Makanan Paling Banyak Dipesan di Malaysia Semasa PKP

Makanan Paling Banyak Dipesan di Malaysia Semasa PKP | Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni, walaupun kita duduk di rumah sahaja, tapi sebenarnya rutin harian kita yang bertukar tu banyak membuatkan kita semakin sibuk dan cepat letih.

Tak kiralah kita sebagai ibu bekerja atau tidak, ataupun belum jadi ibu, haha, memang tak menang tangan nak uruskan hal rumah, hal suami, hal anak-anak, hal kucing, dengan komitmen kerja hakiki, boss ajak meeting, client nak kena attend, group discussion, tanda buku murid, buat kelas online, kelas online anak. Fuhh list yang tidak berkesudahan. 

Tapi, disebalik ujian ni, banyak antara kita semakin mahir IT. Rezeki pengusaha kedai makan semakin kencang terutama jika menyediakan servis penghantaran, rezeki abang-abang rider kita semakin melimpah order. Alhamdulillah. Aku juga terselit antara manusia-manusia yang rajin memesan makanan dekat Malaysia ni, hehe. Maklumlah hidup berdua, tak berbaloi nak masak setiap hari.

Makanan Paling Banyak Dipesan di Malaysia Semasa PKP


So jom kita tengok apa makanan paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP ni? 



ROTI CANAI?!

Ye jangan terkejut tauuu, carta pertama dalam makanan paling banyak dipesan di Malaysia ni roti canai. Fakta ni diberitahu sendiri oleh FoodPanda Malaysia managing director, Sayantan Das, dalam temubual dengan The Star Online. Haa tapi tak hairanlah siapa tak suka roti canai kan, semua bangsa, tak kira Melayu, Cina, India, we all love our roti canai, roti telur, roti sardin dan adik beradik roti mamak, haha. 

NASI GORENG 

Nasi goreng pun orang Malaysia suka order tauu. Mana tidaknya, masakan ni paling simple dan cepat nak disiapkan. Banyak pilihan pula tu, boleh makan sarapan nasi goreng kampung, lunch nasi goreng paprik, malam nasi goreng USA. Lengkap pakej. Hahaha. 



NASI AYAM PENYET

Jika nasi ayam penyet masuk carta makanan paling banyak diorder, pasti akulah salah satu penyumbang itu.. haha. This is my favorite food! Nasi putih panas, ayam goreng garing, dengan sambal yang menyengat, dilengkapi dengan tauhu, tempe goreng. Fuhhh, perfect guilty pleasure.



SATAY

Kadang-kadang takda selera nak makan nasi atau berat-berat kan, terus je order satay. Yang penting kenyang dan sedap. Satay tulang, satay daging, satay ayam, sebut je nak satay apa. Orderkan je senang tak payah tunggu nak perap-perap bagai.



NASI AYAM

Nasi ayam, simple and perfect untuk hilangkan lapar kita masa lunch. Jadi tak hairanlah nasi ayam antara makanan yang paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP. Selain menepati selera semua peringkat umur orang kita, harganya juga murah. Aku paling suka nasi ayam hainan, suami pula suka nasi ayam bakar, jadi kita order je, dua-dua dapat makan kegemaran masing-masing, settle, haha. 


Cuaca yang panas kat rumah kadang-kadang buat kita craving bukan-bukan kan...Itu yang kadang-kadang kita order sesuatu just utk refreshment dan basahkan tekak je kan. 

Jadi tak hairanlah tiba-tiba tau fu fah pun masuk dalam list makanan yang paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP.

Tau Fu Fah

Tau fu fah memang sedap dimakan sejuk atau panas. Soft tofu dimakan dengan air gula merah, sedapnyaaaa, memang menyegarkan. Jangan risau takkan tertumpah walaupun pesanan dihantar guna motorsikal sebab abang-kakak rider kita kan bawa dalam box mereka tu...



Ada tak antara makanan yang paling banyak dipesan di Malaysia semasa PKP ni memang dalam list wajib order korang? Mesti ada kannn... For me, nasi ayam penyet, nasi ayam, dan satay tu memang betul sangat...tekan-tekan terus boleh order food.

Order kat mana? Tak perlu susah-susah cari runner, terus je guna aplikasi FoodPanda, memang memudahkan sebab boleh pilih untuk bayar cash ataupun guna online je. Kita boleh pantau berapa minit dan pilih contactless delivery juga, so tak perlu jumpa abang rider tu pkun, so kalau kita under kuarantin di rumah, memang memudahkan dan selamat sangat. 

Best kan zaman sekarang ni, hihi. Walaupun busy, yang penting perut suami terjaga dan tak sempat lapar, haha.

Share la makanan favorite yang korang selalu order di FoodPanda, maybe aku boleh try next time :D



Follow

Post a Comment

8 Comments

  1. Sepanjang pkp ni foodpanda selalu menjadi pilihan...mcm² makanan dah penah order...sampai budak tu dah tahu dah rumah mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama,,, dah lama tak topup barang dapur, takut nak g pasar, haha.

      Delete
  2. tak pernah order foodpanda. kawasan saya diorang tak buat delivery padahal nak kata kampung pun tak sangat. nak makan kena keluar beli sendiri je lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya juga kampung takde tau..kat kg mai lagi havoc pilihan kedai dia berbanding kat PD bandar pelancongan ni. tak tau laaa nape... haha

      Delete
  3. foodpanda sekali pun rabia tak pernah order tau.heheh. order pun join group cod dalam fb je. itulah yg order nasi kerabu tu

    ReplyDelete
  4. tulah semua nampak sedap tp caj food panda ni alahai mahal sgt. contoh beli mcd, drive thru sendiri jimat dr tunggu runner. adudu

    harga dlm apps dan di kaunter pun tak sama

    ReplyDelete