Selamat Menyambut Puasa

Friday, May 18, 2018


Alhamdulillah, berpeluang lagi sekali kita bertemu Ramadan, bulan yang ditunggu-tunggu semua umat Islam. Semoga belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger & pembaca semuanya.

Semoga kali ini kita diberi kekuatan hati dan jiwa untuk melaksanakan puasa yang berkualiti. Puasa dari makan minum, dan puasa dari dosa-dosa lain.

Janganlah dikeji mereka yang mula berubah ketika Ramadan dengan kata-kata perlian atau nista... Jauhilah sifat "ana khairun minhu - saya lebih baik dari dia", sesungguhnya orang yang ada dalam hatinya sifat sombong dibenci oleh Allah.

Ramadhan ni memang jadual kerja agak pack juga sebab nak cari duit kahwin kan, ya Allah bahang terasa betul la nak korek duit sana sini. Doakan urusanku dipermudahkan ya.

Terima kasih juga kak Linda & Husni yang menempah edit blog untuk minggu ini, insyaAllah aku akan usahakan curi masa dan buat yang terbaik untuk urusan design blog.

Kepada yang berminat untuk mengguna servis blog atau review boleh hubungi email blogmayyjie@gmail.com. Nak sponsor review apa-apa untuk kenduri pun diterima, ihiks.

Okaylah nak tidur dulu. Jangan lupa bangun sahur ya gaiz! Loves!

Follow

8 comments

  1. Selamat berpuasa awak :)

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa Mai 😎😎😎

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kareem..")

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat lagi menyambut Ramadan kali ini.
    Selamat berpuasa ya ! 😀

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa jugak mai! Betul, jangan dikeji yang berubah sebab bulan mulia ni tapi encourage diorang supaya istiqamah

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa.. semoga urusan kahwin dipermudahkan :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.