Bila Hilang Idea Nak Menulis Blog...

Sunday, May 20, 2018

Bila Hilang Idea Nak Menulis Blog...

Bila Hilang Idea Nak Menulis Blog...

Kadang-kadang rasa frust bila buka blog tapi tak tahu nak update apa. Tulis-tulis, padam balik & repeat dengan beberapa idea yang separuh jalan. Pernah rasa tak macam ni? 

Selalunya kalau jadi macam ni, aku akan cuba untuk tak anggap diri seorang penulis blog yang gagal. Biasalah tu kadang-kadang rutin hidup yang terlalu sama setiap hari buatkan idea kita terhad sebab tak lalui benda-benda baru setiap hari.

Jadi bila hilang idea nak menulis blog, jangan giveup terlalu awal. Kita boleh cari balik spark semangat kita nak mengarang entry di blog dengan banyak cara lagi. Antara cara yang effective bagi aku adalah :

1 - MEMBACA SETIAP HARI

Tun Dr.M pun cakap masyarakat sekarang ni dah tak minat membaca. Betul la tu, sikit je aku tengok yang masih gilakan buku. Aku sendiri malu dengan diri sebab hobi membaca aku suatu masa dulu pun dah mula terhakis bila gadget take over kebanyakan masa terluang aku.

Dah tu kalau dah malas membaca, jangan duk bising la takda inspirasi nak datang. Lepas tu keburukan tak membaca ni, otak pun boleh jadi beku sebab jarang guna. Asyik tengok tv je, imaginasi pun terbatas. Kalau nak jadi penulis berjaya ni imaginasi kena liar sikit.

2 - MENULIS SETIAP HARI

Ya walaupun idea tak ada, jangan berhenti menulis. Macam aku tengah buat sekarang ni lah, hehe. Kalau tak tulis dalam blog pun, boleh ambil pen dan kertas dan mula menulis apa saja random thoughts yang terlintas. Mana tau point dari situ boleh diulas lebih dalam sebagai entry dalam blog, haa kan.

Tak mampu hasilkan entry blog yang panjang, boleh start dengan caption di Instagram & Facebook, dari sekeping gambar yang kita post, elaborate dengan terperinci & menarik. Tulis dan tulis setiap hari, lepas tu inspirasi dan idea kita pun berkembanglah dengan cara macam ni.

Setuju tak?

Apa yang korang buat bila hilang idea nak menulis blog?

Follow

22 comments

  1. hahaha sama lah kita dah hilang dah minat membaca tu. Selalu lepak dekat Twitter je mesti dapat idea nak menulis tapi nak update blog pulak malas :P

    ReplyDelete
  2. Blogwalking 😏😏😏 oh lepas tu baca buku-buku yang mana rasa macam dah lama tak baca, so baca balik.

    ReplyDelete
  3. Lepas baca ni rasa bermotivasi sikit. Biasanya kalau tak ada idea, terus tidur. 😂

    ReplyDelete
  4. Kalau mcm cikla, kalau blur sgt xtau nk update apa, cikla pergi dapur tgk ada x item menarik yg cikla guna yg boleh di share.. Haha.. Ok ke idok

    ReplyDelete
  5. kalau takde idea nak menulis, kc kebiasaannya pergi baca buku/novel & blogwalking. sebenarnya jarang takde idea, cuma malas je nak menulis hahaha.

    ReplyDelete
  6. yes memang selalu takda idea bila nak menulis. Kalau dulu biasanya saya scroll FB atau social media lain untuk cari idea nak buat blogpost. tapi sekarang ni macam tak sempat sikit. itulah antara kekangan iaitu masa

    | blog aimanabdullah |

    ReplyDelete
  7. Saya kalau takde idea nak tulis blog (which often happen), saya akan browse segala gambar dalam hard disk saya dan cuba ingat kembali segala benda yang berkaitan dengan gambar tu. Then, I'll try to write what I remember from the picture.

    ReplyDelete
  8. I'll read if I don't have any idea to wrote but months has passed and I still haven(t write anything lol

    ReplyDelete
  9. yup selalu xde idea especially bila da lama x menulis..

    ReplyDelete
  10. heheh kdg2 bukqn xde idea..kdg2 akk.malas nak.on laptop..huhu....tp betul tu semua tips yg mai bagi...thank tou dear..yup membaca tu paling utama

    ReplyDelete
  11. mcm mama laa sekarang masukkan resepi aje

    ReplyDelete
  12. akk selalu xde idea mai...jenjalan la g blog kwn2 yg lain..tak pun feeling2 sambil dengar lagu..hehe

    ReplyDelete
  13. masa + gajet + internet + idea = penting untuk buat entry.. hehe

    ReplyDelete
  14. kalau hilang idea, pakai x menulis la.. hehehe

    ReplyDelete
  15. Akak pun sama Mai, kadang-kadang idea dah ada, info pun banyak yang nak dikongsi tapi Cik malas datang singgah dan lepak begitu lama, hingga nak pandang laptop sebelah mata pun taknak.. hihihi

    ReplyDelete
  16. Yup..ada juga buat cara camni. Tapi yang banyaknya tak buat apa-apa la. Just g baca blog orang hehe

    ReplyDelete
  17. Rabia biasanya blogwalking blog orang lain,baca buku..Dari situ jugak idea datang.

    ReplyDelete
  18. Betul tu kena latih diri untuk membaca dan menulis setiap hari.. Lama2 okay lah tu kan.. Baru idea datang.. 😍

    ReplyDelete
  19. Aku pulak masalah lain sikit, idea ada banyak tapi mood nak blogging tak sampai lagi.

    ReplyDelete
  20. saya boleh menulis setiap hari

    cuma pembaca sahaja yang tak sanggup baca setiap hari..

    biasalah penulisan bukannya mantap sangat seperti blog ini...

    bersabar dan terus menulis

    ReplyDelete
  21. dah lama sebenarnya hilang idea nak blogging. entahlah maybe sebab banyak fikir pasal study tu yang takde masa untuk blog haha

    Erin Azmir

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.