Friday, September 30, 2016

Cadangan untuk students berjimat tapi kenyang dan sihat!


Assalamualaikum, and hi. 

Hahaha, panjang bebenau tajuk tu haa. Aku faham sebagai students, kadang-kadang kita akan kesempitan wang, tambah-tambah kalau hujung-hujung sem, tambah lagi dengan banyak assignment yang kena prints atau beli barang-barang bantu belajar semua tu pakai banyak duit. Tips yang aku nak share ni tak sesuailah untuk anak ongkaye yang setiap hari lepak kopitiam or cafe hipstur semata nak bergambar tu. Hewhewhew.

Bila students nak berjimat ni, sinonim sangat dengan makan mi segera. Asal jimat je makan mi segera, asal makan mi segera je jimat, eh. Dah tu pulak ada yang sampai pengsan-pengsan tak makan, apa benda ni..Padahal banyak je resepi murah dan simple dari masakan kampung ke western...Kita nak belajar kena ada banyak tenaga tau, mana boleh lapar-lapar. Ok banyak pula berleter, baiklah kita mulakan.

1.Sausage spaghetti
Bahan-bahan:
Spaghetti                - RM4 kebawah (Boleh guna 3 kali)
Sos pasta/spaghetti - RM4 kebawah (Boleh guna 3 kali) - Boleh guna cap giant or Kimball
Sausage                   - RM2 (Boleh guna banyak kali ada 10 batang)
Gula sikit nak stabilizekan masam sos pasta tu.
Sos cili sikit kalau nak pedas.

Ni aku tambah ayam sikit, and tukar spaghetti dengan macaroni, asingkan kuah sebab bawak bekal ke fakulti kang kembang pulak,kekeke. 2.
Yang ni kakak rumah aku yang masakkan, gantikan spagetty dengan udon, dan sausage dengan daging burger. Resipi masih sama kos nya.

2. Sardin + Sayur + Nasi 
Sardin ni kalau hang nak beli Ayam Brand mampuih la RM8.00 wehh, hahaha. Nak yang brand mahal ni balik makan kat rumah, yang aku nak cadangkan ni korang cari la sardin yang murah-murah je. Sama je sedapnya. Aku cadangkan cap Marina ke Pertima ke.

Sayur plak aku selalu beli yang dah masak saja. Hehehe (bukan malas tapi busy).HAHAHA. Aku akan beli sayur kobis kedai mamak, RM 1, bahagi dua, boleh makan dua kali.

Dalam gambar kat bawah tu ada tambahan hati ayam masak ape entah, pun aku beli RM1 kat kedai mamak.



3. Sardin + Roti 
Roti gardenia atau masimo campur dengan sardin. Modify la sendiri nak makan macam sandwich ke, roti gulung ke, karipap ke. Kreatif sikit kawan-kawan. Kalau nak pedas tambah sikit cabai melaka (cili api). Boleh bawa sebagai bekal ke fakulti juga. Jimat. Kalau hari-hari beli kat fakulti FSG tu siap ada GST tau, boleh pokai cepat.

4.Telur
Telur ni penting sangat untuk students. Macam-macam boleh buat dengan telur. Favorite aku:
a) Murtabak maggie
b) Nasi + telur + kicap
c) Nasi goreng
d) Telur masam manis

Resipi telur masam manis aku:
1. Tumiskan bawang dan cili api dengan minyak sikit, lepas dah wangi masukkan sos tomato (sebab aku takde aku pakai sos spaghetti je,kehkeh) dengan gula, kacau kacau sampai rasa mcm dah best tu.
2. Masukkan telur yang korang dah siap goreng dadar atau mata ikut feveret korang la.
3. Hidangkan dan makan dengan nasik panas. nyumm.

5. Bubur
Yang ni aku panggil moi. Moi panas ni aku selalu makan dengan roomate aku Cik Wanieyz waktu kitorang susah dulu. HAHAHA, Wanieyz nanti kita dah mampu makan kat hotel 7 bintang jangan lupa memori kita ni weh. Wanieyz selalu masakkan aku bubur ayam. Walaupun kalau takde ayam. Kami masukkan kiub ayam je. Kalau ada bilis masukkan bilis. Asalkan ada. Hahah. Kalau takde apa-apa kami masukkan garam gula je. Makan pula panas-panas dengan sambal kicap.

Cara kami buat sambal kicap? Letak kicap dengan potong cabai je. Takda blender tapi sama je pedasnya. Kehkehkeh.


Baiklah aku berhenti sampai disini ya, Kalau nak lagi list makanan jimat yang lain boleh baca blog FitriHadi. Selamat berjaya ya kalian.

All the best! 

Thursday, September 29, 2016

Tutorial

Tutorial
SENARAI TUTORIAL DARI BLOG MAI


 Boleh copypaste jangan risau saya tak kedekut, tapi bagilah kredit tau. Semoga Allah meredhoi setiap tingkah laku kita.


