Assalamualaikum.

Pernah dengar kata-kata nie? " PEREMPUAN YANG GARANG SEBELUM KAHWIN ADALAH WANITA YANG MANJA SELEPAS KAHWIN" .

Ok pertama kali aku dengar kata-kata nie,maaflah yea sesiapa terasa,aku rasa nak gelak guling-guling. Idea sapa lah nie nak memohong orang ramai. Oh pelisssss..... 

Aku rasa kesian dekat lelaki yang percaya sangat kata-kata ini. Meh nak bisik.. "Syhhhh korang ni berpotensi besar mengalami kes queen control lepas kahwin nanti" . Berpotensi besar okay.

Ape kebendanya korang ingat sifat garang nie senang-senang nak buang ke? Senang-senang nak sorok ke? Aku pun kategori perempuan garang , dan aku tak rasa benda nie betul , cuma bagi aku garang tu biarlah bertempatlah kan. 

Tengok kawan-kawan aku (lelaki) , belum kahwin tp awek dah suka maki hamun , bukan nak menyibuk hal orang, tapi kalau bergaduh kat tempat public tu *facebook*, sorry lah aku terbaca komen-komen sambil makan pop corn. Nak tanya nie.... Korang yakin ke garang style maki-maki hamun tu korang nak buat isteri? Apatah lagi mencarut ? Oh no komenlah kalau korang rasa yakin boleh membimbing mereka. Tapi bagi aku lah kan. Kalau boleh hal gadoh gadoh ni jangan kat umum la wey... Jaga maruah pasangan anda  :)

Dan sekali lagi aku nak gitau , aku pun kategori perempuan garang . Cuma aku garangnya bertempatlah. Aku sangat meluat perempuan nak garang-garang ni. Kadang-kadang ade jugak aku nampak perempuan sebaya aku nak garang-garang dengan aku. Memang menguji kesabaran la jugak. Tapi aku kata td aku kan garang bertempat, so aku biar jelah orang tu garang tak bertempat selagi tak terkena suis meletup aku, oh yeah aku cool (^__^)v

Perempuan tak payah nak garang-garang sangatlah. Cukuplah sekadar tegas untuk mempertahankan maruah diri, keluarga , dan agama. Tegas bermaruah. Garang tu mcm kurang sesuai la perempuan nak jegil-jegil mata , tinggi-tinggi suara...See ... Tak sesuai ya amat kan... Sebab tu aku cakap aku garang bertempat je. Garang aku cuma dengan adik-adik aku, sebab aku sayang dan mahu diorang jadi insan yang berguna.

Dan sebenarnya, lelaki ni besar egonya . Diorang tak suka dimarah tak tentu hala.Kalau nak garang-garang tu , janganlah depan orang ramai. Jaga maruah mereka kalau nak dihormati oleh mereka . Dengar tu kawan-kawan, kalau nak dihormati, kita pun kena hormat maruah orang....


Sooooo... Jadilah tegas bermaruah. Bukan garang tak tentu hala.
Dan lelaki............ lu fikir la sendiri :)

Sebarang bantahan, suarakan secara terpelajar di ruangan komen :) Sayang korang.