellout, ada masakan panas, ada masakan melayu, dan sebagainya! Fuhhh memang rasa nak bedal semua weh, tapi ingat pesanan Tun M, jangan terlebih makan!

Nak ikutkan selalu aku makan kat situ, mesti bertukar tukar menu, sebab aku jenis nak rasa semua. Hahaha. Beza dengan adik aku, dia akan stick dengan satu menu yang dia rasa sedap, sampai bila-bila dia order menu tu je. Hahaha.

Jom tengok menu pilihan kitorang haritu...


01 | Koey Tiaw Tom Yam Campur ☆☆☆☆☆

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

Tom yam kat Ah Lai ni memang power. Aku rasa antara yang tersedap kat Kulim ni. Lagi best, sebab isi banyak, so sedap dan banyak, memang gempak lah. Jangan hairanlah kenapa tomyam ni jadi menu tetap adik aku bila datang Ah Lai. Dia tak nampak dah gerai-gerai lain kat situ.

Haha dia tak nampak takpa, aku nampak. Hahaha.




02 | Nasi Goreng Ayam Ah Lai 

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

Yang ni aku tak tau sedap ke tidak, haha, tapi setiap kali pergi ini jelah yang boyfriend adik aku order. Jadi aku assume sedap lah kan.

Sis perhati je dorang ni, setiap betul dengan satu jenis makanan. Hahaha.

Tapi yelah, nampak menyelerakan kan!


03 | Nasi + Asam Pedas Ikan Bawal Goreng ☆☆☆☆☆

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

Yang ni sedap sangat! Haha teringin nak makan bawal tu pasal la beli lauk bawak, padahal ada macam-macam jenis ikan lagi, tenggiri, kembung, pari, dan ayam goreng. Ikutlah selera masing-masing.

Di bahagian deret gerai makcik ni pun ada best. Sebelah makcik ni ada makanan jenis macam ni juga tapi tauke lain, pun sedap ya amat-amat. Selalu aku order yang abang tu punya sebab sedap.

Selang sebuah gerai makcik ni pulak ada gerai Chili Pan Mee. Yang tu pun awesome gila! Aku pernah makan tapi lupa nak snap gambar dulu tu, huhuhu. Tapi memang highly recommended untuk tiga gerai deretan makcik jual asam pedas ni.


04 | Dim Sum ☆☆☆☆☆

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

Review AH LAI Medan Selera Keladi Kulim

My favorite ever! 3 mangkuk ni RM10 saja, kalau makan dia saja aku tak rasa aku akan kenyang, so aku buat kudap-kudap je ni sambil makan nasik, hahaha. 

Banyak variasi dimsum yang boleh dipilih. Favorite aku adalah yang salted eggs and black pepper, hehe. Kalau yang chicken mushroom tu adik aku sukalah,tapi aku rasa muak sikit.

Eh banyak tau variasi dia, pilih jangan tak pilih! Haha.

Actually banyak kali dah aku makan situ, antara yang best bagi aku lagi shell out sebab murah dan berpatutan harganya. Tapi time makan tu tak terdetik nak update entry so takdelah gambar. Huhu.

Kalau korang tengah tak tahu nak makan apa bila lapar malam-malam boleh lah try pergi dekat Ah Lai Medan Selera Keladi Kulim tu. Confirm balik membuyong kekenyangan! Hahaha.

Follow

1 comment

  1. bestnya ada dimsum dekat kedai makan. So far, dekat subang ni takde lagi yang offer dimsum

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.