  1. Tutorial - Cursor bertukar bila sentuh link
  2. Tutorial - Disable Right Click
  3. Tutorial - Bukak link kat tab baru
  4. Tutorial - Letak Widget Follower 
  5. Tutorial - Letak page number instead of home-previous-next 
  6. Tutorial - Tayang Entry Lama lama 
  7. Tutorial - Sembunyikan FB fan page kat blog 
  8. Tutorial - Letak button follow twitter kat blog
  9. Tutorial - Meringankan blog 
  10. Tutorial - Letak button reply pada blog 
  11. Tutorial - Letak icon comel pada chatbox 
  12. Tutorial - Tukar warna highlight 
  13. Tutorial - Letak Lagu AutoPlay / Non Auto Play Dalam Entri
*Maaf kalau ada tutorial dah tak menjadi, tapi boleh tanya Mai kalau nakkan kepastian atau pening sebab ayat Mai yang tunggang langgang. Hahaha maklumlah sesetengahnya entry lama, masa tu masih jiwa remmmmpittt.

Segala jenis Tips di blog Mai


Tips-tips ini akan diupdate dari semasa ke semasa. 

Cari tips yang anda mahu disini.

Dibenarkan copypaste tapi WAJIB kredit ke sini.

Semoga ilmu yang disebarkan menjadi bekalan ke akhirat.

TIPS STUDY 
6. Coming soon...

TIPS FYP
3. Tips Menghadapi FYP Part 3 : Jalankan Projek
7. Coming soon,,,
(Boleh whatsapp ke 0_1_3_2_0_8_0_3_6_6 untuk tanyakan soalan pasal fyp nanti saya jawab dalam entry)

TIPS KERJA

TIPS HARIAN

TIPS BLOGGING
5. Coming soon...

TIPS CINTA 





Tips | Menghadapi FYP : Part 2 (Edisi Camne Nak Cari Journal eh)

Assalamualaikum and Hello. (Khas untuk students Uitm)



Hi, so today aku nak share macam mana nak cari journal online, especially scientific journal. Masa duk buat FYP memang kita sangat perlukan berjuta-juta journal (hiperbola), sebab semakin banyak journal ada nak support kerja kita, semakin cerah peluang kita nak berjaya fyp. Hypothesis accepted, hahaha. 

Sebabnya, masa kita duk run project tu, kalau satu journal je kita duk fokus nak tiru method dia, belum tentu akan menjadi dan dapat result terus. Kalau dapat tu alhamdulillah korang ni antara 1/350 orang yang bertuah la. Tapi kalau tak dapat camne? Kena cari journal lain yang berkaitan la kan...Ayoyoo. Susahnya. Tapi sekarang ni dihujung jari je teknology ni. Jangan mudah putus asa dan malas-malas okay. 

Cara 1: Google scholar


1. Google Scholar

Cara ni paling mudah sekali untuk cari journal online. Bukak google scholar dan terus type katakunci journal yang korang cari. Contoh korang nak cari berkaitan "endogenous retrovirus" and click je enter, so semua journal dalam database diorang pasal endogenous retrovirus akan terpampang untuk korang godek dan baca.

Sciencedirect

2. Sciencedirect

Yang ni untung nasib baik korang boleh download dengan free. Kalau kotak tepi tu kaler oren macam contoh ni baru boleh download pdf tu. >SCIENCEDIRECT<

Tapi jangan risau kalau takde duit nak beli journal yang lain. Sebab UiTM dah belikan banyak journal untuk kita tau...Banyak sangat budget UiTM dah keluarkan nak beli journal ni entah berapa juta RM la kan, so apa salahnya kita hargai dengan guna sebaik mungkin. Macam mana nak download yang UiTM dah bayarkan tu? Baca no.3.

UiTM EzAccess


3. UiTM Library Database


Database ni juga dikenali sebagai UiTMEZAccess, aku sebenarnya nak ajar cara guna dalam ni macam mana tapi disebabkan aku tak tak boleh masuk sebab dah officially bukan students lagi, sobs sobs (sedihnya macam kena buang family pulak) jadi aku tak dapatlah ajar korang... Huhu. Sila godek godek sendiri okay, senangnya, korangkan terer. 

Kalau nak tahu macam mana nak masuk ke EzAccess dari UiTM Library, Macam ni:

Klik pada :DATABASE SUBSCRIBED BY UiTM dalam yang aku bulat merah tu
4. UiTM Journal

Rujuk gambar diatas. 4 baris kebawah dari database subscribed by UiTM tu korang akan nampak link UiTM Journal. Yang ni aku tak pernah pakai, hahaha, maybe kalau korang nak cari bahan bacaan tambahan atau ada masa lebih bolehla explore sendiri kan. Ni macam koleksi journal keluaran UiTM la.




So aku haraplah membantu korang untuk cari journal dengan mudah. All the best ye semua. 

entry ini adalah sambungan kepada Tips Menghadapi FYP : Part 1.
Klik SINI untuk Tips Sediakan Proposal FYP.

Wednesday, September 28, 2016

Bihun Sup Paling Best kat Kulim - Sup Power

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Dah lama nak buat entry ni tapi setiap kali pergi makan kat restoran tu lupa nak ambil gambar pulak, maklumlah asyik fikir nak makan je. Hahaha. Jadi kali ni aku nak share pasal bihun sup paling best kat Kulim. Best dari segi apa? Bihun sup sedap, murah, dan banyak. So nak apa lagi? Untung selera (sedap), untung poket (murah), untung perut (banyak). 

