Entry ini ditulis sambil mendengar lagu Biar Sampai Ke Bintang untuk mendapatkan kesan lebih dramatik .

Assalamualaikum.

Sesungguhnya aku tak dapat nak memendamkan lagi perasaan yang aku sangat terkilan dengan pemikiran minda kelas ke-3 (amboi bahasa aku) sesetengah hamba Allah. Terkilan sangat terkilan , bila pendapat mereka-mereka bila dapat tahu kekasih hati aku seorang askar,tentera,army,soldier,dan seumpama dengannya . Sobs sobs .

Kawan 1 - Eh kau kawan ngan mat terap ? Abislah kau nanti depa tu bukan boleh percaya . Boya besar semua.

Kawan 2 - Bf u askar eh? Camne lah U bleh suka macam tu. Eh life diorang tu perempuan dengan arak takleh pisahkan tau.

dan yang paling aku terkilan bila someone...

Makcikjirandepanrumah :- Askar ka? Ni dalam wayang tangan duk merayap dak ni? Dia buat apa-apa dak? Depa ni tak hormat perempuan .

Ingin aku tegaskan disini :')

Firstly aku nak minta maaf , aku buat entry ni bukan sebab nak sebelahkan Akmal dari dimengata,konon bf aku terbaik. Bukan, bukan. Aku nak bukakan mata masyarakat sikit .

Askar ke bukan askar ke, mereka pun manusia . Yang punya hidup , punya Tuhan, punya Ibubapa yang perlu dijaga air muka, punya hidup semacam juga manusia lain.Kenapa orang suka sangat nak pandang serong dekat mereka mereka?

Sedihlah bila pemikiran stereotype manusia nie tak dikawal, sesuka hati memuntahkan kata-kata cercaan , padahal hidup kita sendiri ni pun takdelah sesempurna mana.

Bukan aku tulis entry ni nak menegakkan benang yang basah ke, nak masuk belah bf aku konon aku percaya beliau 100%.

Oh tidak sama sekali , tidak.

Tolonglah sesiapa yang berpikiran prejudis seperti ini, ubah tanggapan anda . Mungkin ada segelintir perangai buruk tapi kenapa nak salahkan semua. Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga . Tidak adil bukan :').

Tak kiralah pekerjaan apa sekalipun . Bergaji banyak mana sekalipun . Taraf kita sama disisi Allah , yang meningkat menurun cumalah iman kita. Ujian tetap datang dan pergi untuk menguji sekental mana perasaan dan kecintaan kita kepada Sang Pencipta.

Pergh dah rasa mcm ustazah pulak aku membebel. Tapi itulah point yang aku nak sampaikan. Pekerjaan mereka sebagai tentera tersangatlah boleh diklasifikasikan sebagai sangat mulia , sekurang-kurangnya mereka menyumbangkan sesuatu pada negara. Dan kita? Tepuk dada tanya kaki tangan badan kepala semua anggota badan tu sekali lah.

Dan sebagai pengalaman aku sendiri, dia sangat menghormati aku sebagai pasangan . Tapi aku belum kahwin , so aku takleh cakap lelebih , so aku selalu layan blog sorang akak nie , beliau isteri kepada seorang anggota tentera, aku usha blog beliau nak amik inspirasi, tips-tips dan beliau selalu kongsikan pengalaman , so apa salahnya aku nak cedok sikit pengalaman tu kan :)


Sekian saja potpet aku hari ni. Sebelum undur diri aku nak menyusun jari nak minta maaf ye andai sepanjang aku berblog or entry aku kali nie buat sesiapa terguris hati .

Sebarang bantahan , dijemput memberikan pandangan dengan cara terpelajar di ruangan komen .

Assalamualaikum :)