Prosedur Kahwin Negeri Kedah

Sunday, June 3, 2018

Prosedur  Kahwin Negeri Kedah


Prosedur kahwin negeri kedah

Hi, hi assalamualaikum semua. Wahh semakin menghampiri raya, semakin berdebar rasa hati ini mengenangkan diri dah nak menamatkan zaman solo. Rupanya nak kahwin ni tak senang juga sebab macam-macam prosedur kahwin nak kena tempuh tau. Tapi alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan sampailah di step yang terakhir sebelum akad nikah bermula...iaitu..step untuk hantar borang kebenaran kahwin di Pejabat Agama Kulim.

Walaupun berasal dari negeri yang sama, tetapi pasangan aku (BangMan) bekerja di luar negeri Kedah, nampaknya tetap semua prosedur untuk kahwin ni kami terpaksa buat secara berasingan lah. Jom kita refresh balik apa yang prosedur Kahwin Negeri Kedah dah aku dan BangMan dah buat sebelum ini.


Prosedur Dapatkan Kebenaran Nikah di Kedah


01 | Menghadiri kursus kahwin 

Tunang aku mengikuti kursus di kem tenteranya, manakala aku pula menghadiri kursus kahwin di kawasan aku sendiri. Personally, aku menyokong 100% kursus kahwin ni diwajibkan pada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga sebab bagi aku ilmu yang kita boleh dapat sepanjang kursus tu priceless! Bukan untuk kepentingan orang lain, untuk keharmonian rumahtangga kita sendiri juga.


02 | Membuat permohonan online melalui laman web SPPIM

Untuk permohonan online ni, tunang aku yang buat. Masuk dalam laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia atau dikenali sebagai SPPIM dan buatlah permohonan baru. Isi detail pengantin perempuan, pengantin lelaki dan wali. Kemudian boleh la print sebab nak ambil page yang perlu bawa ke klinik atau hospital untuk urusan seterusnya pula iaitu Ujian HIV.


03 | Membuat Ujian HIV

Antara hikmah ujian HIV adalah mengelakkan penganiayaan kepada pasangan jika salah seorang pembawa virus ini. Tambah kesian lagi kalau virus ni pula diwariskan kepada bayi yang lahir-lahir terus jangkit, memang kesian kan. So kalau tak pernah buat seks bebas sebelum kahwin, atau gaya hidup yang tak terdedah kepada risiko terjangkit HIV ni, janganlah takut nak buat test ni. Tak sakit pun.


04 | Pihak Lelaki Selesaikan Borang Kebenaran Kahwin di Tempat Tinggalnya

Oleh sebab tunang stay di Negeri Sembilan, jadi dia perlu selesaikan borang kebenaran nikah di dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan dan dengan Pihak Tentera dulu. Jadi time ni aku chillax dulu la makan eskrem sementara tunggu dia selesaikan urusannya. Yang penting bekalkan dia apa yang diperlukan supaya urusan dia smooth gituee, antaranya Sijil Kursus Nikah Perempuan, IC Perempuan & IC wali, dan juga borang ujian HIV yang negative tu.

Maklumat lengkap disini ↠ Prosedur Berkahwin dengan Tentera

05 | Hantar Borang Benar Nikah Pihak Perempuan di Pejabat Agama Kulim

Ok lepas tunang dah berjaya lulus kebenaran nikah dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan dan dapat Kebenaran Kahwin dari Tentera, dia akan serahkan borang-borang tersebut kat kita. Pastikan kita ada yang ori ye, jangan yang photostat saja. Ikut checklist yang disediakan dari laman web SPPIM tu, check semua ada, boleh bawak ke Pejabat Agama daerah masing-masing.

Walaupun dalam borang tu cakap kena hantar kat Pejabat Agama datang bersama wali kan, tapi abah aku kerja dan tak dapat datang. Alhamdulillah diorang faham saja, tapi aku maklumkan lah pesanan abah aku yang abah nak akad sendiri, tak pakai wakil. Lagi senang kerja tok imam kan. Tok imam tempat aku pun baik sporting je, hehe.