Tak kiralah mee sup ke, koey tiaw sup ke, bihun sup ke, moi sup ke, sedap ke tak sedap bergantung kat kuah sup tu. Kan? Aku ni pulak cerewet sikit kalau pasal sup, kalau tak kena selera memang aku makan tak habislah nanti. Tapi Sup Power ni aku bagi rating 9/10 menepati citarasa tekak aku ni. Memang power. Kadang-kadang aku rasa macam addicted pula, hahaha. 

Sup ni juga makanan paling simple dan berguna tetambah waktu sakit dan poket kering. Walaupun demam pening kepala semua, siapa boleh tolak sup yang panas berasap lagi sedap kan. Sakit gigi ke baru pakai braces ke, pun cari sup. Siapa lagi cari sup? Students masa duit PT dah kering ler, apa lagi. Hahaha, masa ni barulah menghargai sup, makan bubur je. Eh aku lah tu,siapa lagi, hahaha. So apa lagi student Politeknik Kulim, Unikl, kolej jururawat, matriks kulim semua, jangan lupa masukkan dalam list restoran patut pergi hangpa semua naa. Hahah.


Alamak, banner kedai pula tak nampak jelas. Orang Kulim kalau tak pernah rasa lagi aku recommend sangat untuk pergi try. Lokasi Sup Power Kulim:

Berhampiran Balai Polis, Belakang Nasi Kandar Pelita, atau femes dengan nama nasik kandar KK, tepi sungai kecil dan juga hospital lama kulim. Kalau hangpa mai dari library atau Taman Kenari, restoran ni akan berada di sebelah kiri, kalau mai dari Pekan atau balai polis, restoran ni belah kanan. 
Faham dak? Hahaha, aku ni failed sikit kalau bab bagi direction. Tapi jaga GPS pandai la, gila tak pandai, nak survive hidup masa kat  KL and Selangor dulu kena terer GPS tau, eh melalut dah.

Murah ka? Murah sangat tau. Dulu aku pernah makan bihun sup kat lori masa kat Shah Alam, aku order daging and perut harga RM7.00. fuh berpeluh nak bayar (jimat bukan kedekut). So, bila aku pi Sup Power ni dengan adik aku first time haritu, adik aku order la bihun sup CAMPUR, CAMPUR aku ulang. Dalam tu siap ada daging, perut, dan paru. Berpeluh la aku tengok entah berapa ringgit la tu. Dah la kuantiti makanan tu sendiri banyak. Rupanyaaaa, murah betul, sesuai untuk students. Tak payah berlagak la nak makan kopitiam. cafe hipster  bagai tu wehhh. Hahaha.
  • Mee/koey tiaw/bihun Sup daging    -RM4.00
  • Mee/koey tiaw/bihun Sup campur  -RM4.50
  • Moi sup campur                                -RM4.00
  • Kalau sup ayam aku tak pasti sebab tak pernah order.
  • Makanan goreng-goreng pun ada
  • Nasi bujang pun,yeay.


Mangkuk oren tu bihun sup, dan yang putih tu moi sup aku. Bagi yang tak paham duk garuk kepala dari tadi tu, MOI SUP tu maksudnya bubur la. Hehehe.

Pendek kata, Sup Power ni memang terbaik la. So apa lagi orang Kulim, pi serbu lekaih. Tutup hari Sabtu naa. 

p/s: Ini review ikhlas.

Tuesday, September 27, 2016

Tips | Hilangkan fobia terhadap kucing

Assalamualaikum


Alhamdulillah, kalau korang seorang yang fobia atau penakut atau penggeli dengan kucing tetapi korang berusaha juga untuk cari cara nak hilangkan fobia terhadap kucing tu. Don't give up okay. Kenapa aku nak share pasal ni? Sebab aku dulu pun penakut dengan kucing dan aku berjaya atasinya, yeay! Tapi tips aku ni tak tahulah berkesan ke tak untuk yang benci kucing, kalau benci kucing ni aku sarankan pergi ambil wudhu tu mudah-mudahan karat dalam hati tu luntur sikit, kehkehkeh. Yelah, gila tak karat, makhluk comel macam ni pun nak benci, tak faham aku.


Bagi penakut kucing macam aku DULU mesti pernah rasa macam situasi macam ni:

1. Takut nak masuk rumah kawan yang bela kucing 
2. Makan kat restoran angkat kaki atas kerusi, kalau kucing dekat akan menjerit minta tolong.
3. Sanggup lalu jalan lain kalau ada kucing kat jalan tu.
4. Tak kusyuk sembahyang kalau tiba-tiba ada kucing datang dekat.
5. Korang sambung list sendiri....

Sebenarnya malu kan bila jadi macam tu, tambah-tambah dekat restoran.. Bukan kita nak jerit tapi kita takut sangat sampai tak terkontrol pula. Kadang-kadang aku tanya diri sendiri, sampai bila aku nak takut dengan kucing. Aku dengar banyak cerita kucing ni mampu jadi pendengar yang baik bila manusia dalam kesedihan. Dan aku sendiri nak sangat perasaan bela kucing tu, tapi aku takut!

So apa yang aku buat?

