Terliur tengok Sup Jolo Alif Syukri

Assalamualaikum :D

Dua tiga hari ni kan ternampak kemain si Alif Syukri asyik post dalam IG tentang Sup Jolo, produk terbaru diorang tu. Macam biasalah, aku ni bukannya tahan sangat godaan, species cepat terpengaruh iklan, hehe.

Cari juga agen Sup Jolo dalam IG sayangnya belum ada lagi, so aku beli dari Shopee saja. Harga RM16.90 untuk satu pek.




// Cara Masak Sup Jolo

Nak masak Sup Jolo ni teramatlah senang. Hanya perlukan air dan periuk je. Bahan-bahan dia semua dah disediakan. 




Segala rencah tu masukkan dulu dalam mangkuk. Bebola daging tu rebus mcm biasa. Then dalam 5 minit, masukkan dalam mangkuk dan gaul dengan rencah tu.

Lepastu taburlah yang kriuk-kriuk tu. Aku pun tak pasti apa yang keras tu, layan jelah, hehe. 

// Komen sikit...

First of all, bebola daging tu dipek dengan baik dalam plastik dan divacuum kan so dapat tahan lama sikit sepanjang postage tu. Nasiblah sehari je dah sampai, risau juga sebenarnya. Sampai je terus masak. Hehe. Sebab tak sabar.

Portion pula untuk RM16.90, dapat semangkuk je, hehehe. Tak cukuplah untuk aku dan husband sebenarnya, berebut, haha. Beli pun satu. Bagi rakyat marhain ni agak mahal juga sebenarnya.




Tapi...

Rasanya sedap. Bebola daging tu tak sama mcm bakso kat kedai, rasa mcm liat-liat sikit. Kuah dia sedap, perfect dengan segala taburan rangup tu. Cuma pastikan makan masa panas-panas lah, kalau masa dah sejuk, dah tak rasa sup, rasa macam ayaq cabai mungkin, haha...

Btw belilah kalau nak rasa tu...Untuk repeat balik? Maybe. Nanti rasa teringin maybe akan repeat balik. Hehe.

Ini hanya pendapat dari deria rasa aku je tau, kalau korang rasa sedap atau tak sedap tu tergantung citarasa masing-masing. 

Tata!




Follow

Post a Comment

5 Comments

  1. nampak menggoda juga ni hehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedap ni :)

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  3. menggoda betul.. tp kalau mkn sorang tak best, nanti tak habis

    ReplyDelete
  4. Pedas ke Mai...? Kalu pedas-pedas nie la yang tak tahan... huhu akak bukan penggemar pedas..

    ReplyDelete