Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?

Sunday, June 3, 2018

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog? | Hi semua. Ok nak confess sikit, sebenarnya dulu takut nak tukar domain sebab risau iklan Adsense hilang tak lepas tukar domain ni, haha paranoid uols. Jadi sebenarnya, betul ke Adsense hilang kalau kita tukar domain ni kawan-kawan? 

Jawapannya adalah... Adsense tak hilang kalau kita tukar domain, kita masih boleh pakai account Adsense tu, dan tabungan kita dalam tu pun selamat. Jangan risau. Cuma ada beberapa step yang perlu kita buat lah untuk dapatkan semula account Adsense kita.

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?
Jangan terkejut kalau lepas tukar domain tiba-tiba iklan Adsense dalam blog tak muncul. Ini adalah kerana account Adsense kita yang selama ini adalah jenis 'HOSTED ACCOUNT'. Kekurangan 'HOSTED ACCOUNT' ini adalah kita hanya boleh pasang iklan Adsense kita dalam satu blog (blogspot) kita sahaja, Limited. Tak boleh pasang tempat selain blogspot kita. Itulah sebabnya bila blogspot dah jadi dotcom tiba-tiba iklan Adsense tu tak muncul lagi.

Jadi untuk membolehkan kita guna account Adsense kita dekat blog berdomain baru ni, kita perlu tukarkan status 'HOSTED ACCOUNT' kita kepada 'NON-HOSTED ACCOUNT'. Bila dah Non-Hosted ni, dah tak terikat dengan blogspot lama dah, nak pasang dekat youtube pun boleh (tapi jangan tanya cara sebab tak tahuuuu, kehkehkeh).

Cara Tukar Hosted Account Adsense kepada Non-Hosted Account

01) Semak status account Adsense

Log in account Adsense, klik pada gambar profile kita di bahagian atas sebelah kanan. Disitu akan ada status account Adsense kita, kalau hosted ada tulis disitu. 

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?


02) Register domain baru

Klik 'My Ads' > Other Product > Masukkan Url Domain Baru 

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?
Source :www.dannimedia.com

03) Copy code kedalam coding blog

Ok kemudian akan naik satu code dari Adsense. Copy code tersebut, dan paste dibawah code <HEAD> dalam template blog kita. Jangan lupa delete perkataan 'src' dalam code tu kalau tidak tak boleh save.

Lepas dah settle save dalam blog, masuk balik account Adsense kita, tick dalam kotak kecik dan click DONE.

Apa Perlu Buat Jika Adsense Hilang Bila Tukar Domain Blog?
Source : https://www.helpsinhindi.com/

Ok dah siap semua step ni, tunggulah email approval dari Adsense dalam dua tiga hari (atau lebih). Aku dulu dalam dua hari je iklan muncul balik dah.

Maaf tutorial ni terpaksa guna gambar dari sumber lain sebab masa buat kat account Adsense sendiri haritu lupa nak snap step by step, hehe.

Harap membantu korang yang memerlukan tutorial ini.

Follow

10 comments

  1. Nice sharing Mai, dapat ilmu baru hari nie, walaupun akak takde adsense lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti akak akan merasa juga..Akak dah apply ke belum?

      Delete
  2. Thank you for sharing this. Ingat nak beli domain sendiri in the next few months tapi takut Adsense tak muncul pula. Itu yang sampai sekarang asyik fikir je, belinya tidak lagi. This comes at the right time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. sebab utama lambat tukar domain sebab takut hilang tabung Adsense laa.

      Delete
  3. saya tak jumpa la acc hosted atau non hosted yang belah kanan tu. tak keluar pun. macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde tu memang dah non-hosted la tu Aiman...Awak apply bukan melalui dashboard blog ke?

      Delete
    2. oh dah non hosted ke. ok2. saya apply melalui adsense. sangsi sebab sejak tukar domain hari tu slow plak naik clicknya. mungkin baru lagi kot.

      Delete
  4. Replies
    1. Alaa nape tak apply wak... jom la menabung sama2, sikit2 lama-lama jadi bukit, hihi.

      Delete
  5. Bookmarks entri ni. sebab nanti teringin jugak nk tukar domain..
    tp nk tgu lps first cash dlu..
    lmbt sgt membiak adsense akk.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© Noor Maizan. Design by FCD.