1. Reset balik mindset yang kucing ni tak makan orang
You have two choices, control your mind, or to let your mind control you. Aku pernah lalui dan aku faham orang yang takut kucing ni sebab dia selalu overthinking, Kan? Baik ngaku, kehkehkeh. Dia fikir nanti kucing tu gigit la, kucing cakar la, kucing bunuh dia. Hahaha. Pernah ke dengar kucing bunuh orang? Kucing besar kot (harimau), tu pun kalau korang tak cari pasal dia tak ngappp la. Tak kucing tak gigit, in fact, walaupun selepas aku dah berjinak-jinak baik dengan kucing ni, aku tak pernah kena gigit langsung tau. Tapi adik-adik aku yang selalu gomol kucing ada cerita yang tak sakit pun kalau dia gigit manja. Rasa lidah dia kasar-kasar ja. 

2. Feed the homeless cats
Yang ni bukan tips untuk orang yang nak atasi fobia terhadap kucing je tau. Ni tanggungjawab masyarakat. Sebolehnya dalam beg tangan atau kereta korang tu sediakan makanan kucing. Senang kalau nampak homeless cats / kucing jalanan ni korang boleh bagi makan terus. Kalau mula-mula korang penakut ya amat, sangat ni kan, aku rasa sementara nak buka packet makanan kucing tu korang dah kena kerumun kang boleh pengsan pula, so trylah pegi beli ayam goreng kat kedai mamak ke restoran terdekat dengan kawasan tu, pastu korang pegi dekat dalam jarak sedepa ke, korang baling kat kaki kucing tu dan lariiiiiiiiiik. Hahahah, teruk perangai, tapi at least kita usaha kan?! Dah lama sikit bolehla bagi makanan kucing dalam bentuk biji atau wetfood, mana-mana pun takpa. Tapi kalau nak letak dalam beg tangan tu bawaklah wetfood, senang, bagi semua, jangan letak balik dalam beg plak plastik tu, hahaha, habiskan kat situ jugak. Kalau untuk letak dalam kereta, beli makanan biji dan letak dalam tupperware kedai RM2.00 tu. Setel. Jumpa homeless cats je taburrrr..

Semoga ni juga menjadi lubuk pahala buat kita kan. Sebab kita tak tahu amalan mana yang bakal membawa kita ke syurga.

3. Berjinak-jinak sentuh kucing dewasa dulu
Kalau korang takut nak try pegang kucing, try gosok sikit-sikit dekat kucing dewasa dulu. Kenapa tak start dengan anak kucing? Sebab anak kucing ni manja dia lain macam sikit tau. dan dia menikuih nak mampuih (lincah) bak kata orang kedah. Hahaha. Kucing dewasa ni dia slow sikit dan dia faham bahasa. Kalau korang usap usap dan dia nak manja dengan korang tapi korang takut lagi nak ke next step, suruh je dia duduk, hehehe. BERINTERAKSI lah dengan kucing, terutamanya kucing dewasa, depa ni faham tau apa yang kita suruh. 

4. Kalau kucing gesel kaki apa nak buat?
Kalau kucing tu gesel kaki korang tandanya korang ni special tau. Dia nak kan korang. Dia nak cop hak milik kekal. Korang rileks rileks ja time ni. Cakap macam senang kan. Tapi trylah buat bodoh je, lawan perasaan takut tu. Ketaplah bibir ke, pejam mata ke, gigit tangan ke, asalkan tak tendang kucing tu okay. Kalau korang berjaya step ni, tahniah!!! Memang korang hebat.


5. Bela kucing
Haaa step ni boleh buat lepas korang dah terer empat bab kat atas. Tak payah beli mahal-mahal, kutip je homeless cat tu. Kalau korang nak tahu aku ada dua kucing bapak sekarang ni, dan dua-dua adalah homeless cats yang aku jumpa bila dorang dah dewasa. Maksudnya aku tak kutip depa masa kecik-kecik tapi aku sangat kagum dengan depa sebab berjaya survive dalam dunia hari ni yang kejam ni. Kalau korang ada bajet lebih, bolehla beli kucing comel yang jenis pasif sikit. Boleh la nak berjinak-jinak main dengan diorang dulu. Kalau korang awal-awal lagi dah beli kucing Bengal, alamatnya korang ni fobia sampai kesudah lah.HAHAHA. 


So aku harap tips aku ni bergunalah untuk korang yang betul-betul nak hilangkan perasaan takut kucing tu. All the best dan ingat ni, niat yang baik korang tu pasti Allah takkan sia-siakan. 

               




Rosak

Sekarang aku menulis bukan lagi mengikut kemahuan diri. Terkejar-kejarkan sangat kemahuan orang lain. Rasa idea ni macam getah yang diregang panjang kemudian putus. Jahanam terus. Hahaha.

Gelakkan diri sendiri. 

So macam mana? Nak jadi diri sendiri ke nak jadi berguna? Kenapa pulak tak boleh jadi diri sendiri yang berguna kan?

Tengok tu, masih fikirkan pasal orang lain. 

Padahal orang lain bukan peduli pun.

Masuk zon masing masing diam kat sana. Senang saja, kalau tak suka tuan rumah jangan ketuk pintu jadi tetamu. 


Monday, September 26, 2016

Obses




Gadis yang lemah,
Walau dia tahu dahan itu rapun,
Dia berpaut teguh,
Biar jatuh dia tak lepas lepas. 

Dia luka.
Dia tak kisah.