Kemudian aku perlu sign satu borang sumpah yang aku adalah anak dara (of course bukan bini orang). Alhamdulillah masa tu Tok Imam Masjid yang aku nak akad nikah tu ada kat office beliau, jadi smooth la urusan aku hari tu. Berkat Ramadhan, alhamdulillah. 

"Nak akad nikah bila ni?" Tok Imam tanya.

"Raya ketiga.."

"Haish raya ketiga orang cuti, tutup semua.."

Gulp....

"Pukul 10 raya ketiga ok."

Hahahaha pandai tok Imam gurau, sikit lagi gue nak pingsannnn disitu, sabo je ler. Haha.

Okay semua borang dah dapat copp lulus, bayaran perlu dibuat di kaunter. Ya Allah aku punyalah prepare sampai RM50, rupanya RM10 sahaja untuk urusan ni.

Aku pun ambil number Tok Imam untuk remind beliau beberapa hari before majlis. Dan boleh balik dengan senyuman sampai ke telinga dan rasa hati yang bercampur aduk antara gembira, gemuruh dan tak percaya yang tak lama lagi aku akan bergelar isteri kepada teman baikku sendiri.

Semoga aku dapat hakis perangai rock and roll aku tu dengan suami sendiri, Wish me luck! 

P/s: Buat blogger dan sahabat di kawasan Kulim pada raya ketiga nanti, say "Haluuu orang Kulim" kat komen tau , nanti aku PM kad kenduri supaya korang dapat datang memeriahkan majlis. Loves!

Follow

18 comments

  1. Replies
    1. Detik demi detik....(nyanyi lagu jap hilangkan gemuruh hati, haha)

      Delete
  2. in shaa Allah. someday it'll be my turn. ehh hehe opps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...tak lama lagi ada la tu rezeki awak pula, hehe.

      Delete
  3. tahniah Mai ... semoga urusan perkahwinan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, thank you kak Pip syg!

      Delete
  4. Tentera rupanya tunang Mai ni.

    ReplyDelete
  5. tudia orang kedahh... moga berbahagia la na.. kedah kat mn. ad sit kosong jemput la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nohh. ehehe. Orang Kedah ka... Mai laaa raya ketiga ni kat dewan bandaran kulim.

      Delete
  6. wah3 bakal pengantin juge. tahniah awk! kite pun sama nervous ni, counting days juga. hihi semoga dipermudahkan segala urusan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh samalah kita ni.. Tahniah juga. Selamat menghitung hari. Jgn neves2 *cewah padahal sendiri neves.

      Delete
  7. Hai bakal pengantin..banyak jugak benda nak kena handle apa apa pun semoga semua dipermudahkan hikhik. Jauh la Mai, tak boleh datang Hurmm

    Eh nanti buat la post 'Hai pengantin baru di sini' hahaha

    Books That Makes Me Happy

    ReplyDelete
  8. Xlama dahhh kann..
    Jngan nebes2 yer dik.hee

    ReplyDelete
  9. Wah. Mai darah manis sesgt ni :-)
    Good luck utk preparations ye.

    ReplyDelete
  10. Tahniah. my adik pun kahwin raya ketiga.

    ReplyDelete
  11. Ohhhhhhh... Tahniah Adik Noor Maizan.. Selamat menempuh alam baru noh.. Kulim ek... dekat la dengan akak tu... Sekarang ni semua serba mudah. Di hujung jari je.. Tak perlu penat ke sana sini nak settle hal perkahwinan. Isshhh.. Time Kak Yun 23 tahun dulu, rasa susah nau-nau... Dah la handphone takde, internet pun takde.. Jadi kena naik turun pejabat sampai letih.. Lepas kawen, malam tu terus demam.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Wowowo... selamat pengantin baru buat adik Noor Maizan ye... Selamat menempuh alam baru. Zaman sekarang mudahkan... Semua dihujung jari. Time Kak Yun dulu (23 tahun yang lalu) dah la handphone takde, internet pun takde.. Memang naik turun pejabat mengisi borang bagai sampai penat. Lepas kawen langsung demam.. hehe

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.