Dia tak peduli dibilang obses.
Dengan sesuatu yang kerapkali buat dia kecewa.

---
Blog yang terbina dari perasaan bodoh aku dulu. Terlalu sayang untuk aku lepas. Tapi aku bukan lagi aku yang dulu. Setia dan bodoh itu tak mungkin dapat bekerjasama. 

Aku maafkan diriku. Belasan tahun memang usianya manusia bereksperimen dalam hidupnya. Apa yang betul, apa yang salah, dan apa yang tergantung konklusinya.

---

Bila aku cukup kuat untuk kehilangan kesemuanya.


Yes, I'm moving on. (:


Ada sesiapa tahu cara tukar Url blog tanpa hilang readers. :'(

Sunday, September 25, 2016

Tuli


Tersorok sesuatu yang tak pernah dicari,
Dia masih keras batu mengunci bibir, diam-
Nak dibuka rahsia, tidak, jangan.
Mata parang merah jambu itu lembut, tapi tajam sekali,
Pejam mata kesat tangis sendiri.
Masih tak ada yang perlu tahu.

Kerana ikhlas itu tidak perlu dicanang,
dan sesuatu yang tersorok itu,
kebenaran yang tidak mahu dipedulikan.

Kerana manusia lebih seronok menjadi tuli.


Saturday, September 24, 2016

Mengundi tanggungjawab kita!


Assalamualaikum 

Siapa dah pernah mengundi? Aku belum, so lepas ni adalah kali pertama aku boleh mengundi. Yeay. Penting ke mengundi ni?

Picit untuk tumbesaran

Korang pernah tak dapat whatsapp group  berbunyi;

Mengikut satu laporan tak rasmi:Rekod daftar pengundi baru di Selangor:Melayu - 49,000Cina - 115,000 *Ayuh gerakkan anak-anak kita yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi. * Jangan leka main Pokemon Go, game bagai, movie di Astro bagai. Assalamualaikum. HARAP AMBIL PERHATIAN STATISTIK MENUNJUKKAN setakat Januari 2016 - HAMPIR 43% (hampir 1.9 Juta) Rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai Pemilih ialah BANGSA MELAYU. Mohon kerjasama Rakyat MALAYSIA terutama sekali orang Melayu/Bumiputra untuk daftar pemilih di Pejabat POS atau wakil-wakil pendaftar pemilih yang dilantik oleh SPR (ketua kampung @ ketua taman) di Kawasan masing-masing. > BAWA PHOTOSTAT KP DAN ASAL. > PENDAFTARAN PEMILIH PERCUMA. Terutama kepada generasi yang lahir pada tahun 1993, 1994, 1995 dan yang belum pernah daftar pemilih untuk *mendaftar sebelum 30 September 2016.* *DAFTAR PEMILIH SEBELUM 30/9/2016 akan digunapakai untuk PRU 14.* Tolong war-warkan kepada semua ahli keluarga, anak-anak, ahli kariah serta rakan taulan kita semua. Sebagai RAKYAT MALAYSIA dan Bangsa Yang Paling Ramai Dalam Negara Ini, kita wajib memilih PEMIMPIN dan PARTI untuk memastikan masa depan AGAMA ISLAM, BANGSA, ANAK2 CUCU dan AHLI KELUARGA SERTA WARIS kita terus terpelihara dan mampu hidup dalam keadaan yang aman, sejahtera dan tidak ditindas serta dicabul haknya seperti yang sedang berlaku di Selatan Thai, Rohingnya di Myanmar, Palestin dan lain-lain negara. Tiada gunanya keluh kesah dan menangis air mata darah sekalipun jika pemerintahan negara sudah terlepas ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Hancur berkecailah segala yang telah kita bina selama ini. Jangan musnahkan masa depan anak cucu dan pewaris kita. Anda pasti akan diperbertanggungjawabkan ke atas UNDI anda sendiri. #jomdaftarpemilih # KAUM-KAUM LAIN SEDANG GIAT MENDAFTAR GOLONGAN MUDA MEREKA MENJADI PENGUNDI BAGI MEMASTIKAN MEREKA BERJAYA KALI INI. # SILA VIRALKAN KEPADA ORANG MELAYU

Hahaha, apa pendapat korang? Boleh baca ulasan yang terang lagi jelas Buasir Otak kat SINI. Nak menyeru anak muda untuk memilih, tetapi dengan cara menakut-nakutkan. Adehh...

Ok, takpelah pasal tu...So kalau korang dah pernah mendaftar haritu, boleh check kat Daftar SPR. Mudah dan boleh check sampai 3 IC sekaligus, Haha.



Sudah disahkan. Alhamdulillah. Tak sabar nak memangkah next PRU. Yeay!

Mengundi tanggungjawab kita!


Assalamualaikum 

Siapa dah pernah mengundi? Aku belum, so lepas ni adalah kali pertama aku boleh mengundi. Yeay. Penting ke mengundi ni?

Picit untuk tumbesaran

Korang pernah tak dapat whatsapp group  berbunyi;

Mengikut satu laporan tak rasmi:Rekod daftar pengundi baru di Selangor:Melayu - 49,000Cina - 115,000 *Ayuh gerakkan anak-anak kita yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi. * Jangan leka main Pokemon Go, game bagai, movie di Astro bagai. Assalamualaikum. HARAP AMBIL PERHATIAN STATISTIK MENUNJUKKAN setakat Januari 2016 - HAMPIR 43% (hampir 1.9 Juta) Rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai Pemilih ialah BANGSA MELAYU. Mohon kerjasama Rakyat MALAYSIA terutama sekali orang Melayu/Bumiputra untuk daftar pemilih di Pejabat POS atau wakil-wakil pendaftar pemilih yang dilantik oleh SPR (ketua kampung @ ketua taman) di Kawasan masing-masing. > BAWA PHOTOSTAT KP DAN ASAL. > PENDAFTARAN PEMILIH PERCUMA. Terutama kepada generasi yang lahir pada tahun 1993, 1994, 1995 dan yang belum pernah daftar pemilih untuk *mendaftar sebelum 30 September 2016.* *DAFTAR PEMILIH SEBELUM 30/9/2016 akan digunapakai untuk PRU 14.* Tolong war-warkan kepada semua ahli keluarga, anak-anak, ahli kariah serta rakan taulan kita semua. Sebagai RAKYAT MALAYSIA dan Bangsa Yang Paling Ramai Dalam Negara Ini, kita wajib memilih PEMIMPIN dan PARTI untuk memastikan masa depan AGAMA ISLAM, BANGSA, ANAK2 CUCU dan AHLI KELUARGA SERTA WARIS kita terus terpelihara dan mampu hidup dalam keadaan yang aman, sejahtera dan tidak ditindas serta dicabul haknya seperti yang sedang berlaku di Selatan Thai, Rohingnya di Myanmar, Palestin dan lain-lain negara. Tiada gunanya keluh kesah dan menangis air mata darah sekalipun jika pemerintahan negara sudah terlepas ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Hancur berkecailah segala yang telah kita bina selama ini. Jangan musnahkan masa depan anak cucu dan pewaris kita. Anda pasti akan diperbertanggungjawabkan ke atas UNDI anda sendiri. #jomdaftarpemilih # KAUM-KAUM LAIN SEDANG GIAT MENDAFTAR GOLONGAN MUDA MEREKA MENJADI PENGUNDI BAGI MEMASTIKAN MEREKA BERJAYA KALI INI. # SILA VIRALKAN KEPADA ORANG MELAYU

Hahaha, apa pendapat korang? Boleh baca ulasan yang terang lagi jelas Buasir Otak kat SINI. Nak menyeru anak muda untuk memilih, tetapi dengan cara menakut-nakutkan. Adehh...

Ok, takpelah pasal tu...So kalau korang dah pernah mendaftar haritu, boleh check kat Daftar SPR. Mudah dan boleh check sampai 3 IC sekaligus, Haha.



Sudah disahkan. Alhamdulillah. Tak sabar nak memangkah next PRU. Yeay!

Friday, September 23, 2016

A fresh start.


Assalamualaikum and hi~

After become officially a NEET for a quite long period, perhaps since the last July. I can't handle being broke anymore. In spite of the fact that I never asked (eh maybe once, for the sake of the post-degree vacation) money from my parents for my own but masih cukup makan and hidup dengan happy. Tapi, mana cukup weh sebenarnya. 

Aku bersyukur sangat sebab mama & abah tak pernah desak aku untuk segera dapat kerja yang stabil dan sesuai dengan kelulusan walaupun dah bertubi-tubi aku habiskan duit sepanjang aku kecil sampai sekarang, terutamanya dalam pembelajaran. Mama dan abah selalu pastikan aku dapat kemudahan selengkapnya, walaupun tak pernah menjanjikan bulan bintang pada kami semua, tapi kami sentiasa dapat apa yang perlukan, dan kadang-kala yang kami inginkan pun mereka penuhi.

Ya Allah, Kurniakanlah ibu bapaku syurga tanpa hisab
Aku dah usaha untuk dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan aku. Bermula dari bawah pun aku tak kisah sebenarnya, tapi korang tahu jelah zaman sekarang ni. Sampai aku apply nak jadi lab assistant pun tak da maklum balas lagi. Tapi mama kata,

Tak apalah, belum ada rezeki.
Mama tak kisah pun untuk aku kerja sambilan dulu kedai-kedai kecil. Takpa,kita mula dari bawah.

So aku amik keputusan nak kerja sambilan la dulu. Mula-mula nak apply Gintell, tapi aku ni lembik tak fit langsung pula tu, kang orang nak beli pun tak yakin. Ada dua lagi pilihan, kedai tudung and kedai perfume, korang rasa yang mana okay? Dari segi gaji aku tak kisah pun sebab aku cuma nak isi masa lapang dan ada la duit dalam poket nak belanja mama and abah..

Kedai Tudung?
@
Kedai Perfume?

Tolong bagi cadangan tau... 

Byee...
Tick satu tau.

Throwback Bercuti di Langkawi

Throwback Bercuti di Langkawi
Assalamualaikum, hi~

Hahaha, pepagi ni rasa rindu dengan bau pantai. Bestnya kalau boleh bercuti lagi, tapi apakan daya aku cuma seorang penganggur. Huaaa... So layan baliklah gambar lama di Langkawi. Aku pergi ikut trip classmates meraikan kami semua dah tamat degree haritu. Hihihi, pestime mama and abah bagi greenlight bercuti dengan kawan, terkezuuut, tapi bersyukurlah.

KESEMUA gambar diambil menggunakan LENOVO S650 aku je, hahaha. Ni pun hasil mengemis dekat kakak lepas phone aku jenis yang sama rosak dulu. Tapi takdelah buruk sangat kan walaupun aku tak mampu nak beli goPro or DSLR mcm orang lain. 

Takpe aku simpan post ni nanti aku dah kaya, mampu beli camera cantik, biar aku tak lupa diri..Kehkehkeh.




A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on


A photo posted by Mayy Jie (@noormaizan) on

Ya Allah, yang ni paling gua tak tahannn...Cokelatttt everywhere~

Thursday, September 22, 2016

Kemaskan desktop dengan organizer wallpaper


Assalamualaikum, Hi~

Sekarang ni aku macam dah obses dengan organizer desktop wallpaper untuk komputer atau laptop. Sebelum ni, desktop aku memang bersepah sepah padat penuh. Haha *typical awek. Yelah nak buat macam mana, aku pulak jenis tak suka letak file tersorok, malas lambat nak cari, kalau boleh semua nak letak kat desktop. Masa nak guna tu berpinau mata nak cari, padan muka aku.

Tapi takpe, sekarang ni aku dah dapat penyelesaian. Guna organizer wallpaper ni sekejap je aku boleh nampak folder yang aku cari, muehehe. Tadaaaa~ 


Kalau korang pun suka macam ni bolehlah usha-usha yang aku dah cari kat bawah ni. Oleh sebab aku terpaksa disable right click dalam blog ni, korang tekan je link yang aku bagi disetiap bawah gambar tu, baru korang save. Ok. Harap membantu.

Wednesday, September 21, 2016

Tips Menghadapi FYP : Part 1 - Proposal


Assalamualaikum

Hi semua. So harini setelah menggodek traffic source stat untuk blog ni, aku tertarik dengan search keyword yang berbunyi "Tips Menghadapi FYP". Kesian beliau yang semangat nak baca tips tapi bila dia buka takde pun entry khas untuk tips Final Year Project (FYP) tapi semua tu cuma bebelan bebelan aku sepanjang fyp.



Baiklah aku mulakan ok.


Tuesday, September 20, 2016

My Favorite Song from Dhadkan ♥

Assalamualaikum wbr. Hi~

I'm a horror/thriller movies freaks as I love every mini heart-attack i got while watching the movies. But! As well as the thriller movies that became my favorite pass time, there another side of me. Hahaha.

Well sometimes when I watched to many thriller movies in a row I get headaches. Yelah, nak hadam setiap babak potong-potong, siat kulit, korek mata, ya ampuuuun, sakit banget! So then what i do? Jengjengjeng....... I get my ears seduced by the romantic Bollywood songs. Betul kata seseorang yang aku pernah dengar, dalam dunia ni, Hindi is the most romantic language.

Cliche sangat tau kalau sebut minat Bollywood tu cakap pasal lagu Kuch-kuch Hota Hai, SRK, Kajol. So harini aku nak kenalkan dengan filem Dhadkan dan lagu-lagunya yang sedap didengar, Hihihi.

Filem ini diterajui oleh dua hero kacak, Akshay Kumar dan Sunil Shetty. Heroin movie ni adalah Shilpa Shetty.
SINOPSIS:

Mulanya, Anjali (Shilpa Shetty) adalah kekasih kepada Dev (Sunil Shetty) dan dorang ni macam sweet couple la hangat bercinta. Tapi malang betul sebab family si Anjali ni tentang habis habisan pasal Dev ni anak orang miskin, berbezalah dengan diorang kan. Lepastu pula Anjali ni family dia jodohkan dengan Ram (Akshay Kumar) yang kaya raya. Sedih sangat masa ni sebab mak si Dev ni sayang sangat dengan Anjali tu dan dia sangka Anjali akan jadi menantunya dan jaga si Dev elok-elok. Anjali ni mula-mula tak suka la si Ram dan layan tak layan, yelah, sebab dia masih sayang kat Dev. Tapi perempuan kan macam kerak nasik, lepastu dia mulalah tangkap cintan dengan hubby kawin paksa dia tuh. Masa tulah juga si Dev kembali nak tagih cinta dia, dan Dev dah berubah, dia dah kaya.

Hmm, sedih cerita ni. Hahaha, kalau nak tahu ending kena tengok sendiri, wekkk :P

Songs:
Ada lagi lagu lain, tapi 3 ni adalah favorite aku dari movie ni, kehkehkeh.


1. Tum Dil Ki Dadhkan

2. Dil Ne Yeh Kaha Hai

3. Aksar Is Duniya Mein

Harap terhibur, hihi. Tata.

Order 250 Pokemons soft toys dari 'Uncle Soft Toys' tetapi tidak datang ambil.

Sumber: World of Buzz

Assalamualaikum.

Siapalah manusia yang order 250 mainan Pokemons dari Uncle Soft Toy (Uncle David) ni tetapi tak datang untuk ambil semua mainan tu. Seriouslah? Dan kenapa dia order sebanyak tu kalau takda intention untuk beli?

Lebih menyedihkan, Uncle David adalah seorang penghidap kanser. Kuat kan semangat beliau yang masih bersemangat untuk bekerja menyara hidup. Berapa sangatlah keuntungan sehari beliau. 


Jadi selepas ni, sesiapa yang sampai ke Uptown Damansara, carilah Uncle David dan supportlah kekuatan yang beliau tunjukkan dengan membeli 'soft toys' dari beliau.

Coba bayangkan jika kita bisa
Mengangkat kesulitan orang yang kesusahan …
Mengenyangkan yang lapar …
Melepaskan orang yang terlilit utang …
Membuat orang lain bahagia,
Keutamaannya, itu lebih baik dari melakukan ibadah i’tikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh.
Sungguh ini adalah amalan yang mulia.




وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ
“Allah senantiasa menolong hamba selama ia menolong saudaranya.” 
(HR. Muslim no. 2699)







Monday, September 19, 2016

Tutorial : Cara Letak Mudah Letak Page Number Dibawah Blog

Hai Assalamualaikum.

Tutorial kali ni adalah untuk uols yang nak letak page number instead of 'previous-home-newer' icon yang biasa tu. Ikutlah korang prefer yang macam mana. Best sebab tutorial ni tidak perlu edit coding HTML, cuma perlu add a gadget saja.



Firstly macam biasa,masuk ke dashboard, layout, dan pilih add a gadget. Kemudian klik pada HTML/Javascript. Pastekan code dibawah.

<style>#blog-pager{clear:both;margin:20px 0 20px;font-size: 12px;padding:10px 0;}#blog-pager-newer-link{float: left;}#blog-pager-older-link{float: right;}.Profile img{border:3px solid;float:left;margin:5px 10px 5px 0;padding:2;-webkit-border-radius:4px;-moz-border-radius:4px;border-radius:4px;}.profile-data{color:#999999;font:bold 20px/1.6em Arial,Helvetica,Tahoma,sans-serif;font-variant:small-caps;margin:0;text-transform:capitalize;}.profile-datablock{margin:0.5em 0;}.profile-textblock{line-height:1.6em;margin:0.5em 0;}a.profile-link{clear:both;display:block;font:80% monospace;padding:10px 0;text-align:center;text-transform:capitalize;}h2.date-header, .PageList h2{display:none;}#blog-pager-older-link a,#blog-pager-newer-link a,a.home-link,.showpageNum a,.showpage a{background: url(http://i0.wp.com/girlfriendshoes.com/wp-content/uploads/2013/03/mosaic-e1364288524466.png) repeat-x;border:1px solid #000  ;color:#000;margin:2px;padding:6px 10px 5px;text-decoration:none;text-shadow: 1px 0 1px #000;}#blog-pager-older-link a:hover,#blog-pager-newer-link a:hover,a.home-link:hover,.showpageOf,.showpagePoint,.showpageNum a:hover,.showpage a:hover{background: url(http://i0.wp.com/girlfriendshoes.com/wp-content/uploads/2013/03/mosaic-e1364288524466.png) repeat-x;border:1px solid #000000;color:#000;margin:2px;padding:6px 10px 5px;text-shadow: 1px 0 1px #000;}</style><script type='text/javascript'>var postperpage=7;var numshowpage=6;var upPageWord="Prev.";var downPageWord="Next";var urlactivepage=location.href;var home_page="/"</script><script src='https://googledrive.com/host/0B_Bwy_zKUPWraVgtLTlsS28xODQ/page-navigation.js' type='text/javascript'></script>
Untuk link yang bold berwarna tu, kalau korang taknak ubah pun takpe, tu pun kalau sesuai dengan blog korang la. Kalau tak sesuai, korang perlu pastekan image url gambar pilihan korang. Okay?

Kalau macam tu aku carilah sikit untuk korang, kalau tak suka tu korang cari sendiri okay. Hahah. Copy je link tu kalau nak ambil okay, harap membantu, byeeee~


https://3.bp.blogspot.com/-yvA58lWMMzg/V9_9t7l9SAI/AAAAAAAACyc/C_2OE7fBthUtn_ZTQ3u2UxUANWEb5-9QwCLcB/s320/82776d27772201.559da2a1e8319.jpg


https://4.bp.blogspot.com/-wNjRtJVIwSs/V9_9uGkijzI/AAAAAAAACyo/LzCq9Z8YTs0AIMrpkZNhrTEiKu6on8cGwCEw/s200/Pastel-orange-grunge-background-with-yellow-and-pink-highlights.jpg



https://1.bp.blogspot.com/-KC6Leq5jtBE/V9_9uZJyMkI/AAAAAAAACyo/X34UOyb3iesuSta5S97ttQmgYUI_zXgVgCEw/s200/pastel_space_background___wallpaper___3_by_goldcat742-d71vlqr.jpg
Reference:
Jiwarosak

Kawan


Dia berubah menjadi lebih baik dan tinggalkan masa lalunya. Termasuk seorang kawan dari masa lalu itu. Dia menganggap kawannya itu tidak berguna sebab "kawan" itu tak menegur silapnya.
Dia lupa kawannya itu terlalu mencuba menjaga hati.
Dia lupa hanya kawannya itu yang tidak menghakiminya sewaktu yang lain menjauh diri.

Maaf aku belum mampu menjadi kawan yang